SILA AMBIL PERHATIAN

Selamat datang Ke ANAK PAHANG BLOGGGER @ http://darulmakmurblogger.blogspot.com.

Mana-Mana Blog (hok yang mengaku anak Pahang sejati) yang belum ada dalam list bolehlah bagi link. Jangan lupa tepeklah banner & buat link skali. TQ
Tolong bagitau DAERAH SEKALI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 24, 2010

Blogger Bere 3

Bismillahirahmannirrahim.
Assalamualaikum, sekian lama kita tak menyelongkor blog-blog anak negeri, kali ini kita cuba ketengahkan Blogger dari Geng Bere.


B Krayong 
http://bikrayong.blogspot.com


B Krayong kembali dengan nafas baru, template baru serta entri baru. Entri yang matang serta ilmiah dikongsikan bersama. Terima kasih kepada B Krayong kerana berkongsi suatu yang berlainan dengan yang biasa. Unsur ilmiah yang jarang-jarang dikongsikan seperti ini banyak kebaikannya.Memandangkan kita semua dah bosan dengan entri biasa-biasa dan berbalik-balik tanpa isu. Inilah satu contoh blogger Pahang yang terbaik dalam penulisan entri yang berkualiti. Moh sama-sama kita mencontohi B Krayong dan melawat blognya dengan klik B Krayong. Tinggalkan salam ukhwah dan komen untuknya.


kalau rasa boleh berfikir,tentu hati boleh mentafsir...

Sometimes she doesn't know what she doing,she doesn't know whats the best for her,but she knows the people who really care for her and the people that really cares....and sometimes times she felt what it felt like when being cares...
http://azie-saad.blogspot.com/



 Blog anak muda belia dari Bere ini menengahkan unsur-unsur perwatakan melalui penulisannya. banyak metafora serta kronologi dari pengalamannya diterjemahkan untuk dikongsikan bersama. Aliran sastera ni.  Paparan blog yang menarik. juga berkongsi info-info menarik berkenaan dengan gelagat sekeliling. Sama-sama kita sampaikan salam ukhwah anak negeri buat Cik Azie dalam blognya dengan klik DI SINI.



Music is my Soul
http://neynaproperty.blogspot.com/



Antara blogger yang masih muda dalam APB. Adik kita ni masih berjiwakan muzik...katanya. Blog berunsur keremajaan. Entrinya juga menyelongkar gelagat keremajaan. Jadi, sama-samalah kita memberi sokongan kepada adik ini, serta memberi contoh yang terbaik buat generasi muda anak negeri agar mereka akan matang dalam kebaikan. Moh kita jelajah ke blog antara blogger termuda ini dengan klik DI SINI.



Sekian saja buat kali ini, semoga sama-sama kita menegur dan berkongsi. Yang baik jadi tauladan, yang buruk jadi sempadan. Assalamualaikum.

KEMBALI KE MUKA DEPAN

Jika gambar-gambar dan posting ini mengganggu privacy anda, 
sila beri pesanan di ruangan komen agar mudah diubah, dipadam dan lain-lain tindakan.

Monday, November 29, 2010

Blogger Temerloh (3)

Munna80 | Belog Kordes
Bismillah, Salam buat semua blogger. memandangkan ini prentan hujan, sama-samalah kita menjaga keselamatan diri, keluarga dan komuniti kita. Tanoh runtuh dan banjir banyok berlaku di negeri kita pada masa sekarang. Moga-moga Allah memelihara kita semua.

Masuk semula ke topik utama kita. Dua blogger kita yang tidak asing lagi yakni dari geng temeloh kita perkenalkan pada kali ini. Takyoh banyok cerite, moh kita terjohhh!


Munna80
http://manmunna.blogspot.com

Umi kepada 2 org puteri yang comel. Asal Temeloh. Blog menarik dgn template blogger team; minima. Kaler-kaler dengan scratch bunga-bunga. Entri-entrinya berunsur leisure ajer, bleh rest minda sambil baca-baca masa rehat. Ada nasihat, cerita semasa, keagamaan, gaya hidup semasa. Dan yang pentingnya blog ini berstatus AKTIF. Gambo-gambo pun banyok juge. Selit-selit gambo/cerite pasal anok kesayangan dia. (kim salam kat anok ye). Produk-produk isirumah pun ada juga di selitnya. Tidak ketinggalan ada beberapa blogger lain dala bloglist sebagai pautan pantas ke blogger lain. Tuan punya blog ada lagi satu blog, iaitu JURNAL ANAKDARAKU


Gambo tak mudoh ngat lah. Pengantin tuh..takpe, hidup perlu ada kenangan. Kepada blogger Pahang semua moh lah kite jenguk-jenguk munna80 nih dengan klik MANMUNNA. Dan tinggalkan salam/komen/atau apa sahaja tanda ukhwah serta perkenalan.


Belog Kordes
http://pakcikkordibest.blogspot.com/
what is the you...lu jangan mengada ngada dengan gua.

Manakala ini pulak blog ala-ala pakcik kordi, tak pun supri supian...kenei idak? makcik kenei idak supri supian? tau idak rhumoh supri supian? ala yang kereje kat kolumpo tu? laa..yang kereje nganto-nganto surat ter...kenei idak?

Belog berunsur humor dan hiburan yang beh di mata menggelikan di hati. asik nok serieh je, kadang2 amat perlu utk kite berseloka ria. Entri belog ni memang beh, banyok crite-crite lawak fresh dan komik2 kartun di sediakan. Istilah-istilah bahasa juga banyok mengikut citarasa gaya bahasa lawakantarabangsa. Selain daripada humor, ada juga info2 lain dan hiburan bentuk lain, misalannya, ada disediakan lirik lagu dan lain2. Loudness seround weh!  keh minat juga loudness nih.


Gambo nih pun buleh je ke dia. Tekdehallah. Moh kita jenguk rhodong kita nih. buat mende yang patut utk ukhwah sesama kita. Klik je PAKCIKKORDI untuk terus ke blog yer.

SEKIAN AJE UNTUK KALI INI. NEXT TAIM KITA JELAJAH KE SATU BLOG PALING KREATIF DALAM ANAK PAHANG BLOGGER..SALAM

kembali ke Halaman Utama

Wednesday, November 10, 2010

Geng Rompen (2)

Bismillahirrahmanirrahim…Apa kabo sekalian blogger Pahang yang dihormati? Moge-moge dalam walafiat belake deme. Prentan cuaca mendung ginih moh kite meleborkan kenalan Anok Pahang Blogger kite dengan menengohkan beberapa blogger dari Daeroh Rompen.  Nok dikaborkan aje, blogger Geng Rompen setakat nih ada 9 orang aje weh. Ada yang masih aktif dan ade yang kurang aktif. Senalo kite

Direktori Kemudahan Rompin
htttp://krompin.blogspot.com/

Betape mudohnya kita bila kita nok berjalan makan angin ke Rompen. Buleh check je Blog ini untuk dapatkan maklumat tentang lokasi-lokasi sekitar daeroh Rompen. Betapa Rajinnya tuan punya Blog mempromosikan wilayah Rompen kepada dunia. Semoga diRahmati. Blog ini banyok juga membuat bloglist bagi blog yang menarik. Blog simple dan menarik. Mudah nk loading. berkenan atau tidak moh kita pakat jadi follower untuk memberi sokongan kepada tuan punya blog, kalo bukan kite sapa lagi nok suppport?. Klik di SINI  untuk terus ke blognya. Sayang bete weh.. dia tak kongsikan profil dala blog dia

Mercu kebanggaan Anok-anok Rompen!


UdangGalah63
http://udanggalah63.blogspot.com/

Deme semua dah follow blog nih? Dah baca entri dia? kalau nk tahu ok ke tak, moh kite try baca entri dia, memang tidak membosankan dan bermaklumat. Santai-santai gitu. Cume namanya; Udanggaloh tu je yg pelik skit, tp dh itu yg kawan kite pilih mestilah ade sebabnya. ENtri terbaharu cerita pasal Model kesetiaan. crite pasai modal insan tu. molek ngat kalau dibaca. Semangat anok Felda senalo.


Kecur air liur. Kala buat sambe udang petai nih. sedap ngat weh
Moh kite melawat, meninggalkan pesan serta mengikuti blog rodong kite nih dengan klik di SINI


Memancing di sana sini
http://kailrompin.blogspot.com/

Blog yang hampir kesemua entri terbarunya menyediakan cerita-cerita pasai memancing je. Banyok lokasi pemancingan yang didedahkan terutamanya pertandingan-pertandingan memancing. ‘Mengail’ kate org Pahang tuh, royat memancing karang canggih hek bunyinya. Blog saudara kite nih merioh ngat dengan gambo-gambo orang mengail selain entri-entri lainnya juge merioh. Mudoh nok kabo, blog kawan kite nih sesuai juga dilawati bior pun bukan kaki ngail. Moh kite ke KAIL ROMPEN.
nengok gayanya pun dah nampok macam pengail tegar. Moh kite melawat dan tinggalkan pesanan utk beliau!


Pesanan ringkas kepada sekalian rodong2 dan saudara saudari: Sempena cuaca yang tak menentu ini, Jagalah kesihatan dan keselamatan diri/keluarga. Serta doakan agar Allah meredhai kita untuk mengharungi dugaan dan musibahNya. Salam

Friday, October 29, 2010

Jalan Alternatif: Lipis/Raub ke Cameron Highlands

Bismillah. Kepada semua Warga Pahang/Pantai Timur, berikut adalah Info berkenaan dengan tajuk yang diberi di atas. Telah disebarkan di dalam satu akhbar bahawa satu jalan alternatif telah boleh digunakan (tidak sepenuhnya siap) dari Daerah Raub/Kuala Lipis ke Cameron Highlands/ Perak/ Kelantan/Utara. Maklumat ini diperolehi dari Individu yang kerap melalui jalan tersebut dan merupakan anak tempatan dari Kuala Medang, Kuala Lipis.

Permandangan dari jambatan bengkok.

Dari Arah Sungai Koyan melalui Bukit Pentubong

Ladang Teh Ringlet
 Pekan Bertam Valley



Lakaran Ringkas (Anak Panah)


Dari Raub:
Melalui Kg. Cheroh, Batu Talam dan lain-lain kampung - Felda Sg. Koyan(Pintu Masuk)

Dari Kuala Lipis:
Melalui Kg. Tempoyang, Kg. Relong, Masuk ke Simpang Sg. Koyan di Kg. Berchang. Seterusnya melalui beberapa kampung lagi seperti Kg. Keledek, Kg. Sungai Ular - Felda Sg. Koyan.

Lokasi Pintu Masuk (Simpang Masuk): 
Felda Sungai Koyan atau Pekan Sungai Koyan, terus ke  KIRI- Selepas Pondok Polis Sungai Koyan. Melalui ladang-ladang sawit, Perkampungan Orang Asli (Pos Betau, Pos Simoi dan lain-lain) dan beberapa Perkampungan Orang Asli di sepanjang perjalanan.

Lokasi Pintu Keluar (Simpang Keluar):
Pekan Bertam Valley, Ringlet,  depan Stesen Minyak Shell. Simpang Tiga-
(Simpang ke kiri-Perak dan Simpang ke kanan-Brinchang CH/Lojing-Gua Musang)

Tempoh Perjalanan:
1-2 Jam+/- dari Simpang Masuk(Sungai Koyan) ke Cameron Highlands bergantung kepada pemanduan) Perjalanan sejauh lebih kurang 79.1 KM

Kondisi Jalanraya:  
70% dari 100% baik. Ada permukaan jalan yang tidak rata (Pumping)

Keselamatan:
Berhati-hati semasa memandu malam kerana perjalanan melalui kawasan hutan dan ladang yang mungkin dilintasi oleh binatang liar seperti Musang, Kucing Hutan, Kabus tebal  dan lain-lain. Selain itu jalan masih belum dilengkapi dengan lampu jalan. Kelajuan boleh membunuh.

Jika ada yang ingin ke Cameron Highlands, anda boleh melalui jalan ini kerana lebih menjimatkan masa dan wang ringgit selain menghayati keindahan alam.

Wednesday, October 27, 2010

Hujan Emas di Inderapura

Bismillahirahmanirrahim...Salam kepada semua blogger-blogger Pahang yang amat dihormati. Sebulan dua nih makin ramei yang sudi menyokong Anak Pahang Blogger dengan berkongsi bermacam2 entri. Sedemikian itu di sini di cadangkan agar kita buat satu Entri berkenaan dengan tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi ataupun tempat2 yang menarik di tempat tinggal blogger/kawasan/daeroh masing-masing. Spec entri yang dicadangkan ialah:

Lokasi mestilah di dalam Negeri Pahang.Apa yang menarik bersabit dengan lokasi itu? contohnya: Sejarahnya, landskapnya, alam semulajadinya, makanannya, sosio-budayanya, ekonominya, pertaniannya dan lain-lain yang menarik. Berikan juga kaedah untuk ke sana seperti jarak dari bandar terdekat. jangan lupe bubuh gambo2 yang menarik skali. Padatkanlah dengan info-info yang menarik dan sepatutnya di dalam entri tersebut.

Ini bertujuan agar kita lebih mengenali negeri kita ini dengan lebih dekat. selain mempromosikan tempat-tempat yang best di Negeri Pahang terutamanya kepada Anak Watan dan Rakyat Malaysia khasnya. 

Di akhir entri sukacitanya jika deme tepek banner dibawah ini dan  link kan ke  Blog Anak Pahang Blogger(Entri ini) sebagai tanda sokongan dan menyertai kempen entri 'Hujan Emas di Inderapura'. Kerjasama semua blogger amatlah dihargai..sekian terima kasehh.


Pastikan tinggalkan link entri deme di dalam ruangan komen.

Sekian, terima kasih. Senalo berkasih-kasih

Tuesday, October 19, 2010

Senarai Blogger Anak Pahang Blogger Oktober 2010


Bismillah. Salam buat semua rodong-rodong, saudara saudari blogger sekalian yang ada. Di bawoh neh tersenarai Nama Blog gan URL nya, Sila pastikan yang blog deme-deme seme dah tersenarai, sekiranya belum ada yang tersenarai, sila tinggalkan di dalam ruangan 'komen' di bawah (klik je post a comment). Ini senarai yang dikemaskini hingga Oktober 2010. Pastikan juga saudara-saudari menepek banner dan link ke Blog ini. Kawan tak kisoh la jika nak buat banner sendiri pun, janji ada link ke blog ini bagi memudohkan sahabat-sahabat blogger Pahang jumpe dan sama-sama berkongsi dengan kita semua. Kita untuk Ugama, untuk Pahang, untuk Negara, untuk Dunia.

GENG PEKAN = 9
GENG MARAN = 4
GENG BERE = 7
GENG KOANTAN = 36
GENG JERANTET = 15
GENG LEPEH = 11
GENG RAUB = 6
GENG TEMELOH = 23
GENG BENTONG = 10
GENG ROMPEN = 7
GENG JENGKE = 2

Jumlah Blogger: 131

GENG PEKAN
  1. Kasitarukaje http://kasitarukaje.blogspot.com/
  2. Miss Yatie http://kerenahhidupku.blogspot.com/
  3. Aisyah Adnan http://ecahdenan.blogspot.com/
  4. Kisah Si HItam Comel http://akulahgereknya.blogspot.com/
  5. Tercipta untukku, hanya untukku http://encikfarisazman.blogspot.com/
  6. IDEAlogyc http://idealogyc.blogspot.com/
  7. Anak2 D.J http://fiverobindas.blogspot.com/
  8. KONGSA KONGSI http://kongsakongsi.blogspot.com/
  9. Pekan Bandar DI Raja http://pekanroyaltown.blogspot.com/


GENG MARAN
  1. Wadah Cinta Solehah 2 http://wadahcintasolehah2.blogspot.com/
  2. Sesudah Subuh http://sesudahsubuh.mykit.info/
  3. "Hulu Kelang"-"Hulu Kerut" @ 2HK http://hulukerut.wordpress.com/
  4. Maran Today http://maranayamkampung.blogspot.com/

GENG BERE
  1. http://neynaproperty.blogspot.com/
  2. AkulelakiBiasa®  http://aizoul.blogspot.com/
  3. Koi ANak Pahang http://koianakpahang.blogspot.com/
  4. Dunia L.u.n.a http://lunaaini.blogspot.com/
  5. Kalau Akal Boleh Berfikir, Tentu hati boleh menafsir http://azie-saad.blogspot.com/
  6. Kadang-Kadang Teringin Jua http://ujangmym.blogspot.com/
  7. B Krayong http://bikrayong.blogspot.com/

GENG KOANTAN
  1. Smart Itu Kemas http://basirahcool.blogspot.com/
  2. Nuri Oh Nuri http://birdofnuri.blogspot.com/
  3. Freaky Pinklady http://freakypinklady.blogspot.com/
  4. Sakira’s Site http://zarye.blogspot.com/
  5.   Nissanadia http://nissanadia.blogspot.com/
  6. Aku Sape? http://aqeeljaafar.blogspot.com/
  7. The Light of My Life http://humblehayati.blogspot.com/
  8. Zikrie Ingatanku Kenanganku http://mymind-zikrie.blogspot.com/
  9. Cempaka Ayu Seri Andaman http://cempakaayuseriandaman.blogspot.com/
  10. Orang Kuantan http://musrasha.blogspot.com/
  11. Bandar Palma//Meeboo http://isyamuddin.blogspot.com/
  12. The Life Unpredictable http://sayasukamalek.blogspot.com/
  13. See2Feel http://c2fil.blogspot.com/
  14. Ku Inginkan KeberkatanMU http://kaktianakumi.blogspot.com/
  15. Mentariaida.blogspot.com http://kaktianakumi.blogspot.com/
  16. The Kampung Catz http://kampungcatz.blogspot.com/
  17. Kabilah Merdeka http://kabilahmerdeka.blogspot.com/
  18. Halusinasi Kita http://bukansaye.blogspot.com/
  19. m.e http://izzlinabdulmanan.blogspot.com/
  20. The Beautifool Tragedy http://aliffnasir.blogspot.com/
  21. The Wan and Only http://thewanonly.blogspot.com/
  22. Sang Pemimpi http://izz-a-belle.blogspot.com/
  23. WARISAN@PAHANG http://warisanpahang.blogspot.com/
  24. iyad's world http://nuryani1418.blogspot.com/
  25. AMIRABADAWI-air suam tetap di hati http://amirabadawi.blogspot.com/
  26. Jejaka Desa http://jejakadesaonline.blogspot.com/
  27. View Under Freedom http://chomeini.blogspot.com/
  28. Jots of me http://jotsofme.blogspot.com/
  29. jarinakal http://jarinakal.blogspot.com/
  30. Myza Mempesona http://www.mypesona.com/
  31. Aku, Dia & Semuanya http://mrul.wordpress.com/
  32. Sesikat Perkongsian http://sesikatkehidupan.blogspot.com/
  33. NIT http://sikenitsue.blogspot.com/
  34. HAFISZI ISA http://fizylollipopdesign.blogspot.com/
  35. Lagenda Budak Skema http://broajim89.blogspot.com/
  36. Deejay ok-je http://djanuarokje.blogspot.com/

GENG JERANTET
  1. DJ-AMIEY http://dj-amiey.blogspot.com/
  2. Memahami Kefahamanku http://nurmudrikah.blogspot.com/
  3. Ariffshah The Blogger http://ariffsyah.blogspot.com/
  4. Pheonix Rising http://kechutperot.blogspot.com/
  5. AKU ANAK PAHANG http://akuanakpahang.blogspot.com/
  6. ECHAM.COM http://shamdanial.blogspot.com/
  7. Miecyber's Blog http://miecyber.blogspot.com/
  8. Skrempes! http://myskrempes.blogspot.com/
  9. Anak Ulu Cheka http://ucmitosboy.blogspot.com/
  10. Art Fever http://grafik-hafizsidah.blogspot.com/
  11. LALOCK http://hanalalock.blogspot.com/
  12. Muhamamad Faiz Mahayudin http://muhammadfaizmahayudin.blogspot.com/
  13. Kelab Rakan Muda Jerantut http://kelabrakanmudajerantut.blogspot.com/
  14. Salam dari Bukit Istana http://tokjoro.blogspot.com/
  15. moon flipflop http://munalesa.blogspot.com/

GENG LEPEH
  1. YastroOnLine http://yastro.blogspot.com/
  2. Remaja E.M.O http://remajaemosangat2.blogspot.com/
  3.  Aku, Dia dan Lensa http://afzanrizq.blogspot.com/
  4. piewahid ulu kumbang http://piewahid.blogspot.com/
  5. Reen's Diary;SamohaeyoGajok http://fizrin-fadhiamaira.blogspot.com/
  6. PERJALANAN HIDUPKU (APAM BALIK DESA) http://desa2009.blogspot.com/
  7. BLOG LIPISLADY http://lipislady.blogspot.com/
  8. BLOG AZIZKM http://azizkm.blogspot.com/
  9. mY wAY http://pochaiarena.blogspot.com/
  10. Kelana Di Bumi Tuhan http://kusujud.blogspot.com/
  11. LiFe iS NoT FaiRyTaLe http://ynalife-n-style.blogspot.com/

GENG RAUB
  1. Hisyam Muhibah http://arraubi.blogspot.com/
  2. Emila Yusuf http://emilayusof.com/
  3. http://chesterisa.blogspot.com/ (HOK YANG NI, DICADANGKAN AGAR MENUKAR NAMA BLOG DEME DARI (.) KEPADA YANG LAIN, SEKADAR CADANGAN)
  4. Cha ka waqt With Harris http://teatimewithharris.blogspot.com/
  5. AS Digicreative-Streer Learner Photographer http://asdigicreative.wordpress.com/
  6. Yana http://malaywifelife.blogspot.com/

GENG TEMELOH
  1. Siti Is Here http://lurvemyblog.blogspot.com/
  2. Misterius Yuyu http://yuyukstandalone.blogspot.com/
  3. Munna80 http://manmunna.blogspot.com/
  4. Raja Fiqri Fauwaz http://rajafiqrifauwaz.blogspot.com/
  5. Azreen dan Segalanya http://aeluv.blogspot.com/
  6. Berblog Berimaginasi Berkreativiti http://mahamahu.blogspot.com/
  7.  releven Sokmo http://relevansokmo.blogspot.com/
  8. LOT 2216 http://lot2216.blogspot.com/
  9. ELARA http://kesahcinta.blogspot.com/
  10. cik ann (: http://annadzirah.blogspot.com/
  11. T-for-Tun- (00)--T-T-ieday: http://tnh-toon.blogspot.com/
  12. Our World, Ourself http://haziqthinking.blogspot.com/
  13. kolompen http://kelompen377.blogspot.com/
  14. pakcik kordi dan rakan rakan beliau http://pakcikkordibest.blogspot.com/
  15. BETWEEN YOU AND ME http://myshortlife09.blogspot.com/
  16. Faizal@ITS-Blog Bina Laman Web, IT Tutorial dan Video Terkini   http://faizal.iits.com.my/
  17. Mohd Shahrul Hafizi http://mohdshahrulhafizi.blogspot.com/
  18. Dig Nose/Rake Ass http://dig-rake.blogspot.com/
  19. yang berlalu dalam memori http://arekokfaezah.blogspot.com/
  20. -c0lOuRs OF L!fe- http://baby-farah.blogspot.com/
  21. AuNi AdRiaNa http://ellenurina.blogspot.com/
  22. ShaRinG For EveRY GooD ThiNgS http://mamacayangsemua.blogspot.com/
  23. kanta khayalan http://kantakhayalan.blogspot.com/

GENG BENTONG
  1. MENCARI SINAR http://haizan0406.blogspot.com/
  2. Sham Di sini http://shamdisini.blogspot.com/
  3. Life is Short...So...BEAT IT http://shahaimi.blogspot.com/
  4. kunyahan saya http://fiqahidris.blogspot.com/
  5. bosan betei http://bosanbetei.blogspot.com/
  6. grammatical error http://hantugiladidi.blogspot.com/
  7. PenCari reDha iLaHi http://seteguhhati.blogspot.com/
  8. nuyui http://putri-roh.blogspot.com/
  9. Hotels and Resorts in Malaysia http://hotelsandresortsinmalaysia.blogspot.com/
  10. Dies ist, was in meinem Kopt (Blog without 'B') http://www.fontonk.blogspot.com/

GENG ROMPEN
  1. Art.Music.Cat http://artmusiccat.blogspot.com/
  2. Udang Galah 63 http://udanggalah63.blogspot.com/
  3. HAFIZ KOMPUTER SERVICES http://www.internet2day.info/
  4. LOVE is forever http://hadfina.blogspot.com/
  5. HPA ROMPIN http://www.hparompin.net/
  6. KAIL ROMPIN http://kailrompin.blogspot.com/
  7. DIREKTORI KEMUDAHAN ROMPIN http://krompin.blogspot.com/

GENG JENGKE
  1. zulkbo http://zulkbo.blogspot.com/
  2. D-inaz http://d-inaz.blogspot.com/
Selamat berblog, berkongsi-kongsilah kita selagi ianya baik. Sama-sama menyapot blogger2 Pahang. Setakat ini saje, mana-mana sahabat yang tercicir sila beritahu...Pastinya Anak Pahang. Salam buat semua blogger.

KEMBALI KE MUKA DEPAN

Monday, October 18, 2010

Blogger Pekan (3)

 Bismillah. Salam buat semua Blogger Pahang. Dua blogger dari Geng Pekan pembuka tirai post kali ini.  Terus ke Pekan...Jangan lupa lawati mereka dan tinggalkan salam pembuka bicara dengan klik link yang disediakan (blinking)


Geng: Geng Pekan. 
Nama Blog: KaSiTaRuKaJe
Nama Blogger: Eddy Marcello
URL: http://kasitarukaje.blogspot.com
Entri:  Nasihat, Cerita pengalaman Individu, Agama, Maklumat Am dan banyak lagi tips3 menarik.



Geng:  Geng Pekan. 
 Nama Blog:  Miss Yatie
Nama Blogger:  Yatie Jaafar
URL:  http://kerenahhidupku.blogspot.com
 Entri:  Nasihat, Cerita pengalaman Individu, Maklumat Am, dan Santai aje.





Bersama-sama kita memeriahkan dan memberi sokongan kepada sahabat-sahabat kita di dalam dunia blogger ini. Sekian, terima kasih.

Tuesday, September 21, 2010

Salam Eidulfitri

Bismillahirahmanirrahim. Adapun masih sempat lagi kita berkunjung-kunjungan dan mengucapkan selamat hari raya Eidulfitri. Di sini tuan punya badan mengucapkan Salam Eidulfitri buat semua teman-teman dalam blog Anok Pahang Blogger.

Demikian juga, makin ramei teman-teman kita tak kira tua dan muda mengunjungi dan berkongsi segala maklumat, cerita dan sebagainya di dalam blog masing-masing. Di sini saya menyeru agar ukhwah kita Blogger Anak Pahang sentiasa dipelihara biorpun tidak mengenal paras rupa serta budi bahasa. Sama-samalah kita memberi sokongan kepada semua yang ada. Teruslah berkongsi dan bersaudara.

Salam buat semua.

Tuesday, August 31, 2010

Blogger Lepeh (3)


Assalamualaikum, salam Ramadhan buat semua Blogger Anok-Anok Pahang. Sempena bulan puasa ini kita perabihkan Geng dari Lepeh. Ada berbaki empat blogger yang patut kita ketengahkan di dalam Blog ini. Tak membuang masa, Moh kite!

Aku Dia & Lensa
Terbaru dengan entri Merdeka, dengan gambo-gambo yang cun dan gaya templete yang cantik. Sedap mata memandang. Kena ngat dengan nama Blog dia. Terer bab mengedit gambo dia nih. Asal Lepeh royat dek dia. Namanya Afzan Othman. Sayangnya dia tak publish profil dia. Nok berkenalan goneh gamoknya? Dia Facebook ada weh. 

Klik aje SINI untuk bergambo bersama.




Reen's Diary; Samohaeyo Gajok...
Mantap dengan entri yang start dengan ayat-ayat suspen. Entri terbaru menceritakan bagaimana Umat Muhammad lahir ke dunia dengan memikul janji-janji dengan Allah. Moga mereka dididik dengan kalimah tuhan semata-mata. banyok weh cerite berbentuk ilmiah dan dakwah dalam blog dia nih. Ada juga cerita-cerita perantauan, famili dan banyok  lagi la. Nok ngat tahu moh la kenal tuannya. 
Happiness Keeps You Sweet..Trials Keep You Strong.. Sorrows Keep You Human ..Life Keeps You Humble.. Success Keeps You Glowing..But Only Friends Keep You Going..

Klik di SINI untuk ke blog beliau.




Kelana Di Bumi Tuhan
Kepada sesiapa yang inginkan bacaan ilmiah keagamaan yang sepatutnya kita cari dan baca, bolehlah lawat blog teman kita nih. Macam-macam ada. Moge tak putus ilmu Allah untuk kita semua, selamanya. Moga-moga kita semua di Rahmati Allah. Paling beh sekali, di awal-awal entri mesti ada kalimah Bismillah. jarang-jarang sekali kita jumpa di blog kawan-kawan hok lain. Moga-moga kita mengikut mende yang baik. Dan banyok lagi sumber-sumber yang dia Link-kan dalam blognya. Moh join lawat dia.
 Nasihat untukku dan nasihat untukmu jua wahai teman

Klik di SINI untuk ke blog beliau.



YastroOnline
Simple tapi sarat dengan bacaan yang berfaedah. Bab Hitler saja dah ada brapa bab. memang beh. Dakwah tetap dakwah. banyok mende yang nuetral dan yang perlu kita tahu, yang sebelum ni kita just buat-buat tak tahu tokok-tokok pulak dengan sifat malas ambik tahu. Selain tu ada juga entri-entri cerita semasa blogger dan cerita umum. Tapi sayang ngat weh, tekdeh Profile pulak. Apa-apahal pun moh kita support blogger-blogger kita.

Klik di SINI untuk ke blog beliau.

Jadi, untuk mengembangkan penulisan serta perkongsian kita, tiada salohnya kita berkongsi maklumat dan memberi sokongan pada kawan-kawan kita yang ada di Pahang, mahu pun di perantauan. Jika ada ketidak serasian dengan entri ini seperti: tidak gemor nama penuhnya dia nyatakan atau lain-lain maklumat dipaparkan, sila royat awal-awal. Moh kita berderau ke Lepeh pulak weh. Rasa Gulei Masam Patin Muncung seround. Ori punya.

Assalamualaikum.

Saturday, August 21, 2010

Blogger Jerantet (3)


Salam Dari Bukit Istana| Lalock|Moon FlipFlop|Art Fever

Salam Ramadhan.

Buat blogger2 seme, kali nih kita berkenalan pulak dengan Geng Jerantet buat kali ke tiga. Meriah juga blogger2 jerantet nih. Katanya Jerantet nih tengoh paneh dengan Musim Derian. Royat je derian mende seme ada. paling top derian kampung la. Baru beh buat tempoyok. Krontong gulai tempoyok jelah deme taun neh.

Moh kita berderau mengenali blogger Jerantet neh. Kita mulakan dengan Abang Lie kita dulu.

Salam Dari Bukit Istana

Tengok gambo, komenlah. Evergreen neh weh. 
Nok berkenalan? Salin nombor terus. Layan profil dia.
Salam Dari Bukit Istana

 Inilah salah satu blogger yang suka berkongsi cerita-cerita semasa dan berbentuk kehidupan. Banyok entri yang menarik. Ada suka ada duka, ada cerita, ada humor, ada dakwah dan lain-lain. Bukit Istana tu salah satu nama bukit yang ada dekat Bandor Jerantet tu. (Bandor Lama) area belakang Mesjed lama.

Klik SINI untuk melawat Abg Lie.


Lalock

 

Keduanya, blog bertajuk LALOCK, tak taulah mende ye yang lalock, xpelah mungkin ada maksud yang tersirat dan terselirat. Gambo profil xde dikongsinya. tepek gambo ini jelah.


Masih belajo lagi blogger kita neh, slamat maju jaya untuk hana. Kalau nok baca entri student2 bulehla melawat blog dia, banyokla info-info yang kita jarang tahu tentang student dan banyok juga entri yang menarik untuk di baca. Simple one, kata orang puteh tu. Moh ronda satu kali.

Klik SINI untuk meronda Hana


Moon FlipFlop


Ketiga, blog yang banyok berkongsi pasal kehidupan. Entri2 pun dah semakin menarik. Check! Entrinya fresh, banyok juga nilai2 yang dapat kita fikirkan. Blog simple je tapi dah semakin menarik entrinya. Orang ye sibuk juga gayanya. Tapi banyok cerita pun tak guna, moh kita melawat blog dia. Crite derian pun ada.


 Klik SINI untuk melawat Moon flipflop!


Art Fever


Memang seni blogger kita neh. kalau tak caya, bleh la lawat dia se-raen. Seorang peniaga. Banyok barang yang dijual. Sesapa berminat bleh juga membuat tempahan. Ni bari dikatakan menggunakan ICT dengan jayanya. Selamat berjaya.


Art Fever. Menjual cenderahati dan berkongsi entri2 yang menarik untuk dikunjungi. Sempena nak nyambut raya ni buleh la order mende2 yang patut. 

Klik SINI untuk melawat kedai maya rodong kita neh. Moh!


Sampai sini dulu lah ye. Sempena bulan pose neh, sama-samalah kita doakan kebahagian dan sejahtera ke atas semua umat Islam hendaknya. Selamat bersahur dan berpuasa. Sambil2 tu boleh juga melawat rodong2 lain, tengok entri sempena bulan Ramadhan ni, fuhh meriah weh! Ok, salam dari admin. Anak Pahang Blogger! Assalamualaikum.

Friday, August 6, 2010

Blog Orang Pekan (2)


Kongsa-Kongsi|Tercipta Untukku, Hanya Untukku|Anak2 D.J| Miss Yatie 

Assalamualaikum. Kita sambung lagi untuk memupehkan list dala blog orang Pekan. Sini ada empat blogger dari Pekan untuk kita sama-sama kongsikan. Okeh! Moh kite peratikan blog-blog orang Pekan ni dulu.

Kongsa-Kongsi

Tuan punya blognya banyak berkongsi artikel berbentuk peristiwa dan ala-ala diari seharian. tak tinggal juga dengan cerita-cerita semasa, nasihat dan berita-berita semasa yang bermaklumat. Templete ringkas, keremajaan gitu. Profil pun ringkas juga. Moh tengok profil dia;


Tercipta Untukku, Hanya Untukku

Tajuk pun dah ngeri nih. banyak makna nih. Tapi takpe moh kita check dulu goneh. Simple je templete. Cerita santai-santai je. Macam-macam info dala nya, Widget pun simple je. Profil? check la.

Anak2 D.J

Ini blog Cik Shinju yang punya tauu...Entri yang santai-santai juge. Sapa nak entri yang membuatkan kita tersenyum boleh la lawat sini. Nak load pun mudoh je, 2 column templete je, selalu balas lawatan kawan-kawan blogger lain dan mesra meninggalkan mesej dalam blog lain. Check out!

Miss Yatie

Blog medan mengurangkan stress. Memang ok r pepatah tu agoknya. Blog neh berkongsi cerita-cerita hidup dan peristiwa-peristiwa seharian. Kreative juga lah. Tengok paparan blog r. Canggih gitu. Meriah warna warni. profilnya:

Seme-semenya ngaku anok Pekan belake. Tak kisoh la deme duk mana pun, janji inget asal usul tanah tumpoh. Jumpe anok-anok negeri kat tempat orang tu bulehla berloghrat Pahang. Senyum sokmo di mana deme berada. Salam dari Anak Pahang!

Klik di SINI untuk menziarah 


 
Copyright 2009 Anak Pahang Blogger. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan