SILA AMBIL PERHATIAN

Selamat datang Ke ANAK PAHANG BLOGGGER @ http://darulmakmurblogger.blogspot.com.

Mana-Mana Blog (hok yang mengaku anak Pahang sejati) yang belum ada dalam list bolehlah bagi link. Jangan lupa tepeklah banner & buat link skali. TQ
Tolong bagitau DAERAH SEKALI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 31, 2010

Blogger Lepeh (3)


Assalamualaikum, salam Ramadhan buat semua Blogger Anok-Anok Pahang. Sempena bulan puasa ini kita perabihkan Geng dari Lepeh. Ada berbaki empat blogger yang patut kita ketengahkan di dalam Blog ini. Tak membuang masa, Moh kite!

Aku Dia & Lensa
Terbaru dengan entri Merdeka, dengan gambo-gambo yang cun dan gaya templete yang cantik. Sedap mata memandang. Kena ngat dengan nama Blog dia. Terer bab mengedit gambo dia nih. Asal Lepeh royat dek dia. Namanya Afzan Othman. Sayangnya dia tak publish profil dia. Nok berkenalan goneh gamoknya? Dia Facebook ada weh. 

Klik aje SINI untuk bergambo bersama.




Reen's Diary; Samohaeyo Gajok...
Mantap dengan entri yang start dengan ayat-ayat suspen. Entri terbaru menceritakan bagaimana Umat Muhammad lahir ke dunia dengan memikul janji-janji dengan Allah. Moga mereka dididik dengan kalimah tuhan semata-mata. banyok weh cerite berbentuk ilmiah dan dakwah dalam blog dia nih. Ada juga cerita-cerita perantauan, famili dan banyok  lagi la. Nok ngat tahu moh la kenal tuannya. 
Happiness Keeps You Sweet..Trials Keep You Strong.. Sorrows Keep You Human ..Life Keeps You Humble.. Success Keeps You Glowing..But Only Friends Keep You Going..

Klik di SINI untuk ke blog beliau.




Kelana Di Bumi Tuhan
Kepada sesiapa yang inginkan bacaan ilmiah keagamaan yang sepatutnya kita cari dan baca, bolehlah lawat blog teman kita nih. Macam-macam ada. Moge tak putus ilmu Allah untuk kita semua, selamanya. Moga-moga kita semua di Rahmati Allah. Paling beh sekali, di awal-awal entri mesti ada kalimah Bismillah. jarang-jarang sekali kita jumpa di blog kawan-kawan hok lain. Moga-moga kita mengikut mende yang baik. Dan banyok lagi sumber-sumber yang dia Link-kan dalam blognya. Moh join lawat dia.
 Nasihat untukku dan nasihat untukmu jua wahai teman

Klik di SINI untuk ke blog beliau.



YastroOnline
Simple tapi sarat dengan bacaan yang berfaedah. Bab Hitler saja dah ada brapa bab. memang beh. Dakwah tetap dakwah. banyok mende yang nuetral dan yang perlu kita tahu, yang sebelum ni kita just buat-buat tak tahu tokok-tokok pulak dengan sifat malas ambik tahu. Selain tu ada juga entri-entri cerita semasa blogger dan cerita umum. Tapi sayang ngat weh, tekdeh Profile pulak. Apa-apahal pun moh kita support blogger-blogger kita.

Klik di SINI untuk ke blog beliau.

Jadi, untuk mengembangkan penulisan serta perkongsian kita, tiada salohnya kita berkongsi maklumat dan memberi sokongan pada kawan-kawan kita yang ada di Pahang, mahu pun di perantauan. Jika ada ketidak serasian dengan entri ini seperti: tidak gemor nama penuhnya dia nyatakan atau lain-lain maklumat dipaparkan, sila royat awal-awal. Moh kita berderau ke Lepeh pulak weh. Rasa Gulei Masam Patin Muncung seround. Ori punya.

Assalamualaikum.

Saturday, August 21, 2010

Blogger Jerantet (3)


Salam Dari Bukit Istana| Lalock|Moon FlipFlop|Art Fever

Salam Ramadhan.

Buat blogger2 seme, kali nih kita berkenalan pulak dengan Geng Jerantet buat kali ke tiga. Meriah juga blogger2 jerantet nih. Katanya Jerantet nih tengoh paneh dengan Musim Derian. Royat je derian mende seme ada. paling top derian kampung la. Baru beh buat tempoyok. Krontong gulai tempoyok jelah deme taun neh.

Moh kita berderau mengenali blogger Jerantet neh. Kita mulakan dengan Abang Lie kita dulu.

Salam Dari Bukit Istana

Tengok gambo, komenlah. Evergreen neh weh. 
Nok berkenalan? Salin nombor terus. Layan profil dia.
Salam Dari Bukit Istana

 Inilah salah satu blogger yang suka berkongsi cerita-cerita semasa dan berbentuk kehidupan. Banyok entri yang menarik. Ada suka ada duka, ada cerita, ada humor, ada dakwah dan lain-lain. Bukit Istana tu salah satu nama bukit yang ada dekat Bandor Jerantet tu. (Bandor Lama) area belakang Mesjed lama.

Klik SINI untuk melawat Abg Lie.


Lalock

 

Keduanya, blog bertajuk LALOCK, tak taulah mende ye yang lalock, xpelah mungkin ada maksud yang tersirat dan terselirat. Gambo profil xde dikongsinya. tepek gambo ini jelah.


Masih belajo lagi blogger kita neh, slamat maju jaya untuk hana. Kalau nok baca entri student2 bulehla melawat blog dia, banyokla info-info yang kita jarang tahu tentang student dan banyok juga entri yang menarik untuk di baca. Simple one, kata orang puteh tu. Moh ronda satu kali.

Klik SINI untuk meronda Hana


Moon FlipFlop


Ketiga, blog yang banyok berkongsi pasal kehidupan. Entri2 pun dah semakin menarik. Check! Entrinya fresh, banyok juga nilai2 yang dapat kita fikirkan. Blog simple je tapi dah semakin menarik entrinya. Orang ye sibuk juga gayanya. Tapi banyok cerita pun tak guna, moh kita melawat blog dia. Crite derian pun ada.


 Klik SINI untuk melawat Moon flipflop!


Art Fever


Memang seni blogger kita neh. kalau tak caya, bleh la lawat dia se-raen. Seorang peniaga. Banyok barang yang dijual. Sesapa berminat bleh juga membuat tempahan. Ni bari dikatakan menggunakan ICT dengan jayanya. Selamat berjaya.


Art Fever. Menjual cenderahati dan berkongsi entri2 yang menarik untuk dikunjungi. Sempena nak nyambut raya ni buleh la order mende2 yang patut. 

Klik SINI untuk melawat kedai maya rodong kita neh. Moh!


Sampai sini dulu lah ye. Sempena bulan pose neh, sama-samalah kita doakan kebahagian dan sejahtera ke atas semua umat Islam hendaknya. Selamat bersahur dan berpuasa. Sambil2 tu boleh juga melawat rodong2 lain, tengok entri sempena bulan Ramadhan ni, fuhh meriah weh! Ok, salam dari admin. Anak Pahang Blogger! Assalamualaikum.

Friday, August 6, 2010

Blog Orang Pekan (2)


Kongsa-Kongsi|Tercipta Untukku, Hanya Untukku|Anak2 D.J| Miss Yatie 

Assalamualaikum. Kita sambung lagi untuk memupehkan list dala blog orang Pekan. Sini ada empat blogger dari Pekan untuk kita sama-sama kongsikan. Okeh! Moh kite peratikan blog-blog orang Pekan ni dulu.

Kongsa-Kongsi

Tuan punya blognya banyak berkongsi artikel berbentuk peristiwa dan ala-ala diari seharian. tak tinggal juga dengan cerita-cerita semasa, nasihat dan berita-berita semasa yang bermaklumat. Templete ringkas, keremajaan gitu. Profil pun ringkas juga. Moh tengok profil dia;


Tercipta Untukku, Hanya Untukku

Tajuk pun dah ngeri nih. banyak makna nih. Tapi takpe moh kita check dulu goneh. Simple je templete. Cerita santai-santai je. Macam-macam info dala nya, Widget pun simple je. Profil? check la.

Anak2 D.J

Ini blog Cik Shinju yang punya tauu...Entri yang santai-santai juge. Sapa nak entri yang membuatkan kita tersenyum boleh la lawat sini. Nak load pun mudoh je, 2 column templete je, selalu balas lawatan kawan-kawan blogger lain dan mesra meninggalkan mesej dalam blog lain. Check out!

Miss Yatie

Blog medan mengurangkan stress. Memang ok r pepatah tu agoknya. Blog neh berkongsi cerita-cerita hidup dan peristiwa-peristiwa seharian. Kreative juga lah. Tengok paparan blog r. Canggih gitu. Meriah warna warni. profilnya:

Seme-semenya ngaku anok Pekan belake. Tak kisoh la deme duk mana pun, janji inget asal usul tanah tumpoh. Jumpe anok-anok negeri kat tempat orang tu bulehla berloghrat Pahang. Senyum sokmo di mana deme berada. Salam dari Anak Pahang!

Klik di SINI untuk menziarah 


 
Copyright 2009 Anak Pahang Blogger. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan