SILA AMBIL PERHATIAN

Selamat datang Ke ANAK PAHANG BLOGGGER @ http://darulmakmurblogger.blogspot.com.

Mana-Mana Blog (hok yang mengaku anak Pahang sejati) yang belum ada dalam list bolehlah bagi link. Jangan lupa tepeklah banner & buat link skali. TQ
Tolong bagitau DAERAH SEKALI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Geng Temeloh. Show all posts
Showing posts with label Geng Temeloh. Show all posts

Monday, September 8, 2014

Blogger Temeloh hok yang Rajin & Aktif


Assalam semua.. Hari ini kita godek-godek 3 blogger beloh temeloh hok yang aktif sangat menulis entri. Selalu selalu lah menjenguk mereka ni, banyok juga info yg bagus yang diketengahkan. 

Relevan Sokmo


Sedap itu nikmat katanya. Xtaulah mende maksudnya. Dalam sebulan dua ni kan main rajin dia update blog. Ada senalor crite dia. Moh klik SINI untuk terus ke blog beliauu!


Munna Punya


Blogger yang kerap juga update entri, Simple je blog dia, mudoh nak buka. Crite macam-macam, pribadi ada, artis ada, awam ada. Yang pasti dia rodong kite blake. Moh sokong dia dengan klik SINI untuk melawat Lena Meya!


Azim Aris

Ini dia blog yang banyak dengan cerita. Ada bab agama, sosial, nostalgia, bisness dan banyok lagi yang dipersembahkan. Berbolg sejak 2001 katanya. Orangnya pun nampok macam semat semacam aja. Moh ke entri beliau dengan klik SINI utk terus ke blognya.


Sekian, terima kasih!!



Monday, November 29, 2010

Blogger Temerloh (3)

Munna80 | Belog Kordes
Bismillah, Salam buat semua blogger. memandangkan ini prentan hujan, sama-samalah kita menjaga keselamatan diri, keluarga dan komuniti kita. Tanoh runtuh dan banjir banyok berlaku di negeri kita pada masa sekarang. Moga-moga Allah memelihara kita semua.

Masuk semula ke topik utama kita. Dua blogger kita yang tidak asing lagi yakni dari geng temeloh kita perkenalkan pada kali ini. Takyoh banyok cerite, moh kita terjohhh!


Munna80
http://manmunna.blogspot.com

Umi kepada 2 org puteri yang comel. Asal Temeloh. Blog menarik dgn template blogger team; minima. Kaler-kaler dengan scratch bunga-bunga. Entri-entrinya berunsur leisure ajer, bleh rest minda sambil baca-baca masa rehat. Ada nasihat, cerita semasa, keagamaan, gaya hidup semasa. Dan yang pentingnya blog ini berstatus AKTIF. Gambo-gambo pun banyok juge. Selit-selit gambo/cerite pasal anok kesayangan dia. (kim salam kat anok ye). Produk-produk isirumah pun ada juga di selitnya. Tidak ketinggalan ada beberapa blogger lain dala bloglist sebagai pautan pantas ke blogger lain. Tuan punya blog ada lagi satu blog, iaitu JURNAL ANAKDARAKU


Gambo tak mudoh ngat lah. Pengantin tuh..takpe, hidup perlu ada kenangan. Kepada blogger Pahang semua moh lah kite jenguk-jenguk munna80 nih dengan klik MANMUNNA. Dan tinggalkan salam/komen/atau apa sahaja tanda ukhwah serta perkenalan.


Belog Kordes
http://pakcikkordibest.blogspot.com/
what is the you...lu jangan mengada ngada dengan gua.

Manakala ini pulak blog ala-ala pakcik kordi, tak pun supri supian...kenei idak? makcik kenei idak supri supian? tau idak rhumoh supri supian? ala yang kereje kat kolumpo tu? laa..yang kereje nganto-nganto surat ter...kenei idak?

Belog berunsur humor dan hiburan yang beh di mata menggelikan di hati. asik nok serieh je, kadang2 amat perlu utk kite berseloka ria. Entri belog ni memang beh, banyok crite-crite lawak fresh dan komik2 kartun di sediakan. Istilah-istilah bahasa juga banyok mengikut citarasa gaya bahasa lawakantarabangsa. Selain daripada humor, ada juga info2 lain dan hiburan bentuk lain, misalannya, ada disediakan lirik lagu dan lain2. Loudness seround weh!  keh minat juga loudness nih.


Gambo nih pun buleh je ke dia. Tekdehallah. Moh kita jenguk rhodong kita nih. buat mende yang patut utk ukhwah sesama kita. Klik je PAKCIKKORDI untuk terus ke blog yer.

SEKIAN AJE UNTUK KALI INI. NEXT TAIM KITA JELAJAH KE SATU BLOG PALING KREATIF DALAM ANAK PAHANG BLOGGER..SALAM

kembali ke Halaman Utama

Wednesday, May 5, 2010

Blog Orang Temeloh II


Kolompen |  Annadzirah's | Colours of Life
Assalamualaikum, berbalik kita ke Geng Temeloh. Geng-Geng lain harap bersabo sikit lah ye. Ada tiga lagi blogger Temeloh yang nak diperkenalkan di sini. Annadzirah's, Kolompen dan Colours of Life merupakan antara blogger Temeloh yang aktif. Ada aje entri-nya. Moh kita setat berkenalan dengan Geng Temeloh ni ye. Menghilir ke Temeloh

Kolompen
"Dari Dalam Diri...Hanya Puisi' Bermula 2008. Satu Blog berbahasa puisi dengan metafora-metaforanya menegur langkah tintas sang pelaku..fuhh puitis sungguh. Ini blog yang kebanyakkan entrinya adalah puisi. Satu-satunya blog berunsur seni. Segalanya disampaikan dalam bentuk puisi. Cayalah. Rasa-rasanya ini satu-satunya blog yang lebih 50% kandungannya (entri) adalah puisi. Selain itu ada juga gambar-gambar menarik seperti gambo-gambo lama Temeloh.
Selain berseni dalam penulisan, insan ini juga berseni dalam pertukangan. Memang beh tuan punya badan. Semoga terus maju jaya. teruskan kesenian dan kemahiran yang ada. Rodong-rodong boleh lawat Kolompen dan Tukang Parang (Blog kedua: Ada maklumat tentang pertukangan/pembuatan parang) abang kita ni. Sokongan rodong-rodong anok negeri amatlah dialu-alukan. Ada sesapa nak order pisau? 


Annadzirah's
Old Style Templete. two column. Smart dan simple punya.Ambik ayat dia "A girl with a name An Nadzirah Mohamad that been taken by no one - yet. Been born at 13 August 1989.Currently pursuing her final semester study at Polytechnic Port Dickson and taking a hard thinking course - Civil Engineering" Student lagi nih. Blajo kat politeknik.
Entri berkisar tentang perkara-perkara atau peristiwa-peristiwa sekeliling. Ada juga unsur-unsur dakwah. Kesimpulannya, entri dia adalah tentang kehidupan. Sambutan dari blogger lain agak meriah. 
Opss...moh lawat tuan punya blog nih dengan mengelik DISINI Pakat ramei-ramei menyokong blogger-blogger Pahang. Tinggalkan pesan, komen, dan lain-lain. Moh beri penghargaan buat Annadzirah's.



Colours of Life
Milik Cik/Puan Farah dengan memperkenalkan dirinya; "1ST sKaL! AmY Nk sUmE 0WG tAw... tAt M!e bElOnGs 2 mOhd RiZaL... N i lUv my ma n AbAH S0 mUcH... aNgAh,aDiK N D!De,U All PrMaTa At! AloNG... AmY HeP! G0 lUcKy... SkE BkWaN... KuAt nAnGiS...(2 OWG CKP K) mAyB AmY NeY CaM MaNjE KoT... mA CkP MaNjE SEnD!r!...hmmmm...n0 K0mEn... AmY TuLiS BlOg nEy sKe2 SeNd!r!... BkN NgAn n!at serong ea... pape yg amy nk tul!s... ske at! amy je La... laW sape2 yg mnyAmpah 0 mual2 mbaca entr! kat cney... AmArAn AwAl... SILA TINGGALKAN BLOG INI... hEeEeEe... LaSt bUt nOt lEaSt... mAjUlA sUkAn UTk neGarA... eErRkKkK...:) tats all b0ut m!e"
Panjang beno kata-kata aluannya. Kandungan blog berkisar tentang kehidupan dan gelagat seharian. Banyok gambo-gambo diselitkan. Blog yang simple je.

Tak payoh buang masa lagi. Moh kita berkenalan dengan Cik/Puan Farah kita ni dengan terus mengelik DISINI.Beri sokongan masing-masing dengan cara masing-masing. Kasi meriah satu kali.

Satakat ini dulu. semoga rodong-rodong dapat menambah pengetahuan, rodong dan kenalan sambil berblogger. Sama-sama kita support blogger-blogger Anak Negeri kita. Moh berderau! Assalamualaikum.

Thursday, March 25, 2010

Blog Orang Temerloh


Salam buat Blogger-Blogger Pahang semua. Hari ini sampai masanya kita berkenalan dengan Blogger beloh Temeloh pulak. Kita ambik tiga blog dari Temeloh dulu ye.

Pakai templete webnolia dari Ourblogtemplete, ringan, tak serabut dengan widget jadi senang nak load page dia dan mesra pengunjung. Entri usah cakap la, macam-macam ada. Cerita life sendiri dengan peristiwa serta kejadian semasa. Penuh dengan cerita-cerita serta info-info yang sesuai bagi pembacaan santai. Penulisan entri yang simple tapi mudah difahami diselit pulak dengan gambo-gambo terpilih. Ahli nuffnang juga.
Tengok style posing pun dah menunjukkan peribadi yang matang. Moh kita menziarahi blog abang kita dari Temeloh ni sambil tinggalkan ucap salam, komen di entri serta support jika ada advs. Sama-samalah kita. Klik di SINI untuk ke blog relevan.

Terpampang gambo ala-ala klasik sikit di atas kepala blog. Salah satu blog yang simple dan juga ringan sebab tak banyak accessory dalam blog ni, bagus sangatlah, mudoh skit nak load page. Guna 2 column templete je. Memang sempoi. Entri blog pasal isu-isu/berita semasa yang santai. Yang bestnya ada banyak gambo-gambo lokasi menarik di Negeri Pahang. Nak tengok? Terus ke blog tuan punya yang menggelarkan diri sebagai 'Intan RH' ni
Gambo tak mudoh. Artis tamil juga. Hahaha. dah ini gambo profile yang dia letak, makanya kita pakai yang ni jelah. Mampir kita ke Blog cik/puan kita ni dengan hanya klik di SINI.

Ini blog baik punya. Kalau berminat dengan barangan berunsur batik seperti beg galas dan lain-lain. Ada juga info tentang barangan keperluan org perempuan macam maskara (betul kot ayat ni..hehe)boleh lawat blog ini. Tuan punya 'Ila@Cantekmama' ni banyak mengisi entrinya dengan entri-entri ringan seperti cerita aktiviti harian, tips-tips, petua-petua dan lain-lain.
Bergambar bersama anok yer gamoknya. Apa-apa pun sama-samalah kita memberi sokongan kepada blog ini. Tinggalkan pesanan di blognya, selain komen dan lain-lain.Sila klik di SINI untuk terus ke blognya.

Sampai sini dulu lah yer, nanti kita sambung lagi. harap para blogger sekalian agar memberi sokongan kepada blogger anok-anok Pahang. Wassalam.
 
Copyright 2009 Anak Pahang Blogger. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan