SILA AMBIL PERHATIAN

Selamat datang Ke ANAK PAHANG BLOGGGER @ http://darulmakmurblogger.blogspot.com.

Mana-Mana Blog (hok yang mengaku anak Pahang sejati) yang belum ada dalam list bolehlah bagi link. Jangan lupa tepeklah banner & buat link skali. TQ
Tolong bagitau DAERAH SEKALI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Geng Bentong. Show all posts
Showing posts with label Geng Bentong. Show all posts

Sunday, June 6, 2010

Blog Orang Bentong II


Assalamualaikum

Berterusan dengan blog seterusnya. Memandangkan ada beberapa daeroh lagi yang masih kurang di perkenalkan, maka kita terai kenalkan geng dari Bentong buat kali kedua. Tinggal lagi geng Pekan, Koantan dan Rompen yang berbilangan satu. Moh kita intai-intai orang beloh Bentong pulak.

Life is Short...So...BEAT IT.. 

Ayat-ayat perkenalan dari blog rodong kita ni 'Hi..I'm new on the blog. I'm tall, dark & not very serious. Always like to give the impression that i'm smart(so don't be fooled). Always ambitious but donno why. It's my first. So..as u can see..for a start i'll make it simple & sweet. I look at "things" in positive ways.' Tak banyok info dari profil dia. Entri blog lebih kepada Jurnal pribadi, mean, menda yang dilalui dan beberapa entri lain yang menarik dan dikongsikan kepada semua. Ada artikel umum juga. Maybe, masih belajor lagi  blogger kita nih. Nok loading page cepat aje sebak dia punya blog xde banyok widget sangat dan simple ya amek. Ringan je.

Ha, ni jenis yang segan letok gambo sendiri lah ni. Tapi tak kisoh la. Anok Pahang tetap Anok Pahang. Moh kita melawat dia dengan mengelik di SINI.

 

Nuyui

Puteri-roh, "Aku Budak Bentong" katanya. Antara blog yang paling meriah. Macam-macam ada. Penuh warna warni, gambo-gambo pun cantek2 blake. selalu update entri. macam-macam cerita ada, dari jurnal ke simple life style accessories. Ada juga berkongsi maklumat-maklumat yang berguna kepada para blogger yang lain pasal internet dan macam2 perkara. tak reti nok royat dia yer entri ni masuk golongan mana. tapi yang pentingnya -apa-apa pun boleh janji best!. Label saja sejengkal, bloglist lagi banyok.

 Gambo profil pun menarik. Melancong mana nih weh? Moh rodong-rodong Anok Pahang Blogger, sama-sama lawat blog nuyui dan berkenal-kenalanlah kita hendoknya. Klik di SINI untuk terus ke blog beliau!

 

Grammatical Error (Hello This is My Blog)

Bapok yer simple tapi menarik. Salah satu blog yang berunsur Campus Life!, entri yang berkaitan dengan diri sendiri, ada juga maklumat dan perkongsian. Blog pun simple aje, maklumlah, student. hehe. nak loading page xde masalah. deras je. Banyok cerita-cerita sekeliling tuan punya diri. Entri susoh nak eksepelin, banyok ngat! Pakat terjoh blog dia jelah. Profil tak dikongsinya. pastu kita amik gambo dari heading blog aje lah.

 Pakat lawat blog ni ramei-ramei. Moh kita sama-sama sapot rodong-rodong belake klik di SINI untuk terus ke blog dia.

 --------------------------------------

Setakat ini dulu lah kita memperkenalkan blog orang Bentong. Sama-samalah kita sapot blogger-blogger kita yang tak seberapa untuk ukhwah bersama. Mana-mana yang belum diperkenalkan tu harap bersabo lah hendaknya. Salam

Thursday, April 1, 2010

Blog Orang Bentong



Assalamualaikum. Buat pes taimnya kita ngejas pulak blogger-blogger dari Bentong!. Memandangkan blogger dari Bentong ni belum lagi di uar-uarkan. Ayat kan main. Mudoh cerite, moh kita berkenal-kenalan dengan rodong-rodong dari Bentong pulak. Macam biasa lah, kita ambik tiga blog dulu lah ye.

Student lagi, bagus mek, jadi enjiniar nih nanti. Adik Afiq, blog 'bosan betei' ni lagir Feb 2010. Guna Simple template dari Josh Anak Peter. Pasai diri dia, dia tulih "human are subjectives. they usually don't be, what they say they would be". mende entah, kanmain deme - pandai blake buleh la. Entri lebih ke penulisan yang santai. Artikel yang sosial gitu je. Sambil relex-relex boleh lah layan.
 
Gambo mase ngeteh diletoknya. Muda-muda kuat ngeteh dah. Nama pun bosan betei! hehe. Mamak mane nih? Nok join juge. Apa lagi moh la kita berkenalan dengan rodong dari Bentong ni, Facebook pun ada, jaman dah canggih weh. Klik je kat SINI untuk ke blog 'Bosan Betei'.

Nama blog pun dah unik. Double meaning nih. Loading mudoh, guna templete ringan dari Templete Block. profile hanya tulih 'Hargai Hidupnya'.  Blog ke arah cekedis..haha. Makanan, Shopping dan tulisan self-social untuk dikongsi buat tatapan blogger lain. 
 
Anok muda kita ni posing maut dah ni. Moh kita berderau pulak ke Bentong. Manalah tau nak gi kolumpo, bleh juga singgoh-singgoh jumpe rodong beloh Bentong. Klik aje ke SINI untuk ke Bentong ye. Aii mudoh betei.

Ada sesapa nak mencari sinar mari sini, ha.. ni blog yang dibina khas untuk tujuan-tujuan pendidikan. tak kiralah dan ilmu. Boleh kongsi-kongsi ilmu dengan tuan punya blog. Maklumat-maklumat digarap secara skema skit, mungkin blog ni tidak merujuk kepada individual/personal blog seratus persen. Salah satu blog yang ilmiah jugalah. Siap dengan cop UPSI lagi tu, bravo cikgu, teruskan perjuangan, kami support dari belakang. Blog ni wujud dari Mac 2009 dengan BMegazine Blogger Templete. multi-templete. 
 
Katanya; "Berjuang dalam medan pendidikan dalam memartabatkan islam disetiap lapangan"
memang gambo dia ni style sengek gini ye, jangan pelik sangat. Klik di SINI untuk terus ke Bentong sekali lagi.

Jadi, moh kita berdeu ke Bentong. Lawat tanda berkenalan, komen tanda support, follow tanda mesra dan ukhwah. Sesekali berilah komen untuk entri blog rodong2 kita di Anak Pahang Blogger ni, buleh juga kongsi-kongsi pendapat. kadang-kala kita ni sibuk sangat duk buat blogwalking untuk up trafic, nok klik iklan lagi, dan lain-lain, sampai nok baca entri rodong-rodong pun tak dan, ni kan pulak nok beri komen. Tapi slow-slow, jangan gopoh-gopoh, insyaAllah boleh belaka. selamat berblog, Wassalam.

* Terima kasih buat IDEALogyc untuk Award 'Beautiful Blogger' tu, Jutaan terima kasih.
 
Copyright 2009 Anak Pahang Blogger. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan