Salam buat semua blogger-blogger dan pengunjung semua. Moh kita sambung sedikit loghrat-loghrat yang ada. Ralit bete kadang2 tu dengor org tua-tua cakak, nok beh pegi lah beloh2 lepeh, pekat mek entaknye..itulah seninya loghrat kite neh. deras kite layan sikit.
1) Tak terkawal laku: Tidak tentu hala/tidak keruan
Hah, tak terkawal laku pian bila perasan ayoh dia datang.
Kelakuan Pian tidak tentu arah bila ternampak ayahnya datang ke arahnya.
2) Tak mengedan-dan: Tidak menyempat-nyempat/'rushing'
Menda la aok neh, tak ngedan-dan dah gayanya. Nanti kita pegi lah.
Kenapa dengan anda ini? Tidak menyempat-nyempat untuk ke sana, sebentar lagi kita akan pergi ke sana jua.
3) Nok asu: Nafsu/Berhajat besar
Tulah, dah sakit badan. Nok asu hek main bola, tak kado ke diri tue.
Itulah akibatnya, berhajat besar sangat bermain bola, tidak sedar diri itu sudah tua (tidak larat lagi)
4) Kado: Sedar diri
Kado-kado lah diri tu sikit, bukan muda lagi dah. Bior demeh je yang buat keje tu.
Sedarlah diri itu bahawa kita ini sudah tua. Biar mereka sahaja yang uruskan kerja itu
5) Ronchuh: Jolok/menjolok
Nye pegi ronchuh ke sarang penyeget tu buat mende, dah bengkok muke.
kenapa dijolok sarang penyengat itu? Akibatnya bengkak disengatnya.
6) Sede: Mudah/Senang
Takde halnya, sede mek tu.
Tiada masalahnya, senang je tu.(berkaitan dengan suatu perbuatan/kerja)
7) Merontang/merodok: berkaitan dengan bunyi yang kuat dan lain-lain
Merontang bunyi batu jatuh masa tanoh runtuh tu.
Berdentum dentang bunyi batu bergolek/berlaga/jatuh semasa kejadian tanah runtuh itu.
8) Bringor: Memberitahu/menyampaikan berita/berbunyi
Kala nok pegi pekan sari tu nanti beringor la, keh nok kirim beli buoh peroh.
Jika anda hendak pergi ke pekan sehari nanti beritahulah pada saya juga kerana saya ingin memesan/mengirim belikan buah perah.
9) Berambi/perati: berhati-hati (perbuatan)
Berambi sikit baok motor tu, jalan licin ter
Berhati-hati menunggang motor itu kerana permukaan jalan licin
10) Hendi: Mengada-ngada
Mulalah hendi budok-budok tu bila ada pelawat luar datang.
Mengada-ngadalah perlakuan budak-budak itu bila tahu orang luar datang mengunjung tempat mereka.
11) Keboh: Salak (Digunakan untuk haiwan: Anjing)
Kena keboh dek anjing kome masa lalu depan rumoh apek Ah Hwa tu tadi. kerayan kejap.
Kami disalak anjing semasa melalui depan rumah apek Ah Hwa (Cina) itu tadi, Terasa takut sebentar.
12) Gode: Mengacau (air)
Tolong gode kek gulei atas dapur tu jap.
Tolong kacau/mengacau gulai yang sedang dimasak tu sekejap.
13) Melauh/lauh: berteriak/memanggil
Kalau masuk hutan tu nanti, lauh la kome.
Jika masuk ke hutan nanti jangan lupa berteriak kepada kami (sebagai tanda kehadiran)
Letih dah kome melauh, takde pun.
Kami sudah letih memanggil (dengan berteriak) tetapi tiada tindakbalas/respon pun.
14) Terlencek-lencek: metafora bagi perbuatan yang kebudak-budakan/mengada-ngada
Nyampoh hek nengok budok-budok sedang jaras tu, terlencek-lencek lakunya.
Sangat menyampah melihat telatah anak-nak remaja yang perilakunya yang mengada-ngada.
15) Jaras: merujuk kepada peringkat umur yang remaja/sedang meningkat naik
Contoh sama yang di atas.
Sekian je untuk kali ini, selamat kembali bekerja buat semua rodong-rodong kita ye. Wassalam
0 ulasan:
Post a Comment