SILA AMBIL PERHATIAN

Selamat datang Ke ANAK PAHANG BLOGGGER @ http://darulmakmurblogger.blogspot.com.

Mana-Mana Blog (hok yang mengaku anak Pahang sejati) yang belum ada dalam list bolehlah bagi link. Jangan lupa tepeklah banner & buat link skali. TQ
Tolong bagitau DAERAH SEKALI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru...Cekgu


Assalamualaikum...
Bila dia masuk
Kita bangun
Salam diberi
Jawablah hendaknya

Bila dia maroh
habis kecut perut
risau dia denda
perit ngat bila dia tarik sideburn
pedih ngat bila dia pulas telinga
terkinja kaki bila dia pulas perut


Bila dia tanya mana buku
dijawab tertinggal dirumoh
terlupa bawok
macam-macam lagi idea dalam kepala
budget selamat, takde maknanya

Hok bawok rotan
selisih pun taknok belake
pakat ikut jalan lainlah hendaknya.
Itu cuma crita zaman dulu, 
crita dulu-dulu.
Kini dah berbeza
Ceritanya pun dah berbeza.

Yang penting mereka tetap sama
tetap dihati, tetap diingati
Ingin sekali mengambil masa yang ada
minta segalanya dihalalkan
minta segalanya diampunkan

Kepada semua ibubapa,  tok guru-tok guru, imam-imam, ustaz-ustaz, guru-guru, cekgu-cekgu, pensyarah, dan segala bentuk yang ada individu yang menyampaikan ilmu dalam pengertian yang sama tidak kira langsung atau tidak langsung. 
Diucapkan 
SELAMAT HARI GURU...CEKGU
 dan semoga diRahmati dimana sahaja anda berada. 

 (gambar/Logo diambil dari GoogleImage)

2 ulasan:

Unknown said...

salam.. koi pun nak join blog aok nih.. buleh la yek...

http://putri-roh.blogspot.com

nuyui
daerah : bentong

salam... terime kaseh....

WARIS PAHANG said...

salam.. koi nak join blog aok nih..

http://warisanpahang.blogspot.com/


daerah : kuantan

salam... terime kaseh....

 
Copyright 2009 Anak Pahang Blogger. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan