Assalamualaikum...
Bila dia masuk
Kita bangun
Salam diberi
Jawablah hendaknya
Bila dia maroh
habis kecut perut
risau dia denda
perit ngat bila dia tarik sideburn
pedih ngat bila dia pulas telinga
terkinja kaki bila dia pulas perut
Bila dia tanya mana buku
dijawab tertinggal dirumoh
terlupa bawok
macam-macam lagi idea dalam kepala
budget selamat, takde maknanya
Hok bawok rotan
selisih pun taknok belake
pakat ikut jalan lainlah hendaknya.
Itu cuma crita zaman dulu,
crita dulu-dulu.
Kini dah berbeza
Ceritanya pun dah berbeza.
Yang penting mereka tetap sama
tetap dihati, tetap diingati
Ingin sekali mengambil masa yang ada
minta segalanya dihalalkan
minta segalanya diampunkan
Kepada semua ibubapa, tok guru-tok guru, imam-imam, ustaz-ustaz, guru-guru, cekgu-cekgu, pensyarah, dan segala bentuk yang ada individu yang menyampaikan ilmu dalam pengertian yang sama tidak kira langsung atau tidak langsung.
Diucapkan
SELAMAT HARI GURU...CEKGU
dan semoga diRahmati dimana sahaja anda berada.
(gambar/Logo diambil dari GoogleImage)