SILA AMBIL PERHATIAN

Selamat datang Ke ANAK PAHANG BLOGGGER @ http://darulmakmurblogger.blogspot.com.

Mana-Mana Blog (hok yang mengaku anak Pahang sejati) yang belum ada dalam list bolehlah bagi link. Jangan lupa tepeklah banner & buat link skali. TQ
Tolong bagitau DAERAH SEKALI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, January 31, 2010

Blog/Web Orang Rompin

Salam semua.

Harap demeh2 semua sihat blaka. Arakian kisah kita ni nak mempromosi blog hok rodong2 yang ada. Mana2 yang dan dulu lah. Hok lain tu pakat sabo lah, bior berambi sket ye. Dari sini kita promote blog yang ada dlu.

Blog dari Rompen
Ini En.Hafiz yang punya. Dia dok share pasal komputer dan internet, jadi mana2 rodong hok nok blajo pasai komputer & internet pakat2 lah lawat dia.Ada tips2 yang boleh kita guna pakai dari info di situ. Acu terai bukak je. lawat2 lah rodong tu ye.

Hok ini pun dari En.Hafiz, dia dok crita pasal bisnes HPA dia. Banyok la info pasai ubat-ubatan yang boleh merawat macam2 penyakit di dalam web tu. Ada juga link2 yang mengait ke Blog2 yang join HPA di situ, mana tau ada rodong di situ, moh kita klik aje. Sapot rodong2. Pepehal deme klik je link yang di atas tu.

 
Ambeh kan main menyemat lagi dia.

Update: Januari 2010

Friday, January 29, 2010

Katalog Anak Pahang Blogger


Salam, Bagi memudahkan kita semua, kita akan buat katalog ikut daerah. Jadi silalah anto je perkara-perkara dibawah melalui COMMENT atau Emai 9beradik@gmail.com. Ini bagi memudahkan kita nak surf & berkomunikasi.

Nama Samaran:
Nama Blog:
URL Blog/Web:
Daerah:

Contoh:

Nama Samaran: Seman
Nama Blog       : Oseman
URL Blog/Web : http://seman.blogspot.com
Daerah            : Lepeh

Ada ulasan dan cadangan amatlah dialu-alukan.

Tuesday, January 26, 2010

Loghrat Pahang

Salam Saudara/Saudari,

Kita mulakan dengan satu permulaan yang menarik iaitu mengumpul perkataan/sebutan/nahu dalam loghrat Pahang. Cuma pastikan saudara mengikut format tersebut;

Nyatakan perkatan/sebutan tersebut terlebih dahulu, kemudian nyatakan maksudnya dengan jelas sebanyak mana mungkin, dan buat sedikit contoh dalam loghrat Pahang serta dalam bahasa Malaysianya sekali.
------------------------------------------------------------
Contoh:

Prentan = Musim/masa/zaman
Prentan ujan ginih, tak motong lah orang.
*Musim hujan begini, orang tidak dapat memotong getahlah.
--------------------------------------------------------------
Mudohkan?. bila dah banyok kite kumpul, bolehlah kita buat kamus kita sendiri nanti, cume sokongan deme diperlukan. Apa lagi? hanto lah bebanyok hok saudara/saudari tau ke email 9beradik@gmail.com nanti akan di kumpul, dalam seminggu sekali akan masuk entry senarainya.

Terima kasih.

Friday, January 15, 2010

ANAK PAHANG BLOGGER



 ANAK PAHANG BLOGGER

Komuniti Persaudaraan Blogger Warisan Anak Jati pahang

Salam/Selamat Sejahtera


Dengan kalimah suci Bismillahirahmanirrahim, rasminya, darulmakmurblogger.blogspot.com siap untuk berhimpun para blogger-blogger dari sebelas mukim, dari pantai, hilir sungai, ceruk rantau, ulu banat, lembah tanjung, bukit gunung, timur barat, utara selatan dan dari wilayah kuala ke air meleleh. Moh kita berhimpun pakat di layar maya mengaku diri Anak Pahang ibu tanah tumpah darah mengikat persaudaraan bersama.

Anak Pahang Blogger menjemput semua blogger yang memenuhi semua syarat tersebut; Anak Jati Pahang/Lahir di Pahang dan Ibu dan Bapa lahir di Pahang untuk bersama-sama mengikat persaudaraan di dalam blog ini.
 Semua saudara boleh berkongsi Maklumat, Perniagaan, Politik, Cerita, Pandangan, Komen, dan Ulasan di dalam blog ini, namun hal-hal sensitif tetap menjadi kekangan. Kaedahnya hanya menghantar URL Blog, Facebook(jika ada) dan email utama melalui CBOX dan melalui email 9beradik@gmail.com. dan blog saudara pula akan dipromosikan di sini sebagai exchange link.


(Pastikan saudara menyatakan sekali nama saudara/kampung/mukim/daerah untuk memastikan kesahihan Anak Pahang)
 Dimudahkan cerita, saudara semua boleh mempromosikan link Blog, link business dan apa jua link serta banner (hantar html @ gambar banner melalui email) di dalam blog ini untuk kita dapat berkongsi segala macam hal bersama-sama.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila Copy dan Paste banner ini ke mana-mana bahagian blog saudara (kecil pun tak mengapa) serta link ke http://darulmakmurblogger.blogspot.com sebagai tanda menyokong persaudaraan Anak Pahang Blogger!


Sekian, salam persaudaraan dari


'Che Wie'
 
Copyright 2009 Anak Pahang Blogger. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan