SILA AMBIL PERHATIAN

Selamat datang Ke ANAK PAHANG BLOGGGER @ http://darulmakmurblogger.blogspot.com.

Mana-Mana Blog (hok yang mengaku anak Pahang sejati) yang belum ada dalam list bolehlah bagi link. Jangan lupa tepeklah banner & buat link skali. TQ
Tolong bagitau DAERAH SEKALI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Loghrat Pahang. Show all posts
Showing posts with label Loghrat Pahang. Show all posts

Sunday, February 21, 2010

Loghrat Pahang

Salam buat semua blogger-blogger dan pengunjung semua. Moh kita sambung sedikit loghrat-loghrat yang ada. Ralit bete kadang2 tu dengor org tua-tua cakak, nok beh pegi lah beloh2 lepeh, pekat mek entaknye..itulah seninya loghrat kite neh. deras kite layan sikit.

1) Tak terkawal laku: Tidak tentu hala/tidak keruan
Hah, tak terkawal laku pian bila perasan ayoh dia datang.
Kelakuan Pian tidak tentu arah bila ternampak ayahnya datang ke arahnya.

2) Tak mengedan-dan: Tidak menyempat-nyempat/'rushing'
Menda la aok neh, tak ngedan-dan dah gayanya. Nanti kita pegi lah.
Kenapa dengan anda ini? Tidak menyempat-nyempat untuk ke sana, sebentar lagi kita akan pergi ke sana jua.

3) Nok asu: Nafsu/Berhajat besar
Tulah, dah sakit badan. Nok asu hek main bola, tak kado ke diri tue.
Itulah akibatnya, berhajat besar sangat bermain bola, tidak sedar diri itu sudah tua (tidak larat lagi)

4) Kado: Sedar diri
Kado-kado lah diri tu sikit, bukan muda lagi dah. Bior demeh je yang buat keje tu.
Sedarlah diri itu bahawa kita ini sudah tua. Biar mereka sahaja yang uruskan kerja itu

5) Ronchuh: Jolok/menjolok
Nye pegi ronchuh ke sarang penyeget tu buat mende, dah bengkok muke.
kenapa dijolok sarang penyengat itu? Akibatnya bengkak disengatnya.

6) Sede: Mudah/Senang
Takde halnya, sede mek tu.
Tiada masalahnya, senang je tu.(berkaitan dengan suatu perbuatan/kerja)

7) Merontang/merodok: berkaitan dengan bunyi yang kuat dan lain-lain
Merontang bunyi batu jatuh masa tanoh runtuh tu.
Berdentum dentang bunyi batu bergolek/berlaga/jatuh semasa kejadian tanah runtuh itu.

8) Bringor: Memberitahu/menyampaikan berita/berbunyi
Kala nok pegi pekan sari tu nanti beringor la, keh nok kirim beli buoh peroh.
Jika anda hendak pergi ke pekan sehari nanti beritahulah pada saya juga kerana saya ingin memesan/mengirim belikan buah perah.

9) Berambi/perati: berhati-hati (perbuatan)
Berambi sikit baok motor tu, jalan licin ter
Berhati-hati menunggang motor itu kerana permukaan jalan licin

10) Hendi: Mengada-ngada
Mulalah hendi budok-budok tu bila ada pelawat luar datang.
Mengada-ngadalah perlakuan budak-budak itu bila tahu orang luar datang mengunjung tempat mereka.

11) Keboh: Salak (Digunakan untuk haiwan: Anjing)
Kena keboh dek anjing kome masa lalu depan rumoh apek Ah Hwa tu tadi. kerayan kejap.
Kami disalak anjing semasa melalui depan rumah apek Ah Hwa (Cina) itu tadi, Terasa takut sebentar.

12) Gode: Mengacau (air)
 Tolong gode kek gulei atas dapur tu jap.
Tolong kacau/mengacau gulai yang sedang dimasak tu sekejap.

13) Melauh/lauh: berteriak/memanggil
Kalau masuk hutan tu nanti, lauh la kome.
Jika masuk ke hutan nanti jangan lupa berteriak kepada kami (sebagai tanda kehadiran)
Letih dah kome melauh, takde pun.
Kami sudah letih memanggil (dengan berteriak) tetapi tiada tindakbalas/respon pun.

14) Terlencek-lencek: metafora bagi perbuatan yang kebudak-budakan/mengada-ngada
Nyampoh hek nengok budok-budok sedang jaras tu, terlencek-lencek lakunya.
Sangat menyampah melihat telatah anak-nak remaja yang perilakunya yang mengada-ngada.

15) Jaras: merujuk kepada peringkat umur yang remaja/sedang meningkat naik
Contoh sama yang di atas.

Sekian je untuk kali ini, selamat kembali bekerja buat semua rodong-rodong kita ye. Wassalam

Thursday, February 11, 2010

Loghrat Pahang

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam semua, kali ni kita tamboh skit lagi beberapa loghrat hok yang ande(kate org temeloh tu) ande tak ande lah kita layan hok ini pulok. Tak kiralah Daeroh beloh mana pun guna Loghrat ni, janji ianya memang Orang Pahang guna.

1) Lebe/Konyo : Malu/juga berkaitan dengan perasaan dan mimik muka
Cth: Lebe lah Pian tu, main gasing kaloh.
Malulah muka En. Pian kerana beliau telah kalah dalam permainan gasing
 
2) Raban : Digumakan dlm satu situasi yang mendebarkan/menakutkan.(ah sudah!)
Cth: Raban lah kita, hambat polislah kita, tu lah deme ajok hek curi aya orang.
Teruklah kita, kena tangkap polislah nanti, korang punya pasallah, mengajak mencuri ayam orang
 
3) Kerayan : Takut/gementar
Kerayanlah kita, tok empat suruh jumpe dia malam ni.
habislah kita/Rasa takutlah kita, ketua kampung suruh berjumpa dengan dia malam ini

4) Kanyo/Malai : Mabuk.Pening-pening lalat/mamai
Cth: Tak kanyo ke minum air nira nih. karang xbalik umoh kita
Tidak peningkah/mabukkah jika kita minum air nira ini, nanti tidak boleh pulang ke rumah (kerana mabuk)
 
5) Membego : Menunjuk perasaan/merajuk
Cth: Bahai nye membego kat pekan sari tadi anak Bogong tu tadi, berguling-guling atas jalan nok ke mainan bedoza. tak beli nye ayoh dia,
Anak En. Bogong merajuk/tunjuk perasaan sambil mengulingkan diri di pekan sehari, disebabkan ayahnya tidak belikan kereta bulldozer mainan untuknya.

6) Se'eh : Kenyang yang amat sangat/Senak kekenyangan
Cth: Tak larat dah keh ni nok makan weh, Se'eh dah rasanya ni.
Saya sudah tidak larat makan kerana perut sudah rasa senak kekenyangan.

7) Pedo'oh/Bobok/Pungkor/Rebe : Menipu/banyak bercakap/cakap kosong dll
Cth: Kuat membobok aok nih. Dah-dah la tu
Awak ni selalu Menipu/banyak bercakap/cakap kosong, berpada-padalah.

Okey, stakat ni je, ari lain kita sambung lagi, kat bawah tu ada hok DJ-Amiey kirimkan (Trima Kasih Abg. DJ) dalam Ulasan.

Beberapa patah perkataan yang boleh dikongsikan..

1) Daur-sebaya...Banyak digunakan di setengah kawasan di Raub,lipis dan jerantut..skrg jarang digunakan..Sebutan lebih menganjur..
 
2) Dedor-Suam..Istilah ini byk digunakan didaerah temerloh,kuala krau..
 
3) Mencelabak-Jatuh secara banyak..Biasa digunakan didaerah maran dan chenor..
 
4) Tungkit-Terbalikkan..Masih lagi byk didengari dikawasan Ulu Tembeling..
 
5) Kerayan-Gusar,Gundah..Juga byk digunakan didaerah jerantut,,khususnya di Pulau Tawar..

6) Bocong-Bekas Air..Digunakan dtemerloh,kuala krau.maran dan pekan..

7) Beringor-Memberitahu,ingatan.
Ayat orang tua2 dikawasan temerloh,chenor dan maran..jarang digunakan sekarang nie..

Wassalamm.

Friday, February 5, 2010

Loghrat Pahang

 Salam. Ini ada siket Loghrat Pahang untuk dikongsi bersama. Yang ni beloh-beloh Lepeh-Jrantet slalula dengor la. Kala demeh ada nok sumbang, sumbang je kat komen/comments tu ye.

1) Antai : Di mana/menunjukkan suatu tempat.
Cth: Jatuh antai mane taik cicok tadi? 
Jatuh di mana tahi cicak itu tadi?

2) Kenjah : berlambak/serabut/banyak/menunjukkan suatu yang banyak dan suatu yang belum selesai/Sibuk.
Cth: Bila ramei anok cucu balik, berkenjoh/berkenjah la pinggan mangkuk dala singki tu.
Bila ramai anak cucu pulang, berlambaklah pinggan mangkuk di singki (biasanya belum yang basuh)
 
3) Sedang mana hari?: pukul berapa?/waktu bila?/menunjukkan masa
Cth: Sedang mana hari aok nak balik karang? 
Pukul berapa awak hendak pulang/balik nanti.

4) Mat nye?: kenapa?/suatu persoalan
Cth: Mat nye aok ni? monyok je.
Kenapa dengan awak ni? murung aja.

5) Mengatong: melepak, bersantai di suatu tempat, membuang masa.
Cth: Duk ngatong kedai kopi jelah petang-petang ari nih, duk rumoh aje, cemuih juge.
Melepak di kedai kopi lah di waktu petang seperti ini. jika duduk di rumah bosan juga rasanya.


6) Prentan = Musim/masa/zaman/menunjukkan 'masa' dan ketika.
Cth: Ek la orang noreh getoh prentan rege mehel nih ye, Nok dekat lima ringgit sekilo dah regenya, kayelah demeh.
Eksen(action)lah penoreh getah masa sekarang ini. harga getah hampir lima ringgit sekilo, kayalah korang.

7) Cemuih: Bosan
Cth: Cemuih dah keh ni, asik makan ikan patin aje, dapat kenerak sedak juge nih.
Bosan dah saya ini, asyik/selalu sangat makan ikan patin, dapat makan ikan kenerak sedap juga.

8) Kek nye : merujuk kepada sesuatu perkara yang sebelumnya/ suatu persoalan yang timbal balik/Confius/boleh digunakan dalam banyak situas/(tak reti weh nok transelit hok ni, ada sesapa boleh tolong?)
Cth: kek nye tadi kabo nok makan kodok, ni nok lempeng pulak dah.
Tadi diberitahu dia mahukan cekodok, sekarang mahukan lempeng pula.
Cth: Kek nye dia juge beria yang royat nok gi tadi. Ni tek nok pulak dah.
bukan ke dia yang bersungguh cakap mahu pergi tadi, sekarang sudah tidak mahu pula.

9) Berkerolong: menunjukkan suatu yang berserabut/ boleh juga digunakan dalam situasi yang lain.
Cth: Berkerolong dah dawai ni. Tak pintai betel-betel (Dawai ini berbelit-belit kerana tidak dipintal dengan baik/betul)
Cth: Berkerolong anok bogong tu menangis tadi, mende budok hok memei dah. (beria-ia anak En. Bogong itu menangis tadi, budak itu memang manja)

10) Cakne/Cakna; Ambil berat/ambil tahu
Cth: nye buat tak cakne je ke anoknya si Bogong tu, bior menangis gitu.
En. Bogong buat tidak ambil tahu sahaja, dan membiarkan sahaja anaknya menangis.

11) Cebet: Jinjing/membawa
Cth: Bogong suruh ke Pian je dukung anoknya, dia tangan penuh mencebet barang.
En. Bogong meminta En. Pian mendukung anaknya kerana tangannya sedang penuh membawa banyak barang.

12) Chohor: Longkang kecil belakang rumah (dari singki/bilik air)/Longkang kecil yang penuh dengan lumpur.
Cth: berguling Ejan kat chohor blakang rumoh dia tadi, nok nangkak aya sanget.
Berguling En. Ejan jatuh ke dalam longkang kecil di belakang rumahnya tadi kerana beria-ia ingin menangkap ayam.

13) Semelepor/Sempelet: Comot/Kotor/berlumpur
Cth: Pergi main kat paya tu buat menda, dah semelepor badan tu.
Siapa suruh main di sawah itu, kan sudah kotor badan tu dengan lumpur.

Okeh, Sampai sini dulu ye, kalau ada sesiap yang ingin kongsikan loghrat di kampung masing-masing dipersilakan. letak je kat dalam komen tu. nanti saya kumpulkan untuk tatapan semua. Sokongan rodong-rodong semua amatlah diperlukan & dihargai..cewahh! Wassalam.

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Manakala ini ada satu lagi di kongsi oleh rodong kita
"koi kongsikan beberapa perkataan yang digunakan oleh arwah tuk koi dulu..tapi sebenarnya bahasa inggeris..
Berpodor- Berbedak..
Cth Ayat..Weh..Budok!! lepas mandi klu berpodor tambah rongi lah.."

Tuesday, January 26, 2010

Loghrat Pahang

Salam Saudara/Saudari,

Kita mulakan dengan satu permulaan yang menarik iaitu mengumpul perkataan/sebutan/nahu dalam loghrat Pahang. Cuma pastikan saudara mengikut format tersebut;

Nyatakan perkatan/sebutan tersebut terlebih dahulu, kemudian nyatakan maksudnya dengan jelas sebanyak mana mungkin, dan buat sedikit contoh dalam loghrat Pahang serta dalam bahasa Malaysianya sekali.
------------------------------------------------------------
Contoh:

Prentan = Musim/masa/zaman
Prentan ujan ginih, tak motong lah orang.
*Musim hujan begini, orang tidak dapat memotong getahlah.
--------------------------------------------------------------
Mudohkan?. bila dah banyok kite kumpul, bolehlah kita buat kamus kita sendiri nanti, cume sokongan deme diperlukan. Apa lagi? hanto lah bebanyok hok saudara/saudari tau ke email 9beradik@gmail.com nanti akan di kumpul, dalam seminggu sekali akan masuk entry senarainya.

Terima kasih.
 
Copyright 2009 Anak Pahang Blogger. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan