SILA AMBIL PERHATIAN

Selamat datang Ke ANAK PAHANG BLOGGGER @ http://darulmakmurblogger.blogspot.com.

Mana-Mana Blog (hok yang mengaku anak Pahang sejati) yang belum ada dalam list bolehlah bagi link. Jangan lupa tepeklah banner & buat link skali. TQ
Tolong bagitau DAERAH SEKALI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Geng Lepeh. Show all posts
Showing posts with label Geng Lepeh. Show all posts

Tuesday, August 31, 2010

Blogger Lepeh (3)


Assalamualaikum, salam Ramadhan buat semua Blogger Anok-Anok Pahang. Sempena bulan puasa ini kita perabihkan Geng dari Lepeh. Ada berbaki empat blogger yang patut kita ketengahkan di dalam Blog ini. Tak membuang masa, Moh kite!

Aku Dia & Lensa
Terbaru dengan entri Merdeka, dengan gambo-gambo yang cun dan gaya templete yang cantik. Sedap mata memandang. Kena ngat dengan nama Blog dia. Terer bab mengedit gambo dia nih. Asal Lepeh royat dek dia. Namanya Afzan Othman. Sayangnya dia tak publish profil dia. Nok berkenalan goneh gamoknya? Dia Facebook ada weh. 

Klik aje SINI untuk bergambo bersama.




Reen's Diary; Samohaeyo Gajok...
Mantap dengan entri yang start dengan ayat-ayat suspen. Entri terbaru menceritakan bagaimana Umat Muhammad lahir ke dunia dengan memikul janji-janji dengan Allah. Moga mereka dididik dengan kalimah tuhan semata-mata. banyok weh cerite berbentuk ilmiah dan dakwah dalam blog dia nih. Ada juga cerita-cerita perantauan, famili dan banyok  lagi la. Nok ngat tahu moh la kenal tuannya. 
Happiness Keeps You Sweet..Trials Keep You Strong.. Sorrows Keep You Human ..Life Keeps You Humble.. Success Keeps You Glowing..But Only Friends Keep You Going..

Klik di SINI untuk ke blog beliau.




Kelana Di Bumi Tuhan
Kepada sesiapa yang inginkan bacaan ilmiah keagamaan yang sepatutnya kita cari dan baca, bolehlah lawat blog teman kita nih. Macam-macam ada. Moge tak putus ilmu Allah untuk kita semua, selamanya. Moga-moga kita semua di Rahmati Allah. Paling beh sekali, di awal-awal entri mesti ada kalimah Bismillah. jarang-jarang sekali kita jumpa di blog kawan-kawan hok lain. Moga-moga kita mengikut mende yang baik. Dan banyok lagi sumber-sumber yang dia Link-kan dalam blognya. Moh join lawat dia.
 Nasihat untukku dan nasihat untukmu jua wahai teman

Klik di SINI untuk ke blog beliau.



YastroOnline
Simple tapi sarat dengan bacaan yang berfaedah. Bab Hitler saja dah ada brapa bab. memang beh. Dakwah tetap dakwah. banyok mende yang nuetral dan yang perlu kita tahu, yang sebelum ni kita just buat-buat tak tahu tokok-tokok pulak dengan sifat malas ambik tahu. Selain tu ada juga entri-entri cerita semasa blogger dan cerita umum. Tapi sayang ngat weh, tekdeh Profile pulak. Apa-apahal pun moh kita support blogger-blogger kita.

Klik di SINI untuk ke blog beliau.

Jadi, untuk mengembangkan penulisan serta perkongsian kita, tiada salohnya kita berkongsi maklumat dan memberi sokongan pada kawan-kawan kita yang ada di Pahang, mahu pun di perantauan. Jika ada ketidak serasian dengan entri ini seperti: tidak gemor nama penuhnya dia nyatakan atau lain-lain maklumat dipaparkan, sila royat awal-awal. Moh kita berderau ke Lepeh pulak weh. Rasa Gulei Masam Patin Muncung seround. Ori punya.

Assalamualaikum.

Monday, April 12, 2010

Blog Orang Lepeh


PERJALANAN HIDUPKU | PIEWAHID ULU KUMBANG | BLOG LIPISLADY

Assalamualaikum, buat kali keduanya kita bentangkan pula Blogger dari Lepeh. Ni kira blogger-blogger yang aktif di Lepeh. Geng Lepeh yang kita nok kaborkan di sini hanya tiga blog yang boleh dikirakan sentiasa aktif. Antaranya ialah 'PERJALANAN HIDUPKU', 'PIEWAHID ULU KUMBANG' dan 'BLOG LIPISLADY'. Moh kita mulakan dengan 'Blog Lipislady' dulu. ladies first!

Mula-mula kita jenguk Profil dia dulu, 'Mengarut, Jangan Mencarut' Start berblog pada Disember 2008. Minat melakukan perkara yang orang lain juga minat, macam, makan, tido, tengok TV, membaca dan lain-lain. Tapi gayanya ke arah sastera sikit. Entri pulak simple & steady je sebab hanya artikel yang santai aje, mudoh orang nak layan. Siap dengan gambo-gambo selingan bagi setiap post . Catatan gelagat semasa, maklumat-maklumat semasa yang umum, nasihat dan post berbentuk dakwah. Templete yang ringan dengan widget yang mudah. Selain itu ialah Blogroll-nya. Ada banyok list blogger-blogger lain yang disenaraikan sebagai menghargai blogger lain.
Inilah antara blogger yang dikenali sebagai Lipislady dalam Blog Lipislady tu. Kalau turun Lepeh jangan lupe cari Lipislady kita. Boleh ngeteh skali. Bila lagi nok ngeteh dengan salah sorang Top Blogger di Lepeh ni. Moh kita lawat, tinggalkan pesanan dan tinggalkan komen dalam Blog Lipislady dengan klik di SINI.
May 2008 lahir blog Piewahid Ulu Kumbang. Salah sorang blogger yang aktif dalam dunia blogger. Selalu je jumpe 'piewahid' dalam komen dan shoutbox blogger lain. Aktiviti menjelajah entri dan memberi komen yang membina dan sedikit jokes, memeriahkan dunia blogger kita. Templete nampak old-school skit (allblogtools), masuk dengan kaler tulisan. mudoh nak baca. Entri sosial dengan gelagat manusia sejagat seharian, bacaan ringan, dan sorotan dakwah untuk pembaca. Infonya menarik, usah terpedaya dengan tajuknya sebab entrinya lagi best dari tajuk. haha. ada beberapa link ke laman lain yang berfaedah dan blogroll blogger lain disediakan. Piewahid Ulu Kumbang juga ada menyediakan blog lain untuk berkongsi maklumat.
Siap ada badge membership lagi nih. Jangan tunggu lama-lama, moh kita geladoh pulak blog Piewahid Ulu Kumbang ramei-ramei bior rabok trafik dia. Pakat lawat, layan entri, beri komen dan tinggalkan cadangan serta nasihat untuk abang kita ni. Terus klik di SINI untuk ke blog Piewahid Ulu Kumbang

Profil dirahsiakan (hide). Abang desa kita nih memajukan blognya dengan two column templete dan widget yang simple. Hanya ada bloglist, gambo-gambo dan link-link ke portal lain. Simple je, tapi tengok entri la. Tak reti nok kabo dah. Penuh dengan info semasa dan cerita-cerita gelagat kehidupan. Sejarah ada, info lokasi ada, sehingga ke hari ini dah ada 55 entri dalam blog ni. Sesuai sangatla untuk blogger-blogger lain nak mencari info dan membaca artikel yang simple. Tapi yang paling mantap, 'vital statistic' tu. memang class. suke ngat weh, info in number yang menarik. Tak tertinggak juga unsur dakwah yang menjadi tanggungjawab kita semua sebagai khalifah ni.
Tak dapat ambik gambo profil, kita hambik gambo hok ada je. Pasar malam pun jadi. Blog ni banyok istimewanya selain tuannya yang mesra memberi komen dan pesanan dalam blog orang lain. Moh kita memberi sokongan untuk blog ni. Klik aja di SINI untuk terus ke blog PERJALANANKU

Sampai sini dululah kita mempromosi rodong-rodong kita ye. Sama-samalah kita memberi sokongan untuk blogger-blogger kita. Paling koman pun jadi follower pun jadilah, apatah lagi nak bagi sumbangan idea yang lain. Moh kita berderau sama-sama. Wassalam.

Monday, February 1, 2010

Blog/Web Orang Lipis

Salam, ni dia Blog orang lepeh. pakat-pakatlah round2 tengok.

AzizKM
Ni orang Bisnes ni, Blogger macam kita juga, nak cari rodong2 dala belog katanya. Kumpul kawan lagi bageh dari kumpul musuh! Promosi Dodol Gula Kabong, Aktiviti Air di Sungai Jelai. nak cuba bleh kontek dia. Kalau nok order Buah Salok pun bleh cari dia. Orang Kole Medang nih. Klik AZIZKM untuk melawat dia. 
 
Tengok Gambo lah, acu terai tanya dia gambo dala mende nih. 
Ha try la..ha main-main demeh

My Way
Ni pulak berblog untuk mencari rodong2 juga sambil bersantai ria. Ada banyok crita komuniti tempatan macam Main Gasing Pangkah, gambo-gambo menarik, dan cerita-cerita kenangan untuk dikongsi bersama. lawat2 lah ke blog My Way ni. Klik MYWAY untuk melawat dia.
 
Hok baju hitam tu lah orang ye. Goneh? Lawatlah dia menda lagi.

My Life Style
Tajuk pun dah orang puteh goneh ke lagi orang ye. Fazz nama ye, eiii muda lagi nih. Aktif benor nulis pasal akiviti harian, merapu, pasal music, moment, kehidupan, huihh berjujut lagi tajuk/ label entry dia. Tak terabih kash nok seberg. So Sapotlah anok muda nih ye, Klik aje MYLIFESTYLE untuk ke blog dia.

berposing pasai dia, mujurlah tak berapa jelas rupe yer, 
kalau tak lagi tinggi trafik adik nih.

Ok. Kalau ada hok tuan2 blog ni xbrapa suka blog dia or gambo profile dia publish kat sni boleh lah bagitau, nanti kita keluarkan semula. Apa-apahal pun semoga dengan cara ini ada lah juga dapat berkenal-kenal dengan komuniti kita, mungkin dari blog-blog demeh ni kita dapat lagi banyok kenalan dari komuniti lain serta dapat juga meningkatkan traffic blog kita.
Wassalam/Salam sejahtera
 
Copyright 2009 Anak Pahang Blogger. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan