SILA AMBIL PERHATIAN

Selamat datang Ke ANAK PAHANG BLOGGGER @ http://darulmakmurblogger.blogspot.com.

Mana-Mana Blog (hok yang mengaku anak Pahang sejati) yang belum ada dalam list bolehlah bagi link. Jangan lupa tepeklah banner & buat link skali. TQ
Tolong bagitau DAERAH SEKALI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 1, 2010

Blog Orang Bentong



Assalamualaikum. Buat pes taimnya kita ngejas pulak blogger-blogger dari Bentong!. Memandangkan blogger dari Bentong ni belum lagi di uar-uarkan. Ayat kan main. Mudoh cerite, moh kita berkenal-kenalan dengan rodong-rodong dari Bentong pulak. Macam biasa lah, kita ambik tiga blog dulu lah ye.

Student lagi, bagus mek, jadi enjiniar nih nanti. Adik Afiq, blog 'bosan betei' ni lagir Feb 2010. Guna Simple template dari Josh Anak Peter. Pasai diri dia, dia tulih "human are subjectives. they usually don't be, what they say they would be". mende entah, kanmain deme - pandai blake buleh la. Entri lebih ke penulisan yang santai. Artikel yang sosial gitu je. Sambil relex-relex boleh lah layan.
 
Gambo mase ngeteh diletoknya. Muda-muda kuat ngeteh dah. Nama pun bosan betei! hehe. Mamak mane nih? Nok join juge. Apa lagi moh la kita berkenalan dengan rodong dari Bentong ni, Facebook pun ada, jaman dah canggih weh. Klik je kat SINI untuk ke blog 'Bosan Betei'.

Nama blog pun dah unik. Double meaning nih. Loading mudoh, guna templete ringan dari Templete Block. profile hanya tulih 'Hargai Hidupnya'.  Blog ke arah cekedis..haha. Makanan, Shopping dan tulisan self-social untuk dikongsi buat tatapan blogger lain. 
 
Anok muda kita ni posing maut dah ni. Moh kita berderau pulak ke Bentong. Manalah tau nak gi kolumpo, bleh juga singgoh-singgoh jumpe rodong beloh Bentong. Klik aje ke SINI untuk ke Bentong ye. Aii mudoh betei.

Ada sesapa nak mencari sinar mari sini, ha.. ni blog yang dibina khas untuk tujuan-tujuan pendidikan. tak kiralah dan ilmu. Boleh kongsi-kongsi ilmu dengan tuan punya blog. Maklumat-maklumat digarap secara skema skit, mungkin blog ni tidak merujuk kepada individual/personal blog seratus persen. Salah satu blog yang ilmiah jugalah. Siap dengan cop UPSI lagi tu, bravo cikgu, teruskan perjuangan, kami support dari belakang. Blog ni wujud dari Mac 2009 dengan BMegazine Blogger Templete. multi-templete. 
 
Katanya; "Berjuang dalam medan pendidikan dalam memartabatkan islam disetiap lapangan"
memang gambo dia ni style sengek gini ye, jangan pelik sangat. Klik di SINI untuk terus ke Bentong sekali lagi.

Jadi, moh kita berdeu ke Bentong. Lawat tanda berkenalan, komen tanda support, follow tanda mesra dan ukhwah. Sesekali berilah komen untuk entri blog rodong2 kita di Anak Pahang Blogger ni, buleh juga kongsi-kongsi pendapat. kadang-kala kita ni sibuk sangat duk buat blogwalking untuk up trafic, nok klik iklan lagi, dan lain-lain, sampai nok baca entri rodong-rodong pun tak dan, ni kan pulak nok beri komen. Tapi slow-slow, jangan gopoh-gopoh, insyaAllah boleh belaka. selamat berblog, Wassalam.

* Terima kasih buat IDEALogyc untuk Award 'Beautiful Blogger' tu, Jutaan terima kasih.

4 ulasan:

Afiq Safwan said...

terimakasih tlg sapot blog koi. teheheh. =)

fiqah idris said...

hhoho
kawan saya ni!
haha

fiqah idris said...

terima kasih review koi ~
huhu
kemain deme promote ye.
:P

hidup anakpahang!

Incik Nick said...

Assalamualaikum, Hai orang bentong :)

Boleh tak senaraikan tempat-tempat menarik yg ada di bentong selain Genting highland dan air terjun Chamang?

terima kasih :)

 
Copyright 2009 Anak Pahang Blogger. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan