SILA AMBIL PERHATIAN

Selamat datang Ke ANAK PAHANG BLOGGGER @ http://darulmakmurblogger.blogspot.com.

Mana-Mana Blog (hok yang mengaku anak Pahang sejati) yang belum ada dalam list bolehlah bagi link. Jangan lupa tepeklah banner & buat link skali. TQ
Tolong bagitau DAERAH SEKALI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 22, 2010

Ops 'Follow' Rodong


Assalamualaikum buat seme blogger yang dihormati. Di sini ada dicadangkan satu operasi buat semua blogger khasnya yang ada dalam Anak Pahang Blogger. Operasinya mudoh aje. Pakat ramei-ramei 'follow' semua blog yang ada dalam Anak Pahang Blogger ni. Sekurang-kurangnya makin meriahlah blog persendirian masing-masing. 

Ini bertujuan sekadar menghargai para blogger yang banyak membantu meningkatkan traffic blog deme selama ni. Lagi pun blogger-blogger inilah pun yang selalu menziarah, mengomen, dan meninggalkan nota dalam blog deme setiap hari. Nak kirakan takde mende lah sangat stakat nak follow tu. tak effect tahap 'prestige' sesebuah blog tu pun. Sekurang-kurangnya kita dapat membantu satu sama lain disamping memberi sedikit penghargaan kepada rodong-rodong kita di sini.

Mana yang dah follow tu takpelah, follow hok lain pulak. Rasa ikhlas nak follow dipersilakan. Rasa tak nok tu, tak kisohlah. Kehendak masing-masing. Harap-harapnya bersama-samalah kita menghargai blogger-blogger yang support kita selama ini. kalau ada pandangan silalah kemukakan. 

Setuju? Follow dan tinggalkan pesan dalam setiap blog yang demeh follow. Terima kasih, Wassalam.

Monday, April 12, 2010

Blog Orang Lepeh


PERJALANAN HIDUPKU | PIEWAHID ULU KUMBANG | BLOG LIPISLADY

Assalamualaikum, buat kali keduanya kita bentangkan pula Blogger dari Lepeh. Ni kira blogger-blogger yang aktif di Lepeh. Geng Lepeh yang kita nok kaborkan di sini hanya tiga blog yang boleh dikirakan sentiasa aktif. Antaranya ialah 'PERJALANAN HIDUPKU', 'PIEWAHID ULU KUMBANG' dan 'BLOG LIPISLADY'. Moh kita mulakan dengan 'Blog Lipislady' dulu. ladies first!

Mula-mula kita jenguk Profil dia dulu, 'Mengarut, Jangan Mencarut' Start berblog pada Disember 2008. Minat melakukan perkara yang orang lain juga minat, macam, makan, tido, tengok TV, membaca dan lain-lain. Tapi gayanya ke arah sastera sikit. Entri pulak simple & steady je sebab hanya artikel yang santai aje, mudoh orang nak layan. Siap dengan gambo-gambo selingan bagi setiap post . Catatan gelagat semasa, maklumat-maklumat semasa yang umum, nasihat dan post berbentuk dakwah. Templete yang ringan dengan widget yang mudah. Selain itu ialah Blogroll-nya. Ada banyok list blogger-blogger lain yang disenaraikan sebagai menghargai blogger lain.
Inilah antara blogger yang dikenali sebagai Lipislady dalam Blog Lipislady tu. Kalau turun Lepeh jangan lupe cari Lipislady kita. Boleh ngeteh skali. Bila lagi nok ngeteh dengan salah sorang Top Blogger di Lepeh ni. Moh kita lawat, tinggalkan pesanan dan tinggalkan komen dalam Blog Lipislady dengan klik di SINI.
May 2008 lahir blog Piewahid Ulu Kumbang. Salah sorang blogger yang aktif dalam dunia blogger. Selalu je jumpe 'piewahid' dalam komen dan shoutbox blogger lain. Aktiviti menjelajah entri dan memberi komen yang membina dan sedikit jokes, memeriahkan dunia blogger kita. Templete nampak old-school skit (allblogtools), masuk dengan kaler tulisan. mudoh nak baca. Entri sosial dengan gelagat manusia sejagat seharian, bacaan ringan, dan sorotan dakwah untuk pembaca. Infonya menarik, usah terpedaya dengan tajuknya sebab entrinya lagi best dari tajuk. haha. ada beberapa link ke laman lain yang berfaedah dan blogroll blogger lain disediakan. Piewahid Ulu Kumbang juga ada menyediakan blog lain untuk berkongsi maklumat.
Siap ada badge membership lagi nih. Jangan tunggu lama-lama, moh kita geladoh pulak blog Piewahid Ulu Kumbang ramei-ramei bior rabok trafik dia. Pakat lawat, layan entri, beri komen dan tinggalkan cadangan serta nasihat untuk abang kita ni. Terus klik di SINI untuk ke blog Piewahid Ulu Kumbang

Profil dirahsiakan (hide). Abang desa kita nih memajukan blognya dengan two column templete dan widget yang simple. Hanya ada bloglist, gambo-gambo dan link-link ke portal lain. Simple je, tapi tengok entri la. Tak reti nok kabo dah. Penuh dengan info semasa dan cerita-cerita gelagat kehidupan. Sejarah ada, info lokasi ada, sehingga ke hari ini dah ada 55 entri dalam blog ni. Sesuai sangatla untuk blogger-blogger lain nak mencari info dan membaca artikel yang simple. Tapi yang paling mantap, 'vital statistic' tu. memang class. suke ngat weh, info in number yang menarik. Tak tertinggak juga unsur dakwah yang menjadi tanggungjawab kita semua sebagai khalifah ni.
Tak dapat ambik gambo profil, kita hambik gambo hok ada je. Pasar malam pun jadi. Blog ni banyok istimewanya selain tuannya yang mesra memberi komen dan pesanan dalam blog orang lain. Moh kita memberi sokongan untuk blog ni. Klik aja di SINI untuk terus ke blog PERJALANANKU

Sampai sini dululah kita mempromosi rodong-rodong kita ye. Sama-samalah kita memberi sokongan untuk blogger-blogger kita. Paling koman pun jadi follower pun jadilah, apatah lagi nak bagi sumbangan idea yang lain. Moh kita berderau sama-sama. Wassalam.

Pesta Memancing Sungai Jelai, Kuala Medang, Kuala Lipis 2010



Salam, kepada kaki joran, atas permintaan blogger dari Lepeh iaitu AzizKM. Di sini kita nak mengabo ke demeh seperti maklumat tersebut karang kate tak beringor pulak:

Aktiviti : Pesta Memancing Terbuka
Tempat : Sungai Jelai, Kuala Medang, Kuala Lipis
Tarikh : 1hb dan 2hb May 2010 (Sabtu & Ahad) Waktu Siang
Yuran : RM10-1 Joran
Hadiah: Akan dimaklumkan kemudian

Aktiviti Lain:
Memancing Waktu Malam
RM50/pax : memancing di atas bot

Pendaftaran:
Sila hubungi En. Rosly Salleh di talian 013-3416455 (agok-agoklah, jgn call time tgh malam sangat)

lain-lain maklumat sila klik AzizKM

Monday, April 5, 2010

Blog Orang Pahang di Dunia Blogger

Assalamualaikum,

Terima kasih buat seme-seme warga Pahang yang memberikan kerjasama dalam Anak Pahang Blogger ni. Buat masa ni berikut adalah senarai bilangan blogger mengikut tempat yang dah declare dalam APB. Jika masih ada yang salah atau belum di masukkan sila beringor ye. Sedor tak sedor dah ada 62 Blog dalam Anak Pahang Blogger ni.

Koantan 13 Blog
Jerantet 11 Blog
Temeloh 9 Blog
Lepeh 7 Blog
Bentong 7 Blog
Bere 5 Blog
Pekan 3 Blog
Maran 2 Blog
Jengke 2 Blog
Rompen 2 Blog
Raub 1 Blog

Buat kata orang, kualiti lagi penting dari kuantiti. Apa-apa hal pun itu tak jadi masalah, janji kita dapat meriahkan dunia blogger kita, Blogger Pahang khasnya, Ayat buku betel. hehe. Minta kerjasama, jika nak dimasukkan dalam senarai sila beri link URL. dan tepek banner atau buat link ke Anak Pahang Blogger jika tidak keberatan. Nak follow ke tak, itu terpulanglah pada deme. Mende tak memaksa. Ada apa-apa cadangan untuk semua kita bincangkan. Salam Ukhwah dan Terima Kasih.

Thursday, April 1, 2010

Blog Orang Bentong



Assalamualaikum. Buat pes taimnya kita ngejas pulak blogger-blogger dari Bentong!. Memandangkan blogger dari Bentong ni belum lagi di uar-uarkan. Ayat kan main. Mudoh cerite, moh kita berkenal-kenalan dengan rodong-rodong dari Bentong pulak. Macam biasa lah, kita ambik tiga blog dulu lah ye.

Student lagi, bagus mek, jadi enjiniar nih nanti. Adik Afiq, blog 'bosan betei' ni lagir Feb 2010. Guna Simple template dari Josh Anak Peter. Pasai diri dia, dia tulih "human are subjectives. they usually don't be, what they say they would be". mende entah, kanmain deme - pandai blake buleh la. Entri lebih ke penulisan yang santai. Artikel yang sosial gitu je. Sambil relex-relex boleh lah layan.
 
Gambo mase ngeteh diletoknya. Muda-muda kuat ngeteh dah. Nama pun bosan betei! hehe. Mamak mane nih? Nok join juge. Apa lagi moh la kita berkenalan dengan rodong dari Bentong ni, Facebook pun ada, jaman dah canggih weh. Klik je kat SINI untuk ke blog 'Bosan Betei'.

Nama blog pun dah unik. Double meaning nih. Loading mudoh, guna templete ringan dari Templete Block. profile hanya tulih 'Hargai Hidupnya'.  Blog ke arah cekedis..haha. Makanan, Shopping dan tulisan self-social untuk dikongsi buat tatapan blogger lain. 
 
Anok muda kita ni posing maut dah ni. Moh kita berderau pulak ke Bentong. Manalah tau nak gi kolumpo, bleh juga singgoh-singgoh jumpe rodong beloh Bentong. Klik aje ke SINI untuk ke Bentong ye. Aii mudoh betei.

Ada sesapa nak mencari sinar mari sini, ha.. ni blog yang dibina khas untuk tujuan-tujuan pendidikan. tak kiralah dan ilmu. Boleh kongsi-kongsi ilmu dengan tuan punya blog. Maklumat-maklumat digarap secara skema skit, mungkin blog ni tidak merujuk kepada individual/personal blog seratus persen. Salah satu blog yang ilmiah jugalah. Siap dengan cop UPSI lagi tu, bravo cikgu, teruskan perjuangan, kami support dari belakang. Blog ni wujud dari Mac 2009 dengan BMegazine Blogger Templete. multi-templete. 
 
Katanya; "Berjuang dalam medan pendidikan dalam memartabatkan islam disetiap lapangan"
memang gambo dia ni style sengek gini ye, jangan pelik sangat. Klik di SINI untuk terus ke Bentong sekali lagi.

Jadi, moh kita berdeu ke Bentong. Lawat tanda berkenalan, komen tanda support, follow tanda mesra dan ukhwah. Sesekali berilah komen untuk entri blog rodong2 kita di Anak Pahang Blogger ni, buleh juga kongsi-kongsi pendapat. kadang-kala kita ni sibuk sangat duk buat blogwalking untuk up trafic, nok klik iklan lagi, dan lain-lain, sampai nok baca entri rodong-rodong pun tak dan, ni kan pulak nok beri komen. Tapi slow-slow, jangan gopoh-gopoh, insyaAllah boleh belaka. selamat berblog, Wassalam.

* Terima kasih buat IDEALogyc untuk Award 'Beautiful Blogger' tu, Jutaan terima kasih.
 
Copyright 2009 Anak Pahang Blogger. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan