SILA AMBIL PERHATIAN

Selamat datang Ke ANAK PAHANG BLOGGGER @ http://darulmakmurblogger.blogspot.com.

Mana-Mana Blog (hok yang mengaku anak Pahang sejati) yang belum ada dalam list bolehlah bagi link. Jangan lupa tepeklah banner & buat link skali. TQ
Tolong bagitau DAERAH SEKALI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 3, 2010

Cara membuat tetingkap popup/pop-up window & membuang perkataan pengesahan/word verification

Ramai blogger yang rasa malas dan tak slese bila nok beri komen dalam posting blog orang lain. Ini kerana bila nak komen je kena tunggu paparan/tetingkap/halaman blog tu bertukor dulu, nye cemuih la orang nak menulisnya. kene pulok hok pc tu lembab, lagi la cemuihnye. Jadi kita belajar nak buat tetingkap popup untuk memudahkan orang lain menulis komen tanpa banyak songeh. Sekaligus memudohkan orang lain beri komen untuk posting kita. Ikut je arahan di bawah ni.

1) Buka akaun blog kita macam biasa (ini untuk blogspot je tau).
2) Pegi ke Dashboard
3) Pergi ke Settings-Pilih Comments
4) Pilih Comment Form Placement
5) Tanda je Pop-up Window
6) Jangan lupa pulak tekan Save

Maka siaplah popup window untuk komen kita. lepas tu try buka blog kita-tekan Comments. maka keluarlah tetingkap popup/popup window tanpa perlu mengubah page blog kita tu. Mudoh lah skit orang nok beri komen untuk posting kita tuh. Mudoh je kan?

Satu lagi cara nak buang perkataan pengesahan pulak. Bila nak komen je ada je dia mintok tulih perkataan yang berpintal-pintal tu, berkerolong kata orang-orang tua tu. Ginih kaedohnya;

1) Buka akaun blog kita macam biasa (ini untuk blogspot je tau).
2) Pegi ke Dashboard
3) Pergi ke Settings-Pilih Comments
4) Pilih Show word verification for comments?- Tanda je No/Tidak
5) Save terus

Itu aje caranya. So, lepas ni xde lagi permintaan perkataan pengesahan tu bila orang nak tulih komen untuk kita. Moga-moga ini dapat memberi kelebihan pada blog kita. Wassalam

4 ulasan:

mazru said...

betui kate aok te,mmg lemah betui bile terpakse tunggu buka satu page..pop up window ni mmg bergune weh...mekasih share..

SkreMpes! said...

Sama-sama

Anonymous said...

kome ni anak raub, pahang.. kenapa tak de list orang raub nyer blog...

AkuMuzikFilem said...

Terima kasih. Membantu sangat. Sede je rupenye.hehe

 
Copyright 2009 Anak Pahang Blogger. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan