SILA AMBIL PERHATIAN

Selamat datang Ke ANAK PAHANG BLOGGGER @ http://darulmakmurblogger.blogspot.com.

Mana-Mana Blog (hok yang mengaku anak Pahang sejati) yang belum ada dalam list bolehlah bagi link. Jangan lupa tepeklah banner & buat link skali. TQ
Tolong bagitau DAERAH SEKALI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Geng Koantan. Show all posts
Showing posts with label Geng Koantan. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

Blogger Kuantan (3)

Smart Itu Kemas | The Wan And Only

Assalamualaikum...Pertama-tama akan ucap tulih di sinih Maaf bebanyok kerane lama ngat idak update blog ini. jejarang dapat on9. Kala on9 peh tidak sempat menyepah nak membuat entri baru. Gone peh, kali ini kita cuba juga memperagakan Blogger dari Koantan ini sedikit sebanyok dapat berkenalan lagi antara kita.

Smart Itu Kemas
Dibina oleh seoarang anak muda yang masih belajar katanya. Beretika dengan entri mengikut persekitaran penulisnya. Ada macam-macam entri yang cuba diketengahkan. Paparan blog kemas dan easy-load. background hitam menawan. Katanya 'Smart itu kemas, Selekeh tapi bersih' Falsafah ngat bahasanya. kala di fikir-fikir kata-kata tu, memang bagus, tapi terpulanglah kepada diri masing-masing dengan cara masing-masing.


Nur Basirah namanya. Cantik ngat nama tuh. Cahaya mata hati (lebih kurang). Moh kita berkenalan dengan adik ini dengan memberi kata-kata falsafah atau nasihat agar terus cemerlang dalam pembelajarannya dan penulisan blog yang kreatif. Klik di SINI untuk terus ke blognya.


The Wan and Only
Lebih kurang macam siaran 'Jalan-jalan cari makan' tapi yang ni lebih kreatif. Penulisan memang matang dan berlainan dengan blogger lain. Susah nk cari blogger yang rajin nak buat entri berkenaan dengan Makanan. Selain itu blogger nih juga ada dua lagi blog iaitu Movie Writing dan Bernama Bowling League. memang rajin!. The Wan and Only! menjelajah dunia makanan yang menjadi permasalahan yang wujud atas dunia ni yang timbulnya ayat- makan untuk hidup dan hidup untuk makan. 

Moh kita redah blog dia yang menarik ini dengan meninggalkan komen dan nasihat yang menyuburkan pemikiran sesama kita Anok-Anok Pahang! Klik di SINIuntuk menjelajah blognya.

Sekian aja stakat ini. bersama kita teruskan niat yang baik sesama kita untuk berkongsi, berdakwah dan segala yang baik, bukannya menjadikan medan ini untuk mencela atau suatu yang negatif...lagi...skarang ni dah ada keluor lagu Jerantet Kampung Kas!, ada sokongan tak jika lagu/video tu di siarkan di dalam blog ini? ada sokongan?

 Akhir sekali, dengan ini diucapkan selamat menjalani Ibadah dan Kehidupan masing masing dengan keredhaan Allah. Wassalam.





Friday, July 2, 2010

Blog Orang Koantan (2)


NIT. HAFISZI ISA. Lagenda Budak Skema. DEEJAY OK-JE
Assalammualaikum. Sahabat-sahabat, rodong-rodong seme. Ini taim kite pakat nyakat orang Koantan pulak. Buleh? Asei jadi..buleh aje. takyoh nok buang mase, moh kita terjoh!

NIT
Nama blog dia NIT. "I Am Everything I AM" kabo de dia. "Life is short * think * write * share * incomplete real life stories * to be remembered" . Keje bidang Pendidikan katanya. Orang yang aktif bersho-kan. Blog meroyatkan kisoh-kisoh menarik sekeliling. cerita seharian, Risalah keagamaan, cerita pasal anak dan kucingnya. event-event, Kaler warna-warni. Yang pentingnya blog ni banyok menyediakan Blog List bagi menghargai blogger-blogger lain dalam blognya.

Inilah gambo tuan punya blog. Moh la kite menyokong sesama blogger. Klik di SINI untuk menjenguk blog anok Koantan ni.
-----------------------------------------------------------------

HAFISZI ISA
Salah satu blog yang kreatif. Rodong kita ni Grafhic Designer dalam industri komunikasi & media diroyatkannya. Blognya pun sama dengan blogger2 yang lain. Ada kisaoh diri sendiri, kisoh kawan, media, hiburan, dan artikel2 fresh pun ada. profile? 

 manakala ini gambo bagi profile beliau. Moh lah kita klik di SINI untuk terus ke blog dia. Ayuh!
 ------------------------------------------------------
Lagenda Budak Skema
Dekat-dekat dengan nama motor ni. Ok lah, "Cahaya Kebesaran hidup satu perjuangan... berjuang ke destinasi... hidup juga satu persinggahan... sebelum menuju ke arah yg pasti... hidup pastinya satu pengembaraan... menuju akhirat abadi..." ayat yang penuh syahdu kawan nih. Bloh meriah dengan entri yang boleh dikirakan sebagai artikel yang segar, makne nye, dia ni duduk depan pc/notebook lepas tu duk mengasah idea untuk buat entri yang segar dari pengalaman sehari-hari. Blog sangat simple dan ringan je. Ni profilenya;

Bravo orang koantan! Moh orang Pahang pakat terjah. tapi gambo profile-nya samar-samar lagi untuk berblog.
Klik di SINI untuk menerjahnya! Moh weh!
--------------------------------------------------------

DEEJAY OK-JE
Simple punya blog tapi ada isi punya. Entri dipenehi dengan artikel-artikel yang sedap dibace. yang paling best pasal Wong Fei Hong!. yang lain-lainnya hanya artikel yang tidak lari dari hal ehwal semasa. Banyak cerita takde, Moh kita menyusuri hilir sungai Pahang. profilenya: 

dan ini gambo profile En. Anuar Abdul Aziz ni.

'Serius dalam kehenseman' dengan gambo profil yang hensemnya. Klik di SINI untuk menziarahi beliau.

Sekian sahaja setakat ini. Moh kita pakat berderau memeriahkan rodong-rodong, sahabat handai kita dalam alam maya ini. Salam buat semua Anak-Anak Pahang Darul Makmur! Sekian. Wassalamualaikum.

Friday, February 19, 2010

Web/Blog Orang Kuantan

Salam, datang semula buat posting. Kali ni kita berkenalan pulak dengan orang Koantan. Ada empat blogger hok ada stakat ni. Moh kita mulakan.

Tak payoh banyok crite, Blog yang simple je. Jarinakal ni terer bab Gambo2 & design2. Ande contoh design2 kad nikoh dala blog dia, kalo nok tempoh, kontek je dia. Posting sambil-sambilan dengan menceritakan tentang kehidupan seharian selain cerita-cerita sekita UMP. Acu terai tengok gambo tu. Semat juga orangnya.
 Terai teke, ambik mane gambo neh?

Satu blog anok muda berkongsi cerita hidup seharian, selain ada artikel nasihat-nasihat keagamaan, lucu, pengetahuan am, kehidupan di UMP dan macam-macam lagi. Gambo dia mencelih sikit, samar-samar je muka. Misteri nih. Blog nye pun simple & smart je. Nok berkenalan boleh la klik je link dia.
 
Ala-ala kombat je. Terus berkenalan, 
Jangan biarkan diri anda diselubungi Misteri

Abang kita nih kaki pancing ni. Sesapa kaki joran bolehlah berkenalan dengan abg kita nih. Blog nye banyok kisoh-kisoh seharian. Banyok juga link-link ke artikel dan maklumat ke watanan & keagamaan. Dan istimewanya dia punya blogrolls, banyok blog-blog menarik ada di sini. Terailah lawat saudara kita ni kala nok tau lebih lanjut.
 
Ada gambo hok lain lagi, tapi kita letok hok rasmila. 
Kalau nok tengok hok lain, lawatlah Jejaka Desa ni.

Pro Pembebasan Pelestin. (kewajipan bersama) Inilah satu-satunya blog berunsur dakwah dan politik sosial tokoh-tokoh tempatan dan antarabangsa. Postingnya memperjuangkan ideologi keislaman yang memberi kita kesedaran secara tidak langsung. Huih, Kalau nok tau lebih lagi, lawatlah blog KABILAH ni & bertukar-tukar pendapat dengan tuannya. Ada banyok info yang dijamu kepada pengunjung.
Free Palestine! Fight For Our Right!
lawatlah rodong kita ni untuk lebih maklumat.

Wassalam.
 
Copyright 2009 Anak Pahang Blogger. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan