Kolompen | Annadzirah's | Colours of Life
Assalamualaikum, berbalik kita ke Geng Temeloh. Geng-Geng lain harap bersabo sikit lah ye. Ada tiga lagi blogger Temeloh yang nak diperkenalkan di sini. Annadzirah's, Kolompen dan Colours of Life merupakan antara blogger Temeloh yang aktif. Ada aje entri-nya. Moh kita setat berkenalan dengan Geng Temeloh ni ye. Menghilir ke TemelohKolompen
"Dari Dalam Diri...Hanya Puisi' Bermula 2008. Satu Blog berbahasa puisi dengan metafora-metaforanya menegur langkah tintas sang pelaku..fuhh puitis sungguh. Ini blog yang kebanyakkan entrinya adalah puisi. Satu-satunya blog berunsur seni. Segalanya disampaikan dalam bentuk puisi. Cayalah. Rasa-rasanya ini satu-satunya blog yang lebih 50% kandungannya (entri) adalah puisi. Selain itu ada juga gambar-gambar menarik seperti gambo-gambo lama Temeloh.
Selain berseni dalam penulisan, insan ini juga berseni dalam pertukangan. Memang beh tuan punya badan. Semoga terus maju jaya. teruskan kesenian dan kemahiran yang ada. Rodong-rodong boleh lawat Kolompen dan Tukang Parang (Blog kedua: Ada maklumat tentang pertukangan/pembuatan parang) abang kita ni. Sokongan rodong-rodong anok negeri amatlah dialu-alukan. Ada sesapa nak order pisau?
Annadzirah's
Old Style Templete. two column. Smart dan simple punya.Ambik ayat dia "A girl with a name An Nadzirah Mohamad that been taken by no one - yet. Been born at 13 August 1989.Currently pursuing her final semester study at Polytechnic Port Dickson and taking a hard thinking course - Civil Engineering" Student lagi nih. Blajo kat politeknik.
Entri berkisar tentang perkara-perkara atau peristiwa-peristiwa sekeliling. Ada juga unsur-unsur dakwah. Kesimpulannya, entri dia adalah tentang kehidupan. Sambutan dari blogger lain agak meriah.
Opss...moh lawat tuan punya blog nih dengan mengelik DISINI Pakat ramei-ramei menyokong blogger-blogger Pahang. Tinggalkan pesan, komen, dan lain-lain. Moh beri penghargaan buat Annadzirah's.
Colours of Life
Milik Cik/Puan Farah dengan memperkenalkan dirinya; "1ST sKaL! AmY Nk sUmE 0WG tAw... tAt M!e bElOnGs 2 mOhd RiZaL... N i lUv my ma n AbAH S0 mUcH... aNgAh,aDiK N D!De,U All PrMaTa At! AloNG... AmY HeP! G0 lUcKy... SkE BkWaN... KuAt nAnGiS...(2 OWG CKP K) mAyB AmY NeY CaM MaNjE KoT... mA CkP MaNjE SEnD!r!...hmmmm...n0 K0mEn... AmY TuLiS BlOg nEy sKe2 SeNd!r!... BkN NgAn n!at serong ea... pape yg amy nk tul!s... ske at! amy je La... laW sape2 yg mnyAmpah 0 mual2 mbaca entr! kat cney... AmArAn AwAl... SILA TINGGALKAN BLOG INI... hEeEeEe... LaSt bUt nOt lEaSt... mAjUlA sUkAn UTk neGarA... eErRkKkK...:) tats all b0ut m!e"
Panjang beno kata-kata aluannya. Kandungan blog berkisar tentang kehidupan dan gelagat seharian. Banyok gambo-gambo diselitkan. Blog yang simple je.
Tak payoh buang masa lagi. Moh kita berkenalan dengan Cik/Puan Farah kita ni dengan terus mengelik DISINI.Beri sokongan masing-masing dengan cara masing-masing. Kasi meriah satu kali.
Satakat ini dulu. semoga rodong-rodong dapat menambah pengetahuan, rodong dan kenalan sambil berblogger. Sama-sama kita support blogger-blogger Anak Negeri kita. Moh berderau! Assalamualaikum.
3 ulasan:
salam..
Kelompen ni
blognya mmg puitis
koi suka masuk dan belaja
memahami puisinya..
se far mmg terbaikkk...
Terbaikk..
Tabik spring satu...
Terima kaseh TT...^_^
Post a Comment