SILA AMBIL PERHATIAN

Selamat datang Ke ANAK PAHANG BLOGGGER @ http://darulmakmurblogger.blogspot.com.

Mana-Mana Blog (hok yang mengaku anak Pahang sejati) yang belum ada dalam list bolehlah bagi link. Jangan lupa tepeklah banner & buat link skali. TQ
Tolong bagitau DAERAH SEKALI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 27, 2010

Kenapa Mesti Tinggalkan?


Assalamualaikum. Semoga kite seme sehat sejahtera adanya. Ginih weh, suatu masa dan ketika kita selalu sangat melalui perkara yang kita sendiri kurang pasti maksud kejadiannya. Ini berkenaan dengan gelagat kita semua. Bila time orang angkat makanan, tak kiralah time lepak kat serambi ke, dekat berenda ke, untuk jamu. orang suruh makan. Makan kueh, tak kiralah cekodok ke, karipap ke, pisang goreng ke, kalau perasan mesti yang last skali ada tinggal satu, orang taknok amik. pelawa orang ni tak nok, pelawa orang tu dia tak nok juga. mesti ada yang last tertinggal. Goneh gamoknya kejadian ni ye? Rasanya semua orang, tak kira daerah atau negeri mana pun, gelagat ni mesti berlaku dalam masyarakat kita. 

Kebarangkalian ia satu adab, mungkin juga. Nok hormat pada orang lain yang ada. Tak lah nampok pelahap sangat, mentekedaroh kuat kata dek orang. Nok kata takut nok basuh bekas makanan tu pun boleh juga, ayat 'sapa last basuh'. hok yang malas tu memang xbrani dah amik yang last tu. Mikir-mikir pun, tak bagus kalau tinggalkan makanan gitu, rezeki tu. Kalau nok dikatakan sebagai adat pun, macam tak logik je. Menda free kedo ke tepi, kalau kat kedai, sampai licin disapunya. Tapi itulah hakikatnya gelagat kita ni. 

Goneh gamoknya nak terangkan perkara ni? Persoalannya kenapa mesti tinggalkan? Ada sesapa yang boleh huraikan. Mintak sangat orang-orang lama kongsi sikit.

Thursday, March 25, 2010

Blog Orang Temerloh


Salam buat Blogger-Blogger Pahang semua. Hari ini sampai masanya kita berkenalan dengan Blogger beloh Temeloh pulak. Kita ambik tiga blog dari Temeloh dulu ye.

Pakai templete webnolia dari Ourblogtemplete, ringan, tak serabut dengan widget jadi senang nak load page dia dan mesra pengunjung. Entri usah cakap la, macam-macam ada. Cerita life sendiri dengan peristiwa serta kejadian semasa. Penuh dengan cerita-cerita serta info-info yang sesuai bagi pembacaan santai. Penulisan entri yang simple tapi mudah difahami diselit pulak dengan gambo-gambo terpilih. Ahli nuffnang juga.
Tengok style posing pun dah menunjukkan peribadi yang matang. Moh kita menziarahi blog abang kita dari Temeloh ni sambil tinggalkan ucap salam, komen di entri serta support jika ada advs. Sama-samalah kita. Klik di SINI untuk ke blog relevan.

Terpampang gambo ala-ala klasik sikit di atas kepala blog. Salah satu blog yang simple dan juga ringan sebab tak banyak accessory dalam blog ni, bagus sangatlah, mudoh skit nak load page. Guna 2 column templete je. Memang sempoi. Entri blog pasal isu-isu/berita semasa yang santai. Yang bestnya ada banyak gambo-gambo lokasi menarik di Negeri Pahang. Nak tengok? Terus ke blog tuan punya yang menggelarkan diri sebagai 'Intan RH' ni
Gambo tak mudoh. Artis tamil juga. Hahaha. dah ini gambo profile yang dia letak, makanya kita pakai yang ni jelah. Mampir kita ke Blog cik/puan kita ni dengan hanya klik di SINI.

Ini blog baik punya. Kalau berminat dengan barangan berunsur batik seperti beg galas dan lain-lain. Ada juga info tentang barangan keperluan org perempuan macam maskara (betul kot ayat ni..hehe)boleh lawat blog ini. Tuan punya 'Ila@Cantekmama' ni banyak mengisi entrinya dengan entri-entri ringan seperti cerita aktiviti harian, tips-tips, petua-petua dan lain-lain.
Bergambar bersama anok yer gamoknya. Apa-apa pun sama-samalah kita memberi sokongan kepada blog ini. Tinggalkan pesanan di blognya, selain komen dan lain-lain.Sila klik di SINI untuk terus ke blognya.

Sampai sini dulu lah yer, nanti kita sambung lagi. harap para blogger sekalian agar memberi sokongan kepada blogger anok-anok Pahang. Wassalam.

Monday, March 22, 2010

Blogger-Blogger Pahang


Salam semua, sehingga ke hari ini Anak Pahang Blogger mengucapkan jutaa terima kasih buat semua blogger-blogger yang memberi sambutan dan sokongan kepada blog ini. Blog ini  bertujuan untuk mengumpulkan blogger-blogger Pahang yang aktif selain dari berkongsi warisan-warisan yang kadangkala susah untuk diperolehi di luar. Banyak cerita-cerita dan kisah-kisah menarik yang kini dapat kita kongsikan bersama dalam dunia blog ini terutamanya berkenaan dengan Negeri Pahang. Dari aspek sejarah, tokoh, loghrat, penduduk, lokasi-lokasi menarik, pelancongan dan perhotelan dan banyak lagi yang kita perolehi dari perkongsian maya ini. harapan agar kita sama-sama memberi sokongan kepada blogger-blogger muda dan lama agar ukhwah kita dapat diteruskan tidak kira dalam dunia blog mahupun dunia yang nyata. Sila beri teguran dan nasihat kerana ia amatlah diperlukan untuk suatu kebaikan. Sekali lagi Anak Pahang Blogger mengucapkan jutaan terima kasih buat semua blogger-blogger yang berasal dari tanah Inderapura ini tak kira di mana jua anda berada. Salam buat semua Anak-Anak Pahang.

Banner Anak Pahang Blogger


 

Thursday, March 18, 2010

Blog Orang Jerantut


ANAK ULU CHEKA | MIECYBER @ SUDU | ECHAM.COM
Salam, kite setat semula dengan blogger Jerantet. Aritu dah kenalkan tiga blogger, kali ni kita tambah lagi beberapa orang blogger dari daeroh jerantet. Kita mulakanlah perkenalan kita.

Sebuah blog yang banyak menengahkan unsur-unsur dakwah yang matang dan terbuka. kawan kita ni juga berkongsi skill-skill tutorial berblogger serta cerita-cerita seharian. Tidak tinggal juga kawan kita ni berkongsi doa-doa harian untuk diamalkan. Selain itu, ada beberapa lagi blog miliknya yang banyak perkara yang dikongsikan. Tinggal di Kuantan, tapi disebabkan menggunakan nama tempat 'Ulu Cheka', maka kita letak dia dalam list 'Geng Jerantet' (kalau tuan punya tak berkenan sila bagitau, kita boleh uboh).
Gambo anok-anoknya gamoknya. 
Kalau nok kenal ayohnya, lawatlah blog ANAK ULU CHEKA

Abang Mie kita ni memeriahkan blognya dengan cerita dan maklumat dalam banyok perkara, ada cerita makanan, kesihatan, teknologi terkini dan lain-lain. Siap ada promosi Taman Negara lagi dalam blognya. Blog yang simple, dan ringan nak loading.
Gambo penuh berseni. nak berkenalan boleh pergi Jerantet, cari dia. 
paling mudoh boleh lawat blog dia Miecyber @ Sudu

Salah satu Blogger yang berkongsi cerita-cerita menarik, relex, hok boleh layan untuk bersantai depan komputer. Menarik untuk blogger-blogger yang lain untuk melawat dan membaca posting-posting menarik abang kita ni. Blog simple jer, siap ada gambo-gambo menarik lagi.
Ambik gambo head blog dia jelah, xde gambo profil, kira ok lah ni. Kalau berani moh kita lawat blog abang kita ni di ECHAM.COM

Setakat ni dululah ye, nanti sambung semula untuk blogger-blogger lain. Banyok dah blogger-blogger Pahang dalam komuniti kita ni. Sama-samalah kita berkenal-kenalan antara satu sama lain. Wassalam.

Sunday, March 7, 2010

Blog Orang Pekan


IDEAlogyc Pekan Bandar Diraja

Salam, Ini hok first nok promote blog orang Pekan Pahang. Ok, ada dua blog arang pekan kat sini. Kita berkenalan dengan mereka ini.

memaparkan kisah-kisah kehidupan seharian dengan cerita pasal kerja, perjalanan, majlis-majlis, kemahiran, tips untuk pembaca, Memang sesuai untuk pembacaan yang santai. Gambo dan templete usah ceritalah, lawo-lawo blake, templete baru tu. 'GREAT health GREAT wealth GREAT future' ayat dia yang kita sama-sama perlu paham. Sesapa yang suka bidang permotoran kereta bolehlah lawat blog ini. Gambo pun dala kreta dah. Semua ada, no. telepon, email, twitter, facebook dan ada satu lagi blog; http://siputurbo.blogspot.com/. Rasa berkenan atau tidak berkenan, moh kita melawat rodong kita ni ye.Say Hai.

Ini salah satu blog yang memperkenalkan lokasi, yakni Pekan itu sendiri. Mengisahkan persekitaran lokasi yang berkaitan dengan Pekan. Minat ke arah Internet, kereta, komputer, muzik, animasi dan lain-lain. templete pun canggih dan menarik. Blog yang simple. Gambo profil tekdeh, jadi kita amik gambo orang melapoh lembu masa banjir yang ada dala entri dia. Moh kita lawat rodong kita dari Pekan ni.


Setakat ini aje hok Geng beloh Pekan, kala ada rodong-rodong beloh sana, bagilah link..kita pakat berderau bersama-sama. Wassalam.

Saturday, March 6, 2010

Blog Orang Bere


Kadang-Kadang Teringin Jua Dunia Luna

Salam semua rodong2 hok yang ada. menekala makin ramei hok nok berhimpun di sini. mekenya keh tamboh skit crite blogger kita. Perkenalkan orang bere, ada dua blogger hok yang baru.

Gambo semat dengan posing yang mengancam. Kadang-Kadang Teringin Jua, Aii..ayat lain macam aje dengornye, takpelah, gini mudoh crite, pakat kenal dulu. Nama bloggernya Cikgu Jang. pendidik anok bangsa. Katanya tuan punya badan ni ngajor kat Purun, dah 12 tahun dah kat situ. Posting blognya banyok menceritakan kehidupan sebagai cekgu dengan gambo2 menarik. Ada juga posting yang berkaitan dengan kehidupan seharian serta memori-memori yang menarik utk dikongsi bersama. Moh kita support blog cekgu kita ni sambil2 berkenalan.KLIK DI SINI

Ingatkan artis dah tadi. dekat2 dengan nama artis dah. Nok mintok sain trus je. Anok muda kita ni student lagi, Nok crita banyok dia xshare profile, jadi kita terus crita pasal entri dia jelah. Kisah hidup sebagai student, kehidupan seharian, tips menarik. tajuk pun dah dunia luna, jadi ini satu personal punya blog lah. Banyok juga Cik Luna kita ni share dalam blog dia. kala nak berkenalan boleh la trus ke blog Dunia Luna, siap ada facebook lagi. mudoh mek jaman nih. klik je jari telunjuk dah boleh berkenalan. moh lah kita klik dia.KLIK DI SINI


Nanti kita sambung lagi, banyok lagi hok tak diperkenalkan ni.
Sekian, Wassalam

Thursday, March 4, 2010

Diploma Perguruan Lepasan Ijazah Ambilan Julai 2010


Diploma Perguruan lepasan Ijazah Ambilan Julai 2010
(DPLI 2010)

Permohonan Diploma Perguruan lepasan Ijazah Ambilan Julai 2010 (DPLI 2010)
Tarikh Tutup 16 Mac 2010

Dapatkan No. Pin di BSN dengan harga RM20.60

Maklumat : Portal Kemasukkan ke IPTA 
Borang Online : Portal Permohonan  
No. Tel: 03-88835801/5802/5858 

Sunday, February 21, 2010

Loghrat Pahang

Salam buat semua blogger-blogger dan pengunjung semua. Moh kita sambung sedikit loghrat-loghrat yang ada. Ralit bete kadang2 tu dengor org tua-tua cakak, nok beh pegi lah beloh2 lepeh, pekat mek entaknye..itulah seninya loghrat kite neh. deras kite layan sikit.

1) Tak terkawal laku: Tidak tentu hala/tidak keruan
Hah, tak terkawal laku pian bila perasan ayoh dia datang.
Kelakuan Pian tidak tentu arah bila ternampak ayahnya datang ke arahnya.

2) Tak mengedan-dan: Tidak menyempat-nyempat/'rushing'
Menda la aok neh, tak ngedan-dan dah gayanya. Nanti kita pegi lah.
Kenapa dengan anda ini? Tidak menyempat-nyempat untuk ke sana, sebentar lagi kita akan pergi ke sana jua.

3) Nok asu: Nafsu/Berhajat besar
Tulah, dah sakit badan. Nok asu hek main bola, tak kado ke diri tue.
Itulah akibatnya, berhajat besar sangat bermain bola, tidak sedar diri itu sudah tua (tidak larat lagi)

4) Kado: Sedar diri
Kado-kado lah diri tu sikit, bukan muda lagi dah. Bior demeh je yang buat keje tu.
Sedarlah diri itu bahawa kita ini sudah tua. Biar mereka sahaja yang uruskan kerja itu

5) Ronchuh: Jolok/menjolok
Nye pegi ronchuh ke sarang penyeget tu buat mende, dah bengkok muke.
kenapa dijolok sarang penyengat itu? Akibatnya bengkak disengatnya.

6) Sede: Mudah/Senang
Takde halnya, sede mek tu.
Tiada masalahnya, senang je tu.(berkaitan dengan suatu perbuatan/kerja)

7) Merontang/merodok: berkaitan dengan bunyi yang kuat dan lain-lain
Merontang bunyi batu jatuh masa tanoh runtuh tu.
Berdentum dentang bunyi batu bergolek/berlaga/jatuh semasa kejadian tanah runtuh itu.

8) Bringor: Memberitahu/menyampaikan berita/berbunyi
Kala nok pegi pekan sari tu nanti beringor la, keh nok kirim beli buoh peroh.
Jika anda hendak pergi ke pekan sehari nanti beritahulah pada saya juga kerana saya ingin memesan/mengirim belikan buah perah.

9) Berambi/perati: berhati-hati (perbuatan)
Berambi sikit baok motor tu, jalan licin ter
Berhati-hati menunggang motor itu kerana permukaan jalan licin

10) Hendi: Mengada-ngada
Mulalah hendi budok-budok tu bila ada pelawat luar datang.
Mengada-ngadalah perlakuan budak-budak itu bila tahu orang luar datang mengunjung tempat mereka.

11) Keboh: Salak (Digunakan untuk haiwan: Anjing)
Kena keboh dek anjing kome masa lalu depan rumoh apek Ah Hwa tu tadi. kerayan kejap.
Kami disalak anjing semasa melalui depan rumah apek Ah Hwa (Cina) itu tadi, Terasa takut sebentar.

12) Gode: Mengacau (air)
 Tolong gode kek gulei atas dapur tu jap.
Tolong kacau/mengacau gulai yang sedang dimasak tu sekejap.

13) Melauh/lauh: berteriak/memanggil
Kalau masuk hutan tu nanti, lauh la kome.
Jika masuk ke hutan nanti jangan lupa berteriak kepada kami (sebagai tanda kehadiran)
Letih dah kome melauh, takde pun.
Kami sudah letih memanggil (dengan berteriak) tetapi tiada tindakbalas/respon pun.

14) Terlencek-lencek: metafora bagi perbuatan yang kebudak-budakan/mengada-ngada
Nyampoh hek nengok budok-budok sedang jaras tu, terlencek-lencek lakunya.
Sangat menyampah melihat telatah anak-nak remaja yang perilakunya yang mengada-ngada.

15) Jaras: merujuk kepada peringkat umur yang remaja/sedang meningkat naik
Contoh sama yang di atas.

Sekian je untuk kali ini, selamat kembali bekerja buat semua rodong-rodong kita ye. Wassalam

Friday, February 19, 2010

Web/Blog Orang Kuantan

Salam, datang semula buat posting. Kali ni kita berkenalan pulak dengan orang Koantan. Ada empat blogger hok ada stakat ni. Moh kita mulakan.

Tak payoh banyok crite, Blog yang simple je. Jarinakal ni terer bab Gambo2 & design2. Ande contoh design2 kad nikoh dala blog dia, kalo nok tempoh, kontek je dia. Posting sambil-sambilan dengan menceritakan tentang kehidupan seharian selain cerita-cerita sekita UMP. Acu terai tengok gambo tu. Semat juga orangnya.
 Terai teke, ambik mane gambo neh?

Satu blog anok muda berkongsi cerita hidup seharian, selain ada artikel nasihat-nasihat keagamaan, lucu, pengetahuan am, kehidupan di UMP dan macam-macam lagi. Gambo dia mencelih sikit, samar-samar je muka. Misteri nih. Blog nye pun simple & smart je. Nok berkenalan boleh la klik je link dia.
 
Ala-ala kombat je. Terus berkenalan, 
Jangan biarkan diri anda diselubungi Misteri

Abang kita nih kaki pancing ni. Sesapa kaki joran bolehlah berkenalan dengan abg kita nih. Blog nye banyok kisoh-kisoh seharian. Banyok juga link-link ke artikel dan maklumat ke watanan & keagamaan. Dan istimewanya dia punya blogrolls, banyok blog-blog menarik ada di sini. Terailah lawat saudara kita ni kala nok tau lebih lanjut.
 
Ada gambo hok lain lagi, tapi kita letok hok rasmila. 
Kalau nok tengok hok lain, lawatlah Jejaka Desa ni.

Pro Pembebasan Pelestin. (kewajipan bersama) Inilah satu-satunya blog berunsur dakwah dan politik sosial tokoh-tokoh tempatan dan antarabangsa. Postingnya memperjuangkan ideologi keislaman yang memberi kita kesedaran secara tidak langsung. Huih, Kalau nok tau lebih lagi, lawatlah blog KABILAH ni & bertukar-tukar pendapat dengan tuannya. Ada banyok info yang dijamu kepada pengunjung.
Free Palestine! Fight For Our Right!
lawatlah rodong kita ni untuk lebih maklumat.

Wassalam.

Thursday, February 11, 2010

Loghrat Pahang

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam semua, kali ni kita tamboh skit lagi beberapa loghrat hok yang ande(kate org temeloh tu) ande tak ande lah kita layan hok ini pulok. Tak kiralah Daeroh beloh mana pun guna Loghrat ni, janji ianya memang Orang Pahang guna.

1) Lebe/Konyo : Malu/juga berkaitan dengan perasaan dan mimik muka
Cth: Lebe lah Pian tu, main gasing kaloh.
Malulah muka En. Pian kerana beliau telah kalah dalam permainan gasing
 
2) Raban : Digumakan dlm satu situasi yang mendebarkan/menakutkan.(ah sudah!)
Cth: Raban lah kita, hambat polislah kita, tu lah deme ajok hek curi aya orang.
Teruklah kita, kena tangkap polislah nanti, korang punya pasallah, mengajak mencuri ayam orang
 
3) Kerayan : Takut/gementar
Kerayanlah kita, tok empat suruh jumpe dia malam ni.
habislah kita/Rasa takutlah kita, ketua kampung suruh berjumpa dengan dia malam ini

4) Kanyo/Malai : Mabuk.Pening-pening lalat/mamai
Cth: Tak kanyo ke minum air nira nih. karang xbalik umoh kita
Tidak peningkah/mabukkah jika kita minum air nira ini, nanti tidak boleh pulang ke rumah (kerana mabuk)
 
5) Membego : Menunjuk perasaan/merajuk
Cth: Bahai nye membego kat pekan sari tadi anak Bogong tu tadi, berguling-guling atas jalan nok ke mainan bedoza. tak beli nye ayoh dia,
Anak En. Bogong merajuk/tunjuk perasaan sambil mengulingkan diri di pekan sehari, disebabkan ayahnya tidak belikan kereta bulldozer mainan untuknya.

6) Se'eh : Kenyang yang amat sangat/Senak kekenyangan
Cth: Tak larat dah keh ni nok makan weh, Se'eh dah rasanya ni.
Saya sudah tidak larat makan kerana perut sudah rasa senak kekenyangan.

7) Pedo'oh/Bobok/Pungkor/Rebe : Menipu/banyak bercakap/cakap kosong dll
Cth: Kuat membobok aok nih. Dah-dah la tu
Awak ni selalu Menipu/banyak bercakap/cakap kosong, berpada-padalah.

Okey, stakat ni je, ari lain kita sambung lagi, kat bawah tu ada hok DJ-Amiey kirimkan (Trima Kasih Abg. DJ) dalam Ulasan.

Beberapa patah perkataan yang boleh dikongsikan..

1) Daur-sebaya...Banyak digunakan di setengah kawasan di Raub,lipis dan jerantut..skrg jarang digunakan..Sebutan lebih menganjur..
 
2) Dedor-Suam..Istilah ini byk digunakan didaerah temerloh,kuala krau..
 
3) Mencelabak-Jatuh secara banyak..Biasa digunakan didaerah maran dan chenor..
 
4) Tungkit-Terbalikkan..Masih lagi byk didengari dikawasan Ulu Tembeling..
 
5) Kerayan-Gusar,Gundah..Juga byk digunakan didaerah jerantut,,khususnya di Pulau Tawar..

6) Bocong-Bekas Air..Digunakan dtemerloh,kuala krau.maran dan pekan..

7) Beringor-Memberitahu,ingatan.
Ayat orang tua2 dikawasan temerloh,chenor dan maran..jarang digunakan sekarang nie..

Wassalamm.

Tuesday, February 9, 2010

Web/Blog Orang Bera

Bismillahirahmanirrahim, Salam semua. Kita perkenalkan blogger dari Bere pulok. Solo aje dia, "Hidop Ibarat kain Songket" katanya. Tapi kala nok tau lebih detail lagi kenalah lawat blog dia atau klik PROFILE dia ni. rodong kita ni ada lagi satu dua blog hok lain, tapi yang aktifnya satu-satunya dari Bere, diperkenalkan "Koi Anak Pahang" postingnya juga menceritakan ragam-ragan kehidupan harian, gelagat-gelagat sekeliling, memori kehidupan yang menarik untuk dikongsi bersama.

style daring yang mengancam. 
Kenali beliau dengan klik pautan Koi Anak Pahang di atas.
Selamat berkongsi, berkenalan & berhubung.
Wassalam

Monday, February 8, 2010

Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Ambilan Jun 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia 

Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Sepenuh Masa di Institut Pendidikan Guru. 
Tarikh tutup permohonan : 21 Februari 2010. Sila ke pautan halaman yang berkenaan.

Antara DARULMAKMURBLOGGER & DARULMAKMUR

Salam, memang ada satu blog lain yang address/URLnya hampir menyerupai APB. Sila perhatikan perbezaan Anak Pahang Blogger dengan Dunia Blog dan sila buat pembetulan direct link yang dibuat dalam blog anda. Edit & Cuba sekali lagi.

Anak Pahang Blogger | http://darulmakmurblogger.blogspot.com

Dunia Blog | http://darulmakmur.blogspot.com



Kaedah biasa untuk mengubah URL dalam Blog List.
1) Klik Icon Quick Edit bagi Widget tesebut (blog List/Roll)
2) Pilih nama Blog yang ingin diubah.

3) Ubah URL tersebut dan save.

4) Save keseluruhan.
5) Selesai

Friday, February 5, 2010

Loghrat Pahang

 Salam. Ini ada siket Loghrat Pahang untuk dikongsi bersama. Yang ni beloh-beloh Lepeh-Jrantet slalula dengor la. Kala demeh ada nok sumbang, sumbang je kat komen/comments tu ye.

1) Antai : Di mana/menunjukkan suatu tempat.
Cth: Jatuh antai mane taik cicok tadi? 
Jatuh di mana tahi cicak itu tadi?

2) Kenjah : berlambak/serabut/banyak/menunjukkan suatu yang banyak dan suatu yang belum selesai/Sibuk.
Cth: Bila ramei anok cucu balik, berkenjoh/berkenjah la pinggan mangkuk dala singki tu.
Bila ramai anak cucu pulang, berlambaklah pinggan mangkuk di singki (biasanya belum yang basuh)
 
3) Sedang mana hari?: pukul berapa?/waktu bila?/menunjukkan masa
Cth: Sedang mana hari aok nak balik karang? 
Pukul berapa awak hendak pulang/balik nanti.

4) Mat nye?: kenapa?/suatu persoalan
Cth: Mat nye aok ni? monyok je.
Kenapa dengan awak ni? murung aja.

5) Mengatong: melepak, bersantai di suatu tempat, membuang masa.
Cth: Duk ngatong kedai kopi jelah petang-petang ari nih, duk rumoh aje, cemuih juge.
Melepak di kedai kopi lah di waktu petang seperti ini. jika duduk di rumah bosan juga rasanya.


6) Prentan = Musim/masa/zaman/menunjukkan 'masa' dan ketika.
Cth: Ek la orang noreh getoh prentan rege mehel nih ye, Nok dekat lima ringgit sekilo dah regenya, kayelah demeh.
Eksen(action)lah penoreh getah masa sekarang ini. harga getah hampir lima ringgit sekilo, kayalah korang.

7) Cemuih: Bosan
Cth: Cemuih dah keh ni, asik makan ikan patin aje, dapat kenerak sedak juge nih.
Bosan dah saya ini, asyik/selalu sangat makan ikan patin, dapat makan ikan kenerak sedap juga.

8) Kek nye : merujuk kepada sesuatu perkara yang sebelumnya/ suatu persoalan yang timbal balik/Confius/boleh digunakan dalam banyak situas/(tak reti weh nok transelit hok ni, ada sesapa boleh tolong?)
Cth: kek nye tadi kabo nok makan kodok, ni nok lempeng pulak dah.
Tadi diberitahu dia mahukan cekodok, sekarang mahukan lempeng pula.
Cth: Kek nye dia juge beria yang royat nok gi tadi. Ni tek nok pulak dah.
bukan ke dia yang bersungguh cakap mahu pergi tadi, sekarang sudah tidak mahu pula.

9) Berkerolong: menunjukkan suatu yang berserabut/ boleh juga digunakan dalam situasi yang lain.
Cth: Berkerolong dah dawai ni. Tak pintai betel-betel (Dawai ini berbelit-belit kerana tidak dipintal dengan baik/betul)
Cth: Berkerolong anok bogong tu menangis tadi, mende budok hok memei dah. (beria-ia anak En. Bogong itu menangis tadi, budak itu memang manja)

10) Cakne/Cakna; Ambil berat/ambil tahu
Cth: nye buat tak cakne je ke anoknya si Bogong tu, bior menangis gitu.
En. Bogong buat tidak ambil tahu sahaja, dan membiarkan sahaja anaknya menangis.

11) Cebet: Jinjing/membawa
Cth: Bogong suruh ke Pian je dukung anoknya, dia tangan penuh mencebet barang.
En. Bogong meminta En. Pian mendukung anaknya kerana tangannya sedang penuh membawa banyak barang.

12) Chohor: Longkang kecil belakang rumah (dari singki/bilik air)/Longkang kecil yang penuh dengan lumpur.
Cth: berguling Ejan kat chohor blakang rumoh dia tadi, nok nangkak aya sanget.
Berguling En. Ejan jatuh ke dalam longkang kecil di belakang rumahnya tadi kerana beria-ia ingin menangkap ayam.

13) Semelepor/Sempelet: Comot/Kotor/berlumpur
Cth: Pergi main kat paya tu buat menda, dah semelepor badan tu.
Siapa suruh main di sawah itu, kan sudah kotor badan tu dengan lumpur.

Okeh, Sampai sini dulu ye, kalau ada sesiap yang ingin kongsikan loghrat di kampung masing-masing dipersilakan. letak je kat dalam komen tu. nanti saya kumpulkan untuk tatapan semua. Sokongan rodong-rodong semua amatlah diperlukan & dihargai..cewahh! Wassalam.

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Manakala ini ada satu lagi di kongsi oleh rodong kita
"koi kongsikan beberapa perkataan yang digunakan oleh arwah tuk koi dulu..tapi sebenarnya bahasa inggeris..
Berpodor- Berbedak..
Cth Ayat..Weh..Budok!! lepas mandi klu berpodor tambah rongi lah.."

Wednesday, February 3, 2010

Cara membuat tetingkap popup/pop-up window & membuang perkataan pengesahan/word verification

Ramai blogger yang rasa malas dan tak slese bila nok beri komen dalam posting blog orang lain. Ini kerana bila nak komen je kena tunggu paparan/tetingkap/halaman blog tu bertukor dulu, nye cemuih la orang nak menulisnya. kene pulok hok pc tu lembab, lagi la cemuihnye. Jadi kita belajar nak buat tetingkap popup untuk memudahkan orang lain menulis komen tanpa banyak songeh. Sekaligus memudohkan orang lain beri komen untuk posting kita. Ikut je arahan di bawah ni.

1) Buka akaun blog kita macam biasa (ini untuk blogspot je tau).
2) Pegi ke Dashboard
3) Pergi ke Settings-Pilih Comments
4) Pilih Comment Form Placement
5) Tanda je Pop-up Window
6) Jangan lupa pulak tekan Save

Maka siaplah popup window untuk komen kita. lepas tu try buka blog kita-tekan Comments. maka keluarlah tetingkap popup/popup window tanpa perlu mengubah page blog kita tu. Mudoh lah skit orang nok beri komen untuk posting kita tuh. Mudoh je kan?

Satu lagi cara nak buang perkataan pengesahan pulak. Bila nak komen je ada je dia mintok tulih perkataan yang berpintal-pintal tu, berkerolong kata orang-orang tua tu. Ginih kaedohnya;

1) Buka akaun blog kita macam biasa (ini untuk blogspot je tau).
2) Pegi ke Dashboard
3) Pergi ke Settings-Pilih Comments
4) Pilih Show word verification for comments?- Tanda je No/Tidak
5) Save terus

Itu aje caranya. So, lepas ni xde lagi permintaan perkataan pengesahan tu bila orang nak tulih komen untuk kita. Moga-moga ini dapat memberi kelebihan pada blog kita. Wassalam

Web/Blog Orang Jerantut

Salam, skrang prentan blog orang Jrantet pulak kita promote kat sni. Oleh sebak ada banyak blog orang Jrantet, kita ambik tiga blog dulu. Hok kendian tu kita sabo dulu ye. 

AKU ANAK PAHANG
Kita ambik ayat dari beliau sendiri; "Kelahiran Tanjong Besar, Benta, Kuala Lipis, Pahang. Di besarkan di Bandar Jerantut sepenuhnya. Status sudah berkeluarga. Blog "akuanakpahang" adalah blog peribadi, direkacipta sekadar suka-suka sahaja" katanya. Blog ini banyak entry-entry berbentuk sosialism dan gelagat semasa masyarakat dan idea-idea simple yang menarik. blog ini lebih ke arah konsep 'open & share'. Yang beh ye beliau gunakan lohgrat pahang (Lepeh-Jrantet) dalam entry beliau. Kalau nak tahu lebih2 lagi apa kata kita klik AKU ANAK PAHANG untuk terus ke blog beliau. Jangan lupa tinggalkan pesan dalam cbox blog beliau skali.
 
Ambeh! Semat kan main aboh kita nih. 
Nak berkenalan bolehlah ke blog beliau.

ZULKBO
Sebuah blog yang penuh dengan entry bebas dan sosial. banyok berite dan info. Banyok juge gambo-gambo menarik dala ye. Katanye "Petikan Berita Pelbagai Sumber Yang Menarik Untuk Dikongsi..Yang Baik Jadikan Teladan Yang Tak Baik Jadikan Sempadan Hidup..Jazakallah Khairan Kathira" Penuh dengan pesanan yang ikhlas. mari sapot blog rodong kita nih dengan klik ZULKBO untuk terus ke blog beliau. Tinggalkan pesanan juga untuk beliau.
Tak brani nok komen dah gambo nih. Apa tunggu lagi, lawat lah blog zulkbo.

DJ-AMIEY
Ayat beliau "Bolehlah berkongsi,Koi asal pahang dilahirkan di kg pantai chenor..dibesarkan di Kota Gelanggi Satu..Sekarang kerja di Kota Bharu Kelantan" kalo nok tau ni lah dia DJ Radio Manis FM. Beliau berkongsi pengalaman di konti selain menyampaikan entry-entry bebas dengan pendapat serta maklumat sosial. Ada juga beliau share Lagu-lagu Pahang En. Roslan Madun dala blog dia nih. Siap ada Pesanan lagi:
TEMUI SAYA DJ AMIEY DARI SABTU-KHAMIS
SELEKSI ROCK,CARTA ROCK RETRO, SEMBANG
PETANG DAN LOGHAT PAHANG SETIAP PETANG
SELASA DARI JAM 5.15 PTG.
DENGARKANLAHHHH!!!!!!!!!!!!!
Goneh Abg Mie? Bereh? 
Kala rasa-rasa demeh nok lebih beh lagi boleh la klik DJ_AMIEY untuk melawat Abg DJ kite. 
 
Haa..main-main demeh, 
Slamat berkenalan dengan Abg DJ-MIEY kita dari Manis FM

Tuesday, February 2, 2010

Cara berkesan menggunakan Cbox

Salam semua, adapun ramai blogger guna CBox sebagai alat utk berkomunikasi secara cepat dalam Blog memasing. jadi, utk lebih membuatkan ia berkesan adalah perlu kita buat 2 perkara penting ni. 












1) Log in Cbox-Options-posting Options
tengok bahagian Message Options. Pastikan kita tandakan kotak Email/URL -Save
makanya akan adalah 3 kotak utama dalam cbox kita lepas tu.


kotak no. 1 tu tujuan dia untuk tulis nama/nama samaran/apa sahaja lah identiti kita.
Kotak no.2 tu untuk kita tulis URL kita : Kalau blogger, kita akan tulis url blog kita cth: http://darulmakmurblogger.blogspot.com (isi url penuh)
Kotak no.3 tu tujuan dia untuk kita menulis mesej kita kepada tuan punya blog.

2) Langkah keduanya ialah, apabila kita menulis pesanan kpd org lain(dlm blog org lain) perlulah kita menulis URL tu sebabnya: Memudahkan orang lain akses ke blog kita dengan pantas & mudah. Jika kita xtulis, susah la org lain nk akses ke Blog kita & balas pesanan pada kita pulak.

Itu aja pesanan ringkas untuk kemudahan kita semua. Wassalam.

Monday, February 1, 2010

Blog/Web Orang Lipis

Salam, ni dia Blog orang lepeh. pakat-pakatlah round2 tengok.

AzizKM
Ni orang Bisnes ni, Blogger macam kita juga, nak cari rodong2 dala belog katanya. Kumpul kawan lagi bageh dari kumpul musuh! Promosi Dodol Gula Kabong, Aktiviti Air di Sungai Jelai. nak cuba bleh kontek dia. Kalau nok order Buah Salok pun bleh cari dia. Orang Kole Medang nih. Klik AZIZKM untuk melawat dia. 
 
Tengok Gambo lah, acu terai tanya dia gambo dala mende nih. 
Ha try la..ha main-main demeh

My Way
Ni pulak berblog untuk mencari rodong2 juga sambil bersantai ria. Ada banyok crita komuniti tempatan macam Main Gasing Pangkah, gambo-gambo menarik, dan cerita-cerita kenangan untuk dikongsi bersama. lawat2 lah ke blog My Way ni. Klik MYWAY untuk melawat dia.
 
Hok baju hitam tu lah orang ye. Goneh? Lawatlah dia menda lagi.

My Life Style
Tajuk pun dah orang puteh goneh ke lagi orang ye. Fazz nama ye, eiii muda lagi nih. Aktif benor nulis pasal akiviti harian, merapu, pasal music, moment, kehidupan, huihh berjujut lagi tajuk/ label entry dia. Tak terabih kash nok seberg. So Sapotlah anok muda nih ye, Klik aje MYLIFESTYLE untuk ke blog dia.

berposing pasai dia, mujurlah tak berapa jelas rupe yer, 
kalau tak lagi tinggi trafik adik nih.

Ok. Kalau ada hok tuan2 blog ni xbrapa suka blog dia or gambo profile dia publish kat sni boleh lah bagitau, nanti kita keluarkan semula. Apa-apahal pun semoga dengan cara ini ada lah juga dapat berkenal-kenal dengan komuniti kita, mungkin dari blog-blog demeh ni kita dapat lagi banyok kenalan dari komuniti lain serta dapat juga meningkatkan traffic blog kita.
Wassalam/Salam sejahtera

Kaedah Memasang CBOX Ke Dalam Blog Anda | How to Set Up CBox into Your Blog

Salam, Kepada Blogger yang belum ada CBox atau apa-apa Widget yang berkaiatan, di sini kita kongsikan bagaimana nak pasang CBox ke dalam blog.

1) Mula mula pegi ke portal CBox dulu klik http://www.cbox.ws/
2) Sapa yang belum ada akaun boleh la klik SIGN Up

Cbox name: .cbox.ws
Email address:
Password:
Confirm Password:
Website:URL Blog kita la
Language: BI ada BM pun ada
Style: Pilih r mana yg rasa ok.

Tanda pada 'I have read and agree to the Cbox terms and conditions of service.'
Klik Create My CBox

3)Lepas tu pergi ke Email kita-klik link pengesahan.
4)masukkan ID dan Password
5) Bila dh masuk je, Klik je APPLY
6) Klik Option-posting Option-Message length: Pilih 200
7) Message options- Tanda pada Email / URL field*/boxCode-Save
8) Look & Feel-Layout Option-Ejas Tinggi dan Lebar (xejas lagi pun xpe coz nti boleh ejas dlm Widget je)
9) Message-tanda 20-Save
10) Klik PUBLISH-Check URL Blog tu betul ke tidak.
11) Copy Code yang diberi.Ikut je arahan yang ada tu.

Sign in at blogger.com / blogspot.com.
On your blog, go to the dashboard by clicking customize.
Click on Layout
Select Page elements.
Click Add a Gadget.
Choose HTML/JavaScript, click the content box and paste your code in it by pressing Ctrl+V.
Save the changes.

Preview dlu, klu ok, save je. Klu x ok, try tengok Saiz lebar & tinggi, ejas skit kasi matching dengan ruang yang ada.

Ok, Slamat berjaya.

Sunday, January 31, 2010

Blog/Web Orang Rompin

Salam semua.

Harap demeh2 semua sihat blaka. Arakian kisah kita ni nak mempromosi blog hok rodong2 yang ada. Mana2 yang dan dulu lah. Hok lain tu pakat sabo lah, bior berambi sket ye. Dari sini kita promote blog yang ada dlu.

Blog dari Rompen
Ini En.Hafiz yang punya. Dia dok share pasal komputer dan internet, jadi mana2 rodong hok nok blajo pasai komputer & internet pakat2 lah lawat dia.Ada tips2 yang boleh kita guna pakai dari info di situ. Acu terai bukak je. lawat2 lah rodong tu ye.

Hok ini pun dari En.Hafiz, dia dok crita pasal bisnes HPA dia. Banyok la info pasai ubat-ubatan yang boleh merawat macam2 penyakit di dalam web tu. Ada juga link2 yang mengait ke Blog2 yang join HPA di situ, mana tau ada rodong di situ, moh kita klik aje. Sapot rodong2. Pepehal deme klik je link yang di atas tu.

 
Ambeh kan main menyemat lagi dia.

Update: Januari 2010
 
Copyright 2009 Anak Pahang Blogger. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan