3) Dilema meletakkan nama anak - Bolehkan Aaron berbanding Harun
4) boleh-ke-solat-fardhu-2-kali
5) lelaki-yang-ditarik-ke-neraka
4) boleh-ke-solat-fardhu-2-kali
5) lelaki-yang-ditarik-ke-neraka
Assalamualaikum. kepada semua Blogger Pahang yang dihormati. Anak Pahang Blogger ingin membuat satu konsep penulisan entri yang lebih baik dikalangan semua blogger Pahang. Di sini, APB menyarankan agar semua rodong2 dapat membuat sekurang-kurangnya dalam sebulan; SATU entri berkaitan dengan Agama, yakni ISLAM. (kepada yang Muslim sahaja) . Dan Entri-Entri tersebut akan disenaraikan di dalam Post ini sebanyak yang mungkin setelah URL entri tersebut ditinggalkan/diberikan di dalam ruangan komen. Jadi jangan lupa
Tinggalkan URL entri yang dibuat di ruangan Komen
Berikut adalah ciri-ciri yang dikehendaki:
1) Agama Islam (sunnah waljamaah)
2) Tidak menyentuh sensitiviti, seperti yang kita faham sebagai warganegara dan muslim.
3) Semua bidang/cabang ilmu dalam Islam.
4) Yang berkaitan.
Tujuan:
1) Supaya kita tidak lupa pada Allah.
2) Sekurang-kurangnya kita Berdakwah.
3) Saling mengingati satu sama lain.
4) Berkongsi Ilmu Allah.
5) Mendorong sesama insan ke arah Muslim yang sejati.
Lain-lain:
Sekurang-kurangnya ada juga bentuk perkongsian Agama dalam penulisan kita, memandangkan kita jarang2 sekali membuat posting berkaitan Agama melainkan pada bulan-bulan tertentu seperti bulan Ramadan dll. Kita rajin untuk menulis tentang keduniaan sahaja, apa salahnya kita menulis tentang 'Dunia & Akhirat' pula. Terus, apa salahnya kita mentelaah kembali pengetahuan, buku2, kitab2 dll untuk dikongsikan bersama. tak banyak, paling kurang pun satu entri sebulan. Boleh je berkongsi, sirah, hadis, tauhid, usulluddin, fekah dan semua Ilmu Allah yang sepatutnya.
Tinggalkan URL entri yang dibuat di ruangan Komen, nanti akan disenaraikan untuk kemudahan/rujukan bersama di dalam Anak Pahang Blogger (APB). Sekian, wassalam.

















