SILA AMBIL PERHATIAN

Selamat datang Ke ANAK PAHANG BLOGGGER @ http://darulmakmurblogger.blogspot.com.

Mana-Mana Blog (hok yang mengaku anak Pahang sejati) yang belum ada dalam list bolehlah bagi link. Jangan lupa tepeklah banner & buat link skali. TQ
Tolong bagitau DAERAH SEKALI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 27, 2010

Kenapa Mesti Tinggalkan?


Assalamualaikum. Semoga kite seme sehat sejahtera adanya. Ginih weh, suatu masa dan ketika kita selalu sangat melalui perkara yang kita sendiri kurang pasti maksud kejadiannya. Ini berkenaan dengan gelagat kita semua. Bila time orang angkat makanan, tak kiralah time lepak kat serambi ke, dekat berenda ke, untuk jamu. orang suruh makan. Makan kueh, tak kiralah cekodok ke, karipap ke, pisang goreng ke, kalau perasan mesti yang last skali ada tinggal satu, orang taknok amik. pelawa orang ni tak nok, pelawa orang tu dia tak nok juga. mesti ada yang last tertinggal. Goneh gamoknya kejadian ni ye? Rasanya semua orang, tak kira daerah atau negeri mana pun, gelagat ni mesti berlaku dalam masyarakat kita. 

Kebarangkalian ia satu adab, mungkin juga. Nok hormat pada orang lain yang ada. Tak lah nampok pelahap sangat, mentekedaroh kuat kata dek orang. Nok kata takut nok basuh bekas makanan tu pun boleh juga, ayat 'sapa last basuh'. hok yang malas tu memang xbrani dah amik yang last tu. Mikir-mikir pun, tak bagus kalau tinggalkan makanan gitu, rezeki tu. Kalau nok dikatakan sebagai adat pun, macam tak logik je. Menda free kedo ke tepi, kalau kat kedai, sampai licin disapunya. Tapi itulah hakikatnya gelagat kita ni. 

Goneh gamoknya nak terangkan perkara ni? Persoalannya kenapa mesti tinggalkan? Ada sesapa yang boleh huraikan. Mintak sangat orang-orang lama kongsi sikit.

Thursday, March 25, 2010

Blog Orang Temerloh


Salam buat Blogger-Blogger Pahang semua. Hari ini sampai masanya kita berkenalan dengan Blogger beloh Temeloh pulak. Kita ambik tiga blog dari Temeloh dulu ye.

Pakai templete webnolia dari Ourblogtemplete, ringan, tak serabut dengan widget jadi senang nak load page dia dan mesra pengunjung. Entri usah cakap la, macam-macam ada. Cerita life sendiri dengan peristiwa serta kejadian semasa. Penuh dengan cerita-cerita serta info-info yang sesuai bagi pembacaan santai. Penulisan entri yang simple tapi mudah difahami diselit pulak dengan gambo-gambo terpilih. Ahli nuffnang juga.
Tengok style posing pun dah menunjukkan peribadi yang matang. Moh kita menziarahi blog abang kita dari Temeloh ni sambil tinggalkan ucap salam, komen di entri serta support jika ada advs. Sama-samalah kita. Klik di SINI untuk ke blog relevan.

Terpampang gambo ala-ala klasik sikit di atas kepala blog. Salah satu blog yang simple dan juga ringan sebab tak banyak accessory dalam blog ni, bagus sangatlah, mudoh skit nak load page. Guna 2 column templete je. Memang sempoi. Entri blog pasal isu-isu/berita semasa yang santai. Yang bestnya ada banyak gambo-gambo lokasi menarik di Negeri Pahang. Nak tengok? Terus ke blog tuan punya yang menggelarkan diri sebagai 'Intan RH' ni
Gambo tak mudoh. Artis tamil juga. Hahaha. dah ini gambo profile yang dia letak, makanya kita pakai yang ni jelah. Mampir kita ke Blog cik/puan kita ni dengan hanya klik di SINI.

Ini blog baik punya. Kalau berminat dengan barangan berunsur batik seperti beg galas dan lain-lain. Ada juga info tentang barangan keperluan org perempuan macam maskara (betul kot ayat ni..hehe)boleh lawat blog ini. Tuan punya 'Ila@Cantekmama' ni banyak mengisi entrinya dengan entri-entri ringan seperti cerita aktiviti harian, tips-tips, petua-petua dan lain-lain.
Bergambar bersama anok yer gamoknya. Apa-apa pun sama-samalah kita memberi sokongan kepada blog ini. Tinggalkan pesanan di blognya, selain komen dan lain-lain.Sila klik di SINI untuk terus ke blognya.

Sampai sini dulu lah yer, nanti kita sambung lagi. harap para blogger sekalian agar memberi sokongan kepada blogger anok-anok Pahang. Wassalam.

Monday, March 22, 2010

Blogger-Blogger Pahang


Salam semua, sehingga ke hari ini Anak Pahang Blogger mengucapkan jutaa terima kasih buat semua blogger-blogger yang memberi sambutan dan sokongan kepada blog ini. Blog ini  bertujuan untuk mengumpulkan blogger-blogger Pahang yang aktif selain dari berkongsi warisan-warisan yang kadangkala susah untuk diperolehi di luar. Banyak cerita-cerita dan kisah-kisah menarik yang kini dapat kita kongsikan bersama dalam dunia blog ini terutamanya berkenaan dengan Negeri Pahang. Dari aspek sejarah, tokoh, loghrat, penduduk, lokasi-lokasi menarik, pelancongan dan perhotelan dan banyak lagi yang kita perolehi dari perkongsian maya ini. harapan agar kita sama-sama memberi sokongan kepada blogger-blogger muda dan lama agar ukhwah kita dapat diteruskan tidak kira dalam dunia blog mahupun dunia yang nyata. Sila beri teguran dan nasihat kerana ia amatlah diperlukan untuk suatu kebaikan. Sekali lagi Anak Pahang Blogger mengucapkan jutaan terima kasih buat semua blogger-blogger yang berasal dari tanah Inderapura ini tak kira di mana jua anda berada. Salam buat semua Anak-Anak Pahang.

Banner Anak Pahang Blogger


 

Thursday, March 18, 2010

Blog Orang Jerantut


ANAK ULU CHEKA | MIECYBER @ SUDU | ECHAM.COM
Salam, kite setat semula dengan blogger Jerantet. Aritu dah kenalkan tiga blogger, kali ni kita tambah lagi beberapa orang blogger dari daeroh jerantet. Kita mulakanlah perkenalan kita.

Sebuah blog yang banyak menengahkan unsur-unsur dakwah yang matang dan terbuka. kawan kita ni juga berkongsi skill-skill tutorial berblogger serta cerita-cerita seharian. Tidak tinggal juga kawan kita ni berkongsi doa-doa harian untuk diamalkan. Selain itu, ada beberapa lagi blog miliknya yang banyak perkara yang dikongsikan. Tinggal di Kuantan, tapi disebabkan menggunakan nama tempat 'Ulu Cheka', maka kita letak dia dalam list 'Geng Jerantet' (kalau tuan punya tak berkenan sila bagitau, kita boleh uboh).
Gambo anok-anoknya gamoknya. 
Kalau nok kenal ayohnya, lawatlah blog ANAK ULU CHEKA

Abang Mie kita ni memeriahkan blognya dengan cerita dan maklumat dalam banyok perkara, ada cerita makanan, kesihatan, teknologi terkini dan lain-lain. Siap ada promosi Taman Negara lagi dalam blognya. Blog yang simple, dan ringan nak loading.
Gambo penuh berseni. nak berkenalan boleh pergi Jerantet, cari dia. 
paling mudoh boleh lawat blog dia Miecyber @ Sudu

Salah satu Blogger yang berkongsi cerita-cerita menarik, relex, hok boleh layan untuk bersantai depan komputer. Menarik untuk blogger-blogger yang lain untuk melawat dan membaca posting-posting menarik abang kita ni. Blog simple jer, siap ada gambo-gambo menarik lagi.
Ambik gambo head blog dia jelah, xde gambo profil, kira ok lah ni. Kalau berani moh kita lawat blog abang kita ni di ECHAM.COM

Setakat ni dululah ye, nanti sambung semula untuk blogger-blogger lain. Banyok dah blogger-blogger Pahang dalam komuniti kita ni. Sama-samalah kita berkenal-kenalan antara satu sama lain. Wassalam.

Sunday, March 7, 2010

Blog Orang Pekan


IDEAlogyc Pekan Bandar Diraja

Salam, Ini hok first nok promote blog orang Pekan Pahang. Ok, ada dua blog arang pekan kat sini. Kita berkenalan dengan mereka ini.

memaparkan kisah-kisah kehidupan seharian dengan cerita pasal kerja, perjalanan, majlis-majlis, kemahiran, tips untuk pembaca, Memang sesuai untuk pembacaan yang santai. Gambo dan templete usah ceritalah, lawo-lawo blake, templete baru tu. 'GREAT health GREAT wealth GREAT future' ayat dia yang kita sama-sama perlu paham. Sesapa yang suka bidang permotoran kereta bolehlah lawat blog ini. Gambo pun dala kreta dah. Semua ada, no. telepon, email, twitter, facebook dan ada satu lagi blog; http://siputurbo.blogspot.com/. Rasa berkenan atau tidak berkenan, moh kita melawat rodong kita ni ye.Say Hai.

Ini salah satu blog yang memperkenalkan lokasi, yakni Pekan itu sendiri. Mengisahkan persekitaran lokasi yang berkaitan dengan Pekan. Minat ke arah Internet, kereta, komputer, muzik, animasi dan lain-lain. templete pun canggih dan menarik. Blog yang simple. Gambo profil tekdeh, jadi kita amik gambo orang melapoh lembu masa banjir yang ada dala entri dia. Moh kita lawat rodong kita dari Pekan ni.


Setakat ini aje hok Geng beloh Pekan, kala ada rodong-rodong beloh sana, bagilah link..kita pakat berderau bersama-sama. Wassalam.

Saturday, March 6, 2010

Blog Orang Bere


Kadang-Kadang Teringin Jua Dunia Luna

Salam semua rodong2 hok yang ada. menekala makin ramei hok nok berhimpun di sini. mekenya keh tamboh skit crite blogger kita. Perkenalkan orang bere, ada dua blogger hok yang baru.

Gambo semat dengan posing yang mengancam. Kadang-Kadang Teringin Jua, Aii..ayat lain macam aje dengornye, takpelah, gini mudoh crite, pakat kenal dulu. Nama bloggernya Cikgu Jang. pendidik anok bangsa. Katanya tuan punya badan ni ngajor kat Purun, dah 12 tahun dah kat situ. Posting blognya banyok menceritakan kehidupan sebagai cekgu dengan gambo2 menarik. Ada juga posting yang berkaitan dengan kehidupan seharian serta memori-memori yang menarik utk dikongsi bersama. Moh kita support blog cekgu kita ni sambil2 berkenalan.KLIK DI SINI

Ingatkan artis dah tadi. dekat2 dengan nama artis dah. Nok mintok sain trus je. Anok muda kita ni student lagi, Nok crita banyok dia xshare profile, jadi kita terus crita pasal entri dia jelah. Kisah hidup sebagai student, kehidupan seharian, tips menarik. tajuk pun dah dunia luna, jadi ini satu personal punya blog lah. Banyok juga Cik Luna kita ni share dalam blog dia. kala nak berkenalan boleh la trus ke blog Dunia Luna, siap ada facebook lagi. mudoh mek jaman nih. klik je jari telunjuk dah boleh berkenalan. moh lah kita klik dia.KLIK DI SINI


Nanti kita sambung lagi, banyok lagi hok tak diperkenalkan ni.
Sekian, Wassalam

Thursday, March 4, 2010

Diploma Perguruan Lepasan Ijazah Ambilan Julai 2010


Diploma Perguruan lepasan Ijazah Ambilan Julai 2010
(DPLI 2010)

Permohonan Diploma Perguruan lepasan Ijazah Ambilan Julai 2010 (DPLI 2010)
Tarikh Tutup 16 Mac 2010

Dapatkan No. Pin di BSN dengan harga RM20.60

Maklumat : Portal Kemasukkan ke IPTA 
Borang Online : Portal Permohonan  
No. Tel: 03-88835801/5802/5858 
 
Copyright 2009 Anak Pahang Blogger. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan