Smart Itu Kemas | The Wan And Only
Assalamualaikum...Pertama-tama akan ucap tulih di sinih Maaf bebanyok kerane lama ngat idak update blog ini. jejarang dapat on9. Kala on9 peh tidak sempat menyepah nak membuat entri baru. Gone peh, kali ini kita cuba juga memperagakan Blogger dari Koantan ini sedikit sebanyok dapat berkenalan lagi antara kita.
Smart Itu Kemas
Dibina oleh seoarang anak muda yang masih belajar katanya. Beretika dengan entri mengikut persekitaran penulisnya. Ada macam-macam entri yang cuba diketengahkan. Paparan blog kemas dan easy-load. background hitam menawan. Katanya 'Smart itu kemas, Selekeh tapi bersih' Falsafah ngat bahasanya. kala di fikir-fikir kata-kata tu, memang bagus, tapi terpulanglah kepada diri masing-masing dengan cara masing-masing.
Nur Basirah namanya. Cantik ngat nama tuh. Cahaya mata hati (lebih kurang). Moh kita berkenalan dengan adik ini dengan memberi kata-kata falsafah atau nasihat agar terus cemerlang dalam pembelajarannya dan penulisan blog yang kreatif. Klik di SINI untuk terus ke blognya.
The Wan and Only
Lebih kurang macam siaran 'Jalan-jalan cari makan' tapi yang ni lebih kreatif. Penulisan memang matang dan berlainan dengan blogger lain. Susah nk cari blogger yang rajin nak buat entri berkenaan dengan Makanan. Selain itu blogger nih juga ada dua lagi blog iaitu Movie Writing dan Bernama Bowling League. memang rajin!. The Wan and Only! menjelajah dunia makanan yang menjadi permasalahan yang wujud atas dunia ni yang timbulnya ayat- makan untuk hidup dan hidup untuk makan.
Moh kita redah blog dia yang menarik ini dengan meninggalkan komen dan nasihat yang menyuburkan pemikiran sesama kita Anok-Anok Pahang! Klik di SINIuntuk menjelajah blognya.
Sekian aja stakat ini. bersama kita teruskan niat yang baik sesama kita untuk berkongsi, berdakwah dan segala yang baik, bukannya menjadikan medan ini untuk mencela atau suatu yang negatif...lagi...skarang ni dah ada keluor lagu Jerantet Kampung Kas!, ada sokongan tak jika lagu/video tu di siarkan di dalam blog ini? ada sokongan?
Akhir sekali, dengan ini diucapkan selamat menjalani Ibadah dan Kehidupan masing masing dengan keredhaan Allah. Wassalam.