PERJALANAN HIDUPKU | PIEWAHID ULU KUMBANG | BLOG LIPISLADY
Assalamualaikum, buat kali keduanya kita bentangkan pula Blogger dari Lepeh. Ni kira blogger-blogger yang aktif di Lepeh. Geng Lepeh yang kita nok kaborkan di sini hanya tiga blog yang boleh dikirakan sentiasa aktif. Antaranya ialah 'PERJALANAN HIDUPKU', 'PIEWAHID ULU KUMBANG' dan 'BLOG LIPISLADY'. Moh kita mulakan dengan 'Blog Lipislady' dulu. ladies first!
Mula-mula kita jenguk Profil dia dulu, 'Mengarut, Jangan Mencarut' Start berblog pada Disember 2008. Minat melakukan perkara yang orang lain juga minat, macam, makan, tido, tengok TV, membaca dan lain-lain. Tapi gayanya ke arah sastera sikit. Entri pulak simple & steady je sebab hanya artikel yang santai aje, mudoh orang nak layan. Siap dengan gambo-gambo selingan bagi setiap post . Catatan gelagat semasa, maklumat-maklumat semasa yang umum, nasihat dan post berbentuk dakwah. Templete yang ringan dengan widget yang mudah. Selain itu ialah Blogroll-nya. Ada banyok list blogger-blogger lain yang disenaraikan sebagai menghargai blogger lain.
Inilah antara blogger yang dikenali sebagai Lipislady dalam Blog Lipislady tu. Kalau turun Lepeh jangan lupe cari Lipislady kita. Boleh ngeteh skali. Bila lagi nok ngeteh dengan salah sorang Top Blogger di Lepeh ni. Moh kita lawat, tinggalkan pesanan dan tinggalkan komen dalam Blog Lipislady dengan klik di SINI.
May 2008 lahir blog Piewahid Ulu Kumbang. Salah sorang blogger yang aktif dalam dunia blogger. Selalu je jumpe 'piewahid' dalam komen dan shoutbox blogger lain. Aktiviti menjelajah entri dan memberi komen yang membina dan sedikit jokes, memeriahkan dunia blogger kita. Templete nampak old-school skit (allblogtools), masuk dengan kaler tulisan. mudoh nak baca. Entri sosial dengan gelagat manusia sejagat seharian, bacaan ringan, dan sorotan dakwah untuk pembaca. Infonya menarik, usah terpedaya dengan tajuknya sebab entrinya lagi best dari tajuk. haha. ada beberapa link ke laman lain yang berfaedah dan blogroll blogger lain disediakan. Piewahid Ulu Kumbang juga ada menyediakan blog lain untuk berkongsi maklumat.
Siap ada badge membership lagi nih. Jangan tunggu lama-lama, moh kita geladoh pulak blog Piewahid Ulu Kumbang ramei-ramei bior rabok trafik dia. Pakat lawat, layan entri, beri komen dan tinggalkan cadangan serta nasihat untuk abang kita ni. Terus klik di SINI untuk ke blog Piewahid Ulu Kumbang
Profil dirahsiakan (hide). Abang desa kita nih memajukan blognya dengan two column templete dan widget yang simple. Hanya ada bloglist, gambo-gambo dan link-link ke portal lain. Simple je, tapi tengok entri la. Tak reti nok kabo dah. Penuh dengan info semasa dan cerita-cerita gelagat kehidupan. Sejarah ada, info lokasi ada, sehingga ke hari ini dah ada 55 entri dalam blog ni. Sesuai sangatla untuk blogger-blogger lain nak mencari info dan membaca artikel yang simple. Tapi yang paling mantap, 'vital statistic' tu. memang class. suke ngat weh, info in number yang menarik. Tak tertinggak juga unsur dakwah yang menjadi tanggungjawab kita semua sebagai khalifah ni.
Tak dapat ambik gambo profil, kita hambik gambo hok ada je. Pasar malam pun jadi. Blog ni banyok istimewanya selain tuannya yang mesra memberi komen dan pesanan dalam blog orang lain. Moh kita memberi sokongan untuk blog ni. Klik aja di SINI untuk terus ke blog PERJALANANKU
Sampai sini dululah kita mempromosi rodong-rodong kita ye. Sama-samalah kita memberi sokongan untuk blogger-blogger kita. Paling koman pun jadi follower pun jadilah, apatah lagi nak bagi sumbangan idea yang lain. Moh kita berderau sama-sama. Wassalam.
7 ulasan:
SALAM..
sema rodong koi ni..
antara bloggers yang banyak
menyumbang idea mereka pada blog koi
baik secara langsung atau tidak..terima kasih buat sema ni..tanpa aokme sapa lah koi..he he
Assalamualaikum, terima kasihlah mempromosikan blog keh dalam blog deme nih, lately keh nih banyok sangat menda nok diuruskan, banyok dah ketinggalan entry dalam blog2 rodong...Penoh dah blog deme nih ropanya...Terima kasih sekali lagi yee weh, kala datang kelepih carilah keh, boleh keh belanja ais blended yang terkenal dilepih nih ...W,sallam.
Yang dok bagi nama geng lapih ni buat apa. kan nama jone atau masella bagus?
salam. bagus blog ni.
azizi abdullah
Hidup Geng Lepeh!
terima kasih lah kat deme, promote blog kaweh..itulah seadanya..nak kate rajen idak pulok..kok tersesat kek koyan time raye kaweh boleh banje pau koyan...
salam.
wuyyoo... mcm tak caya, blog koi deme tolong promosikan dan dihargai. iskh... jgn lah puji keh, malu lah, hihihi....(sebenornya berkenan!)
pe2pun, t kasih byk2...
LipisLady: Mana lokasinya? Nak juge merase Ais Blended lepeh.
Post a Comment