Bismillah. Kepada semua Warga Pahang/Pantai Timur, berikut adalah Info berkenaan dengan tajuk yang diberi di atas. Telah disebarkan di dalam satu akhbar bahawa satu jalan alternatif telah boleh digunakan (tidak sepenuhnya siap) dari Daerah Raub/Kuala Lipis ke Cameron Highlands/ Perak/ Kelantan/Utara. Maklumat ini diperolehi dari Individu yang kerap melalui jalan tersebut dan merupakan anak tempatan dari Kuala Medang, Kuala Lipis.
Permandangan dari jambatan bengkok.
Lakaran Ringkas (Anak Panah)
Dari Raub:
Melalui Kg. Cheroh, Batu Talam dan lain-lain kampung - Felda Sg. Koyan(Pintu Masuk)
Dari Kuala Lipis:
Melalui Kg. Tempoyang, Kg. Relong, Masuk ke Simpang Sg. Koyan di Kg. Berchang. Seterusnya melalui beberapa kampung lagi seperti Kg. Keledek, Kg. Sungai Ular - Felda Sg. Koyan.
Lokasi Pintu Masuk (Simpang Masuk):
Felda Sungai Koyan atau Pekan Sungai Koyan, terus ke KIRI- Selepas Pondok Polis Sungai Koyan. Melalui ladang-ladang sawit, Perkampungan Orang Asli (Pos Betau, Pos Simoi dan lain-lain) dan beberapa Perkampungan Orang Asli di sepanjang perjalanan.
Lokasi Pintu Keluar (Simpang Keluar):
Pekan Bertam Valley, Ringlet, depan Stesen Minyak Shell. Simpang Tiga-
(Simpang ke kiri-Perak dan Simpang ke kanan-Brinchang CH/Lojing-Gua Musang)
(Simpang ke kiri-Perak dan Simpang ke kanan-Brinchang CH/Lojing-Gua Musang)
Tempoh Perjalanan:
1-2 Jam+/- dari Simpang Masuk(Sungai Koyan) ke Cameron Highlands bergantung kepada pemanduan) Perjalanan sejauh lebih kurang 79.1 KM
Kondisi Jalanraya:
70% dari 100% baik. Ada permukaan jalan yang tidak rata (Pumping)
Keselamatan:
Berhati-hati semasa memandu malam kerana perjalanan melalui kawasan hutan dan ladang yang mungkin dilintasi oleh binatang liar seperti Musang, Kucing Hutan, Kabus tebal dan lain-lain. Selain itu jalan masih belum dilengkapi dengan lampu jalan. Kelajuan boleh membunuh.
Jika ada yang ingin ke Cameron Highlands, anda boleh melalui jalan ini kerana lebih menjimatkan masa dan wang ringgit selain menghayati keindahan alam.
17 ulasan:
jalan ni memang cantik. harap takla jammed lepas ni pulak.hahahaa
salam..
ermm..boleh la
koi cuba nanti..
sampai ke ler koi
heran nape entri
terbaru blog ni
tak di index di
blog koi dan koi
tak dapat entri terbaru
cer aok periksa di
setting blog aok ter..
makin dekat la nak gi cameron kalau dari kuantan skarang kan.
memendikkan masa perjalanan dari raub ke Ch dan sebaliknya masa lk 1 1/2 - 2 jam dah sampai
dekat ajer rupenyer..patutla kekawan keh kat raub nu asik bercuti ke camren hiland aje..
orang raub balik hari je pegi minum teh ket CH lepas habis keje
Jom ngeteh ke CH
bukan org raub je, org lepeh pun sama. keh ngeteh je naik atas tu. strawberry? tolak tepi
terima kasih kepada info yang amat berguna. koh tak pernoh cube lagi jalan nih. senang lah koh lepas nih nak balik ke perak ghumoh mertua.
Saya Pergi CH Minggu Lepas lalu Jln Nie...Jln OK...cuma ade 4 kawasan tanah Runtuh...satu tempat tu ade jln berbatu...kena slow...sbb jln utama kena timbus dek runtuhan..apepun jln bertam ke pos Betau nie memang best..kurang slekoh tajam...jln lebar.
pos betau ke SG.Koyan banyak slekoh...agak sempit..sesuai untuk kaki rempit buat lap...
kawan redah jalan nie dari belum siap (masih tanah merah, lalu tebing sungai). Dulu kontraktor buat jalan tak bagi jalan, siap pasang jaga kat pintu masuk. Sebab yang jadi jaga tu orang asli, senang je nak tackle. Bagi air dengan roti sebungkus, dia bagi masuk. Lama-lama jadi kawan.
Sekarang dah jauh senang jalannya, cuma sorang member jumpa orang naik motor takde kepala. Sebab tu jarang jalan malam lalu sini.
kome dapat tau gitu jugek, ade alternatif jalan ke cameron, cuti awal muharram aritu ingat nak g, keknye musim hujan pulok, kawah tak berani la plok, takut tanah runtuh, nayer jer..
It's an awesome piece of writing in favor of all the web viewers; they will get benefit from it I am sure.
my page: real slots Online
Kalau dri kemaman,lalu lpt ambk exit mane nk msuk raub?
Kalau dri kemaman,lalu lpt ambk exit mane nk msuk raub?
Exit tol lanchang
Salam. Kalau nak lalu jalan lama dari jerantut ke taiping tahu tak
Post a Comment