SILA AMBIL PERHATIAN

Selamat datang Ke ANAK PAHANG BLOGGGER @ http://darulmakmurblogger.blogspot.com.

Mana-Mana Blog (hok yang mengaku anak Pahang sejati) yang belum ada dalam list bolehlah bagi link. Jangan lupa tepeklah banner & buat link skali. TQ
Tolong bagitau DAERAH SEKALI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 5, 2010

Loghrat Pahang

 Salam. Ini ada siket Loghrat Pahang untuk dikongsi bersama. Yang ni beloh-beloh Lepeh-Jrantet slalula dengor la. Kala demeh ada nok sumbang, sumbang je kat komen/comments tu ye.

1) Antai : Di mana/menunjukkan suatu tempat.
Cth: Jatuh antai mane taik cicok tadi? 
Jatuh di mana tahi cicak itu tadi?

2) Kenjah : berlambak/serabut/banyak/menunjukkan suatu yang banyak dan suatu yang belum selesai/Sibuk.
Cth: Bila ramei anok cucu balik, berkenjoh/berkenjah la pinggan mangkuk dala singki tu.
Bila ramai anak cucu pulang, berlambaklah pinggan mangkuk di singki (biasanya belum yang basuh)
 
3) Sedang mana hari?: pukul berapa?/waktu bila?/menunjukkan masa
Cth: Sedang mana hari aok nak balik karang? 
Pukul berapa awak hendak pulang/balik nanti.

4) Mat nye?: kenapa?/suatu persoalan
Cth: Mat nye aok ni? monyok je.
Kenapa dengan awak ni? murung aja.

5) Mengatong: melepak, bersantai di suatu tempat, membuang masa.
Cth: Duk ngatong kedai kopi jelah petang-petang ari nih, duk rumoh aje, cemuih juge.
Melepak di kedai kopi lah di waktu petang seperti ini. jika duduk di rumah bosan juga rasanya.


6) Prentan = Musim/masa/zaman/menunjukkan 'masa' dan ketika.
Cth: Ek la orang noreh getoh prentan rege mehel nih ye, Nok dekat lima ringgit sekilo dah regenya, kayelah demeh.
Eksen(action)lah penoreh getah masa sekarang ini. harga getah hampir lima ringgit sekilo, kayalah korang.

7) Cemuih: Bosan
Cth: Cemuih dah keh ni, asik makan ikan patin aje, dapat kenerak sedak juge nih.
Bosan dah saya ini, asyik/selalu sangat makan ikan patin, dapat makan ikan kenerak sedap juga.

8) Kek nye : merujuk kepada sesuatu perkara yang sebelumnya/ suatu persoalan yang timbal balik/Confius/boleh digunakan dalam banyak situas/(tak reti weh nok transelit hok ni, ada sesapa boleh tolong?)
Cth: kek nye tadi kabo nok makan kodok, ni nok lempeng pulak dah.
Tadi diberitahu dia mahukan cekodok, sekarang mahukan lempeng pula.
Cth: Kek nye dia juge beria yang royat nok gi tadi. Ni tek nok pulak dah.
bukan ke dia yang bersungguh cakap mahu pergi tadi, sekarang sudah tidak mahu pula.

9) Berkerolong: menunjukkan suatu yang berserabut/ boleh juga digunakan dalam situasi yang lain.
Cth: Berkerolong dah dawai ni. Tak pintai betel-betel (Dawai ini berbelit-belit kerana tidak dipintal dengan baik/betul)
Cth: Berkerolong anok bogong tu menangis tadi, mende budok hok memei dah. (beria-ia anak En. Bogong itu menangis tadi, budak itu memang manja)

10) Cakne/Cakna; Ambil berat/ambil tahu
Cth: nye buat tak cakne je ke anoknya si Bogong tu, bior menangis gitu.
En. Bogong buat tidak ambil tahu sahaja, dan membiarkan sahaja anaknya menangis.

11) Cebet: Jinjing/membawa
Cth: Bogong suruh ke Pian je dukung anoknya, dia tangan penuh mencebet barang.
En. Bogong meminta En. Pian mendukung anaknya kerana tangannya sedang penuh membawa banyak barang.

12) Chohor: Longkang kecil belakang rumah (dari singki/bilik air)/Longkang kecil yang penuh dengan lumpur.
Cth: berguling Ejan kat chohor blakang rumoh dia tadi, nok nangkak aya sanget.
Berguling En. Ejan jatuh ke dalam longkang kecil di belakang rumahnya tadi kerana beria-ia ingin menangkap ayam.

13) Semelepor/Sempelet: Comot/Kotor/berlumpur
Cth: Pergi main kat paya tu buat menda, dah semelepor badan tu.
Siapa suruh main di sawah itu, kan sudah kotor badan tu dengan lumpur.

Okeh, Sampai sini dulu ye, kalau ada sesiap yang ingin kongsikan loghrat di kampung masing-masing dipersilakan. letak je kat dalam komen tu. nanti saya kumpulkan untuk tatapan semua. Sokongan rodong-rodong semua amatlah diperlukan & dihargai..cewahh! Wassalam.

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Manakala ini ada satu lagi di kongsi oleh rodong kita
"koi kongsikan beberapa perkataan yang digunakan oleh arwah tuk koi dulu..tapi sebenarnya bahasa inggeris..
Berpodor- Berbedak..
Cth Ayat..Weh..Budok!! lepas mandi klu berpodor tambah rongi lah.."

11 ulasan:

Pacifist said...

beloh koantan ni loghat tok banyok.sbb aliran sungei die doh lepas ke laut.mule dari jrantut,lalu temeloh,lalu pekan sampai le ke koantan.loghat phg kan ikut laluan sungai.makin lame makin kurang pekat.dok gitu?se lg koantan berjiran ngan kmaman(ganu).jadi sedikit sbanyok dpt la tempiasnya.tp slang org koantan beze la ngan org ganu.tp kwn leh kenal la deme org mane.se lg lidoh org phg ni lembut sikit.mudoh terima loghat org.geng ngan org kedoh,leh ckp kedoh,geng ngan klantan,leh ckp klantan.tu la org bkn phg susoh nok kenal kite ni asel mane.cume orh phg sendiri je kenel.pepun kwn sokong entry ni.bior mende ni tok luput dek zaman.bior org phg tau perkataan ni asel dr daeroh phg....

SkreMpes! said...

Terima kasih banyok Pacifist! menda hok aok cakap tu sangat2 betulnya. 200% sokong. Lagi satu mmg kita ni mudoh ngajuk loghrat negeri lain. Kita ni serba boleh! Kawan suka komen aok ni. Mmg pro!

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, lorat lepih walaupun dekat nok sama dengan lorat jerantet tapi ada sikit lainnya...hehehe...

SkreMpes! said...

Of coz ada yang lain, itulah pahang yer kelebihan. Setiap daerah lain, setiap kampung lain, kadang2 tu dalam kampung pn ada gak yg lain2..

Akuanakpahang said...

Lipisladay - Bahasa kawan Lipis di Jerantut kan jadi loghat lipjer huhuhuhu

Pacifist said...

betol tu tu skrempes.phg negeri kaye.mcm mcm ade.segalenye BESOR.kwn x brape ingat pasel besor ni,ade sesape boleh critekan balik?

dj-amiey said...

Beberapa patah perkataan yang boleh dikongsikan..
Beringor-Memberitahu,ingatan.
Ayat orang tua2 dikawasan temerloh,chenor dan maran..jarang digunakan sekarang nie..
Daur-sebaya...Banyak digunakan di setengah kawasan di Raub,lipis dan jerantut..skrg jarang digunakan..Sebutan lebih menganjur..
Dedor-Suam..Istilah ini byk digunakan didaerah temerloh,kuala krau..
Mencelabak-Jatuh secara banyak..Biasa digunakan didaerah maran dan chenor..
Tungkit-Terbalikkan..Masih lagi byk didengari dikawasan Ulu Tembeling..
Kerayan-Gusar,Gundah..Juga byk digunakan didaerah jerantut,,khususnya di Pulau Tawar..
Bocong-Bekas Air..Digunakan dtemerloh,kuala krau.maran dan pekan..

SkreMpes! said...

Org Jerantet banyok pakai lagi words ni...hahaha. Sedak mek dengor org bercakak beloh2 ulu Cheka nun.

BlogAbangAji said...

Skrempes - memai bete tu, sedak mek deme yek.

AkuMuzikFilem said...

Cerdik btoi ulasan Pacifist tu. sepenuhnya tepat. lidah pahang kita ni senang nak ikut slang orang. Kawan ada pengalaman di kelantan 2 tahun, 2 tahun baru, org kelantan sendiri xtahu kawan asal Pahang melainkan kite kabo dulu. se lg, loghat pahang kita ni nak2 sama dgn loghat Perak kawan dengor, tapi tak tahulah, pendapat peribadi ja ni, maaflah kalau rasa tak btoi.hehe

AkuMuzikFilem said...

Cerdik btoi ulasan Pacifist tu. sepenuhnya tepat. lidah pahang kita ni senang nak ikut slang orang. Kawan ada pengalaman di kelantan 2 tahun, 2 tahun baru, org kelantan sendiri xtahu kawan asal Pahang melainkan kite kabo dulu. se lg, loghat pahang kita ni nak2 sama dgn loghat Perak kawan dengor, tapi tak tahulah, pendapat peribadi ja ni, maaflah kalau rasa tak btoi.hehe

 
Copyright 2009 Anak Pahang Blogger. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan